Trimas admin kerana tolong rahsiakan akun akuu. tujuan aku mengadu di sini adalah untuk melihat idea2 atau pendapat menarik dari sahabat2 smua.untuk aku adaptasikan dalam realiti hidup aku…
baiklah,aku pkenalkan diri aku dulu.. nama aku J… jdzulkarnain.. solve leader… core sign JUDO..8 tahun unit tindak khas..53mission tak pernah gagal. tp hakikatnya aku gagal uruskan empayar rumah tangga aku.. aku merupakan bapa kepada 3 orang anak. dan tidak dinafikan anak2 aku agak indipendent. anak yg sulong usia 4tahun tp sudah mampu menolong ibunya membuat kerja2 ringan dirumah..
terdetiknya hati aku untuk mengadu disini adalah setelah aku dapat menghidu hati aku yg terasa sedikit hiba..sedih melihat anak2 aku yang dahagakan kasih seorang ibu..isteri aku seorang penjawat awam..sesi petang akan pulang kerumah 7petang.. apa yg menjadi permasalahan disini adalah,isteri aku tiada masa untuk anak2 dan selalu mngherdik mereka dan naik tgn.. anak2 smakin hari smakin menampkkan kesan negetif..mereka sudah mula belajar mherdik walau bercakap dengan aku..
mereka mula menjadi ganas.. ringan tangan.. memberontak dan tidak mdengar kata walau diug*t puk*l.. hati mereka sudah menjadi kerassss.. dan terikut2 budaya ibu mereka.. dari slow talk sampai ke fast talk aku cuba tegur isteri aku namun tidak memberi kesan.. malahan aku pula yg mendapat habuan dek rajukkannya sampai bermingguan tarik muka..
Terkadang sampai sebulan kami tidak btegur sapa jika aku turut bkeras..aku penat. untuk pengetahuan smua bukan untuk memuji diri tapi hakikatnya aku merupakan seorang yang sukar untuk mninggikan suara setahun skali pun susah jika aku marah aku lbih suka berdiam diri atau keluar dari rumah semntara. ini sering mjadi persoalan dibenak fikirku.. apakah benar kalau isteri itu adalah cerminan suami?? jika bnr..knp berbeza sikap kami??
jika anak2 aku sakit,atau inginkan apa saja,mereka akan blari mendapatkan aku..kerana mereka sudah mengerti dimana tempat mereka ingin mengadu..ya,mungkin isteri aku penat bkerja..tp aku selalu menolong dia mbuat kerja2 rumah..masak,cuci pinggan,kemas rumah,uruskan anak ..aku fikir,jika aku mnolongnya dia akan ada masa untuk anak2 dan tidak marah pd anak kerana penat..tp jangkaan ku meleset..dia asyik dengan handfon pula.
Demikanlah hari demi hari,bulan demi bulan,tahun demi tahun..dari anak satu sampai anak 3…kadang2 tdetik dhati aku untuk minta dia bhenti kerja..tp teringat pula dia pernah ckp..dia satu2nya anak yg bkerjaya dari 9orang adik bradik..dan mjdi kbanggaan orang tuanya.. penat lelah orang tuanya tbalas bila dia berjaya menjawat kerja wam. Jadi tak sangup pula aku nak mngecewakan orang tua dia..lalu aku putuskan u bdiam diri lagi. tapi sampai bila? aku selalu berdoa. Agar tuhan lembutkan hati dia..