Hai admin. Tq sudi share post aku ni
pertamanya aku nak saje nak share pasal kehidupan rumahtangga aku,
Aku dan suami dah kahwin almost 8 tahun, suka sama suka Cuma perkenalan terlalu singkat dan terus je ikat tali pertunangan dan nikah. Awalnya bahagia tapi masuk sebulan hari2 bergaduh, bergaduh sampai tahap aku selalu lari dari rumah untuk tenangkan hati dan fikiran. Sebenarnya aku ni mulut laser puaka hawau, aku kalau marah memang aku sound direct je laki aku., sound yang memang teruk segala mak nenek binat*ng har*m keluar. Suami aku ni memang kategori baran tapi die jenis diam selagi die sabar die tahan aku ni pulak jenis baran memanjang suke perhatian.. dan ade hikmah Allah tak bagi kami zuriat awal mungkin sebab nak kami perbaiki diri masing2 dalam perkahwinan..
Gaduh baik gaduh baik tah berapa kali aku mintak cerai tapi suami sabar orangnya.. dia tetap cool, mintak maaf walaupon tak tau ape silap dia. Masuk 3 tahun perkahwinan aku slow2 cuba ubah diri Alhamdulillah sekarang dah ade 2 orang anak comei2 rezeki Allah. Dan kami bahagia,, resepi die kata suami aku 1 je,, muhasabah diri.. kalau rasa nak marah sebab tak puas hati ke apa, diam je.. kalau rasa dah tak tahan luah tapi dengan santun.. in sha Allah akan rasa lega sikit. Dan satu lagi jangan compare kita dengan pasangan lain. Dugaan manusia ni berbeza beza. Aku sentiasa ingat tu..
kita orang perempuan memang nak perhatian, lagi2 yang dah ada anak ni memang lapar perhatian tambah2 letih urus anak, urus rumah. Honestly suami aku ni jenis kene bersuruh jugak, yang… tolong itu tolong ini,, memang kene mintak kalau nak harap dia buat kerja2 rumah tu mungkin ada tapi biasanya setakat basuh pinggan dan memasak jelah (laki aku pandai masak). kalau korang dapat suami yang romantik itu rezeki, suami aku tak romantik tapi die suka bergurau macam kanak2 ribena (tak sesuai langsung dengan rupa die)
Di bulan baik ni, aku doakan pasangan suami isteri yang sedang dilanda masalah berbaik semula demi keluarga dan insan tersayang.. Korang mesti cakap aku acah2 hebat share kisah ni tapi tadek lah, sebenarnya aku Cuma nak sampaikan bahawa kebahagiaan itu titik permulaannya daripada suami dan tanggungjawab die pada Allah. Kalau tiang solat die runtuh maka runtuhlah rumahtangga yang dibina.. vSekian, tq admin




