assalamualikum krt, cerita yang aku nak kongsi ni cuma nak mintak pendapat pada semua . aku sudah berkahwin umur aku 26 dan suami 28 tahun , dan anak seorg berumur setahun . kisah aku bermula bila tahun lepas aku berjumpa dgn seorg lelaki bujang bernama Q, aku rapat dgn dia asalnya mahu lepaskan stress aku dan sakit hati dgn suami. suami aku ni lebihkan kwn dari wife dia, suami aku tak kerja, suka pukul aku kdg2 suka marah2 aku . aku stress sbb semua benda aku nak kena tanggung dia.
Aku bekerja tapi gaji taklah banyak mana . dah masuk setahun dia tak kerja , aku belikan dia motor utk dia pergi kerja, rumah pun sewa aku yg bayar . aku tak mintak banyak pun min , aku mintak dia kerja je . sbb tu mmg tanggungjwb dia. sebelum ni pun hari2 pg kerja dia aku amek . masa aku mengandung pun min aku ulang alik jmput dia pergi kerja . hm skrg ni hati aku mcm kosong dgn dia . syg aku lg kuat dkt laki nama Q ni. mmg dia pun ada nasihat yg baik2 , sampai aku ckp nak cerai dgn laki aku ni min. aku rasa mcm takde perubahan dlm hidup aku, hm aku nk laki yg boleh jaga aku min.
Bukan aku jaga n anak aku sendiri, dgn Q pun hari2 aku ws , dia sopan min tak pernah marah aku ke apa . ckp pun elok2 je,. kalau laki aku ni pg2 kalau kejut dah kena kim*k bagai dah . beza sgt lah dia dan Q . aku ni perempuan min kalau laki layan aku lebih baik dari laki sndiri mesti syg tu lagi kuat kt laki tu kan min. bila aku lpk2 dgn Q , tenang je rasa aku boleh cerita semua dia pun sudi je dengar kdg2 bg nasihat. Dia bawak aku jumpa akak dia semua min aku yang malu sbb status aku ni bini org lagi tapi pernah lah dia cakap kalau aku cerai dia nak kawin dengan aku dan jaga aku, cuma skrg mgkin dia smpan je perasaan tu, sbb dia tak nk jd perosak.
Tp skrg pun hari2 dia layan aku ws apa semua . dia x rasa dia tgh rosakkan hubungan aku ke or dia kesian kt aku, hm tahla min . perasaan aku ni makin sayang kt Q. bukan cinta tau, aku cuma sayang n suka . cuma aku selesa dgn dia, dia kelakar aku pun tak stress . salahkn aku buat mcmni blakang laki aku . mcmne aku nk buang perasaan ni, n lupakan Q . mcmne aku nak laki aku berubah . btw laki aku ni pun drug addict, tp bukan la heavy utk saje2 je hm tahla . aku pun tak tahu , aku nak jugak rasa mcm org lain , laki jaga makan pakai, bwk sana sini pg jalan . hm bg nafkah, duit bagai. ni semuanya aku beli sndri , rkok dia pun aku bg mcmne . em semak jugak sampai bila nak mcmni




