Salam admin, tolong sampaikan salam dan ucapan terima kasih kepadan pembaca dan terima kasih juga siarkan luahan hati saya. Saya baca semua komen-komen netizen tanpa terlepas walau satu. Terima kasih untuk komen, untuk doa, untuk semangat kalian. Hati saya dah beransur baik dan pulih.
Tapi saya perjelaskan sedikit keadaaan semasa kejadian ye. Majlis kemattian tu, ialah majlis kematian ibu saudara suami (ibu kepada ‘sepupu suami’ yg daring tu) Ibu saudara kami masih muda, menderita penyakit “pembun*h” untuk tempoh yang sangat lama. Arwah mempunyai hati yang sangat baik, dan tak pernah keluar satu perkataan yg buruk pun dari mulutnya sepanjang saya mengenali dia. Walaupun dia hanya ibu saudara sebelah suami, tapi dia menyayangi saya sepenuh hati. Di masa tiada siapa menerima saya, dia jadi bahu, dan pinjamkan telinga untuk mendengar segala yang terbuku. Sehingga di saat nafas terakhirnya, kami suami isteri tetap dan masih ada bersama menemani arwah. (anak-anak arwah di ibu kota, hanya pulang selepas ibunya hembuskan nafas)
Semasa kejadian, adalah majlis TAHLIL untuk arwah ibunya hari yang kedua. Kami semua masih dalam keadaan bersedih atas pemergian arwah. Pada mulanya hanya kami bertiga (saya, suami dan anak kami) yang berada di ruang tamu, berehat sebentar selepas selesai membantu mertua di dapur. (Ahli keluarga lain, semua dah pulang)
Saya sendiri tak tahu dia datang dr mana, berbaring di sofa sebelah tempat suami berehat, merengek dan mengadu yg dia sakit perut etc. Atas dasar rasa tanggungjawab sy sebagai yg lebih berusia, saya nasihatkan dia untuk makan. Saya juga cuba memahami perasaan dia yang baru kehilangan ibu.
Perbuatan dia yang tiba2 turun dari sofa terus menghampiri suami, memeluk suami , adalah tindakan yg saya sendiri TAK SANGKA akan terjadi. Saya terkedu, terkejut. terpana, tak terkata apa, saya sungguh-sungguh tak menyangka anak gadis seusianya, saya rasa tentu saja sudah ada perasaan malu untuk berbuat sesuka hati, lebih2 di masa semua orang sedang bersedih, di hari kematian ibunya. Even suami saya juga tak selesa, suami saya suruh dia turun, malah dia terus memeluk. Saya sendiri tegur (bukan saya tak tegur @ mendiamkan 100%) . Dia kata “dulu kecik-kecik boleh, kenapa sekarang tak boleh?”
Saya jawab, “dulu kecik, sekarang dah besar mana boleh”. Saya ada mencuit suami, tanda saya tak selesa dan terasa hati dengan keadaan tu. Suami pun menegur dia, akhirnya dia turun , tapi masih ttp berbaring bersama. Bukan lah saya sengaja mendiamkan diri, bukan lah saya nak menafikan hak saya seorang isteri, membiarkan perkara sumbang tu berlaku di depan mata saya. Saya sendiri rasa saya nak menjerit, ada perasaan nak bertempik. Tapi saya kena hormati perasaan mertua saya. Ini rumah mereka, bukan rumah saya. Ini majlis kemattian, bukan majlis keramaian untuk saya berbuat sesuka hati saya.
Saya dh terbiasa ajar hati saya, kalau saya marah, JAUHKAN DIRI buat sementara. Sebab saya sendiri tahu, lidah ni bersifat lebih tajam dari BELATI. Kalau saya berkata-kata ketika saya sedang sangat marah, mungkin akan mengguris perasaan ramai orang. Kalau ketika tu saya ikotkan rasa marah saya, memang lumat sepupu suami saya kerjakan. Tapi saya masih kenangkan air muka suami saya, rasa hormat nya saya pada ibu ayah mertua saya yg baik budi nya pada saya yang tak pernah habis.
