Assalamualaikum Admin. Dan pada kawan-kawan KRT semua. Salam Aidilfitri buat semua. Saya mungkin tak seperti kawan yg lain. Sebab saya lebih suka simpan masalah dari luah. Rasanya itu lebih baik dari war-warkan aib terutama aib suami dan keluarga. Jadi ini bukan luahan masalah. Cuma apa yg saya nak cerita adalah tentang cinta.
Bagi saya, orang perempuan ni tak perlu la buang masa bercinta bagai nak rak sebelum berkahwin. Bercinta dengan suami lebih banyak pahala dan kebaikan dari bercinta dengan teman lelaki.
Sebelum berkahwin dengan suami 7 tahun yang lalu, saya memang bercinta dengan org lain. Tapi cinta bagai nak rak macamana sekali pun, kalau dia memang tak sedia nak kawin, memang sampai bila pun rasanya saya tak kawin.
Jadi, saya berkahwin dengan pilihan mak. Bukan niat nak tinggalkan si dia tapi saya tak nampak usaha dia untuk memperisterikan saya alasan memang banyak. Duit tak cukup lagi la(sedangkan modify kereta motor basikal racing dia berpuluh ribu), mak suruh puas bujang dulu la, tak bersedia lagi la. Dia langsung tak nak jumpa keluarga saya. Kesimpulannya saya memang buang masa la bercinta 8 tahun dengan dia.
Saya memang tak kenal suami.
Pertama kali jumpa pun 2 minggu selepas dia merisik. Saya tanya dia betul-betul samada saya ni adalah pilihan dia. Samada dia memang nak kawin dengan saya atau mak dia yang nak dia kawin. Tapi suami jelaskan yang dia memang suka saya dari sekolah lagi. Siap skodeng saya kat tempat kerja. Siap curi-curi ambik gambar masa saya dating. Kira secret admirer la. Jadi dia memang rapatkan diri dia dengan mak. Sebab kata dia, nak dapatkan anak kena ngorat mak nya dulu. Jadi saya terima bakal suami.
Mak kata baik cari org yg betul-betul ingin jaga kamu lebih dari kamu menjaganya.
Saya terus terang pada teman lelaki, yang saya bakal bernikah. Dia meraung. Baru sibuk ckp nak jumpa mak ayah.
Tapi saya nak jaga aib keluarga saya dan bakal suami. Saya tetap nk nikah walaupun tanpa cinta. Dari saat lafaz nikah, saya nekad utk cuba mencintai suami.
Ex tetap datang mengacau. Masa waktu resepsi siap luah cinta di meja DJ. Sampai keluarga mertua semua ternganga. Call beribu-ribu kali sampai saya terpaksa terminate no fon. Post berpuluh-puluh gambar kami dalam FB siap tag suami sampai suami sedih dan tertekan. Nampak sgt ex cuba utk musnahkan rumahtangga saya. Tapi dia silap. Kesabaran suami saya tu yg menyebabkan cinta tu hadir. Makin lama makin kuat. Dan saya makin cintakan suami lebih dari ex.
Bukan kata xpernah gaduh, gaduh memang gaduh. Tu perkara biasa. Apatah lagi nak baik dengan keluarga suami. Memang sangat susah. Tapi saya ni isteri. Menantu. Saya kena usaha. Suami sentiasa sokong. Sebab dia lebih percayakan saya lebih dari apa yg dia dengar dari orang lain terutama dari ex saya. Itu yg menyebabkan saya nekad utk serahkan cinta saya sepenuhnya pada suami.
Sebab itu, saya terkilan sangat bila baca dlm luahan krt ni terutama para isteri yang sibuk nak amik tahu tentang ex atau jatuh cinta dengan ex sedangkan yang patut ko cinta tu adalah lelaki yg sudi memperisterikan ko. Tu suami tu. Suami yang hulurkan tangan untuk letak ko di kedudukan mulia iaitu sebagai seorang isteri. Bukan hanya jadi girl friend. Bukan dijadikan perempuan simpanan. Isteri.
Dan saya bersyukur sangat-sangat. Walaupun bercinta bagai nak mati dengan ex, saya tak pernah beri dia peluang sentuh saya.
Sebab saya percaya, saya dijadikan hanya untuk menjadi milik suami. Hanya seorang sahaja lelaki yang boleh sentuh saya iaitu lelaki yang sanggup hulurkan bahunya pada ayah saya untuk pikul tanggungjawab menjaga saya selain dari ayah dan abang saya. Dan Allah pun nyatakan dgn jelas tentang perkara ini. Alhamdulillah. Akhir kata, di hari yang mulia ini, saya pohon ampun pada semua sekiranya ada terkasar bahasa pada semua sepanjang saya mengikuti krt ni. Saya doakan kebahagiaan semua dan doakan utk saya juga ye.




