Salam warga KRT, Nak minta pendapat:
Isteri saya seorang yang panas baran dan sering menghamburkan kata- kata kesat terhadap saya walaupun cuma isu kecil. Bila dia terlampau marah dia akan pecahkan brg rumah @ memukul sya @ menendang sya (tidaklah sakit sangat tapi masih kurang ajar). Malah atas sikapnya juga dia juga bergaduh dgn ibu saya. Paling truk sya trjumpa video dia kluar dgn lelaki lain Utk pengetahuan warga KRT, Sya pernah ceraikan isteri sya atas sikapnya itu beberapa tahun lpas dan kmi rujuk semula dlm tmpoh iddah kerana anak perempuan kami. Tapi dia masih tak mahu berubah.
Sya dah cuba beberapa cara untuk lembutkan isteri sya selepas rujuk Antaranya cuba merperbaiki ape yang kurang pada diri sya sndiri dari mata dia, ajak dia solat berjemaah dan cuba menekankan kepentingan agama dlm keluarga. Doa sudah tentu tidak putus.Tapi dia tetap degil.. Sudahlah tidak mahu solat berjemaah malah sembahyang pun sering culas bila dia malas.. Bila ditegur solat secara baik dimakkinya sya dgn kata 2 kesat
Nafkah battin juga sering culas walaupun saya sediakan semua keperluan dia dan anak secukupnya ( rumah, utilities dan pengasuh anak sya bayar)
Kami.
Hmpir bercerai utk kali ke 2 nie tapi tak jadi..dia sendiri mahu failkan (fasakh)..tp bila dia dgr dia tak boleh tuntut nafkah untuk diri dia dan claim harta selain nafkah anak.. Dia tak mahu submit borang dan suruh sya submit borang cerai. Oleh itu sya nak minta nasihat utk 2 perkara: 1. Bagaimana nak lembutkan hati orang yg panas baran selain cara diatas
2. Andai sya sendiri yg ceraikan dia buat kali kedua kerana tak tahan dengan sikap dia.. Berapa jumlah nafkah sya wajib bagi untuk 1 orang anak?