Semasa saya minta izin untuk balik, saya tak bertemu mata dengan ibu mertua saya. Saya memang sedih , tp saya cuba sorokkan perasaan saya. Kalian jangan salah faham, sebab masa kejadian, ibu mertua di dapur. Saya yakin, kalau berlaku kejadian tu di depan matanya, dia pasti sebelahi saya. Dia sendiri pasti akan melarang perbuatan anak saudaranya yang sememangnya tiada budaya ketimuran apatah lagi rasa malu. Semasa saya menuju ke kereta untuk balik, memang suami ada kejar saya. Dan saya tak perlu menyatakan perasaan marah saya pada dia, sememangnya dia sendiri sedar akan perkara itu.
Sepanjang perjalanan balik ke rumah saya, saya tak menangis , saya sendiri pelik, kenapa ya. Sedangkan saya betul-betul terluka ni, tapi kenapa takde setitik pun airmata saya tumpah. Kebetulan ibu saya ada di rumah (baru dtg dari kampung , duduk di rumah saya selama sebulan sepanjang ramadhan) . Saya luahkan semuanya pada ibu, ibu mintak saya sabar. Kata ibu, “bukan salah suami sepenuhnya kalau sepupunya berkelakuan begitu, jadi saya tak boleh bermasam muka dengan suami”.
Tapi saya tetap diamkan diri, satu hari saya batukan diri saya. Saya merajuk, saya berkecil hati, saya terluka Akhirnya bila saya bercerita pada kakak yg rapat dengan saya, baru lah saya menangis sebetul-betulnya. Ya allah, sakitnya rasa di dada ni. Kakak sependapat dengan ibu, dia menasihati saya supaya jgn marahkan suami, sebab yg datang bertenggek bukan suami, tapi “sepupu nya”.
Dan selama satu hari saya tak pedulikan telefon, rupanya suami wasap/mesej saya bertubi-tubi minta maaf pada saya untuk semua yg terjadi. Suarakan kebimbangan nya tentang diri saya yang tak seperti kebiasaan.Akhirnya, saya bagi kata dua pada suami. Pilih dia @ saya? Saya manusia normal, saya pun tak lari dari melayan emosi. Saya ceritakan pada dia, apa yg perasaan sy sedang lalui sekarang ni. Parut tu akan berbekas sampai mati. Saya memang marah pada sepupunya, tolong jangan beri ruang lagi untuk saya berjumpa mata dengannya.
Kepada sepupu suami saya, semasa kejadian saya tak berpeluang dan tak rasional untuk menegur kelakuan awak. Sekiranya awak terbaca luahan saya ni, tolong faham yg awak dah lukakan hati saya dengan kelakuan sumbang awak terhadap suami saya. Ini bukan kali pertama, tetapi hal yg berulang. Belajar lah kenali AGAMA, insha allah, selamatlah hidupmu. Jikalau berterusan, tak meletakkan batas dalam pergaulan, tak hidup dalam garis panduan, percayalah, menangis lah ibumu di alam sana.. Terima kasih admin.
