Assalamualaikum warga krt. saya ingin meminta pendapat. saya ibu kepada anak lelaki umur 8 tahun. bekerja sebagai juruwang dan gaji sekadar cukup makan utk kami 3 orang. semua berpunca dari saya. saya jatuh sayang pada seorang lelaki. nama A. bermula nya kisah dari tahun lepas. saya kantoi dengan suami. dia beri amaran pada saya. dan sedia memaaf kan saya. kami mula bina hidup baru. Dengan dia pun berjanji akan cari kerja. buat kerja rumah sama. bagi nafkah zahir battin secukup nya. Tapi. semuanya hnya sementara. dari tahun lepas dia berhenti kerja. sampai sekarang masih menganggur.
Saya kerja. balik memasak, kemas rumah,sental bilik air,dia hanya duduk dalam bilik main game. Silap saya sebab saya contact si A balik dan tadi saya kantoi lagi dia buat keputusan untuk bercerai dan minta hak jagaan anak saya sedih. saya nak sebuah pernikahan yg sempurna. tapi hancur semuanya. saya di label kan perempuan hina tergolong dalam 7 dosa besar saya redha andai ini pengakhiran nya. Tapi macam mana dengan dia? boleh kah seorang lelaki sebagai suami mengabai kan nafkah bertahun..jadi kan saya bibik di rumah nya? tq admin pls hide profile