Kisah dahulu. Salam tolong sembunyikan identiti saya. Saya nak share satu kisah , yang terjadi minggu lepas. Masih segar dan baru lagi saya terasa, sukar untuk dilupakan. Tentang suami dan adik sepupu nya..Mungkin mereka tak tahu @ sengaja buat tidak tahu tentang batasan antara abg dan adik sepupu perempuannya…Sememangnya mereka akrab sejak kecil,itu tidak dapat dinafikan. Tapi itu dulu…
Selepas majlis tahlil, (ada kemattian) semasa kami suami isteri duduk berdua selepas majlis (suami baring bersama anak) untuk tidurkan anak kami, Adik sepupu yang usia menginjak 20an boleh datang dan duduk atas pinggang suami peluk suami dan tidur atas punggung suami mungkin pada dia tu perkara biasa, seperti hubungan adik dan abang tapi pada saya, perbuatan tu melampaui batas apatah lagi sy ni seorang isteri, seorang ibu kepada anak suami saya, duduk tercongok depan suami…suami menolak, suruh dia turun…tapi kata adik sepupu dia “masa kecik dulu boleh sambil terus memeluk suami saya?”….boleh bayangkan perasaan saya sebagai isteri ketika itu? Saya pura-pura tak melihat..Saya terkedu,tak terkeluar sepatah perkataan pun dari bibir saya…Tapi hati saya koyak melihat adegan terlebih gula antara mereka…
Saya bukan tua sangat pun baru 25 tahun, jadi saya memang tak boleh nak tahan rasa emosi ketika tu.. Bapa mertua datang datang dan duduk berdekatan saya, saya dapat rasa dia nampak situasi tadi dan dia juga tak suka untuk menonton aksi sumbang, dan dia semestinya faham keadaan saya yang memang kecewa dan sangat marah ketika tu tapi seboleh2nya saya sembunyikan. Sebab ini bukan kali pertama terjadi, sudah terulang. Adik sepupunya daring and manja yang berlebihan.. Pada saya tak sesuai ianya terjadi dalam budaya & agama islam.. Saya dah pesan pada suami, tolong elakkan dari berlaku perkara yg sama berulang kali..Tolong jaga batas, tolong jaga kelakuan, tolong hindarkan dari terlalu mesra walau sebaik dan sesayang mana pun dia pada adik sepupu.. Saya boleh maafkan kekurangan yg lain, tetapi bukan melibatkan perempuan waima seorang sepupu…Aurat tetap aurat, batas tetap perlu dijaga , sedang dia sudah meningkat dewasa…Ada nafsu,ada keinginan, takkan tak boleh nak fikir dan faham?
Apa rasanya kalau situasi yg sama terjadi antara saya dan sepupu laki-laki saya? Adakah dia begitu terbuka untuk biarkan ia terjadi di depan mata dia? Takkan dia tak tergugat kalau org yg bukan muhrim menyentuh pasangan sesuka hati, berbuat apa saja sesedap rasa?? Lepas pada tu,saya terus bangun dan tinggalkan mereka..Terserah mereka nak buat apa saja.. Hati saya sakit. Saya ambil kunci kereta dan minta izin pada mertua untuk beransur pulang…Kebetulan kami datang secara berasingan…
Hati yg luka ni, aircond pun x mampu sejukkan hati saya ketika itu tapi saya tak menangis & usaha sedaya upaya control emosi saya walau hakikatnya remuk redam sungguh hati ni.. Untuk suami, nampaknya awak tak simpan dalam ingatan setiap pesanan saya sebelum ni..Awak tetap tak mampu meletakkan perasaan saya yang paling utama, dan biar kan lagi perkara yg sama berulang ulang kali terjadi (setiap kali sepupu pulang ke kampung)…Yelah kan, “benda” free siapa yg nak tolak,dah orang bagi ambil sajalah…
Xperlu mintak maaf lagi selepas ni, sebab sememangnya awak memang x pernah mampu untuk menolak kehendak orang, terlalu menjaga hati orang lain sehinggakan hati saya dibiarkan tercalar berkali-kali kerana perkara yg sama, sehinggakan bila mendapat perkabaran dia akan pulang ke kampung, saya akan rasa fobia.. Jadi pesanan untuk semua, jadilah orang yang ada RASA MALU, kerana MALU ITU PERISAI ORANG YG BERIMAN….Tolong lah hormati perasaan orang lain walau siapa pun dia dan sensitif lah tentang adab dan pergaulan, bukan semua orang terbiasa dengan budaya bebas mcmni, lebih-lebih lagi untuk orang seperti saya yg sememangya berasal dari kampung. Thank you admin, tolong doakan luka di hati saya sembuh segera…Walaupun saya tahu,ia akan mengambil masa yang terlalu lama untuk baik @ mungkin kekal berparut sampai bila-bila…




