hi semua nak minta hide kan profile..
aku dlm masalah ni. dah berapa hari tak cakap dengan laki aku. aku jadi patung je dengn anak2 aku marah dengan laki mampus aku tak bercakap. buka/sahur aku tak gerak tak sedia makan pun.
sebab nya aku sakit hati tahap matak..laki aku ni panas baran sgt..baran dia dkt mulut..mudah je dia sumpah seranah aku..ckp aku bod0h dh hari2..yang buat aku meletop sgt smpai jadi patung ni sebab kitorg g jakel beli baju hari tu..dia dpt baju dia dgn baju anak lelaki..dan turn aku dgn anak perempuan pulak..kan ramai org nak pilih dah pilih nak tggu dkt fitting room lg. baju anak perempuan aku td dh dpt yang berkenan….
Lepas tu turn aku ni pulak. Aku ni min lawa la jugak macam ala2 arwah kak pah tapi saiz la besar gedabak haha lantak la aku nak sebut jugak dah banyak la pilih baju bukan semua jenis baju aku blh pakai aku try dkt 4pasang baju semua aku takberkenan..last2 aku turun bawa baju anak2 aku je nak bayar..tapi aku taknampak dia jadi aku tinggal je baju tu n trs masuk kereta.. sebab nak bayar memang pakai duit dia. aku dh berenti keja min..dia yang suruh dulu. asal aku bersiap g keja je dia tahan aku bila nak hntar notis berenti keja?hari2 dia sebut. Last2 aku bernti jgk sebab tmpt keja pindah..
ok sambung crita aku nak masuk kereta tu aku dgr anak aku yang kecik tu meraung.memang tak sedap hati dh ms tu.skali betul berbakul2 laki aku ckp dkt aku bodoh bab* sial jerit kuat2 depan anak2 smbil bawa kereta laju.dia kata aku try baju lama dia 10minit taksampai dh msk kereta. dia kata lg aku mnta minta dimaki sebab aku taktgk jam berjam2 try baju(padahal belum 1jam pun.20minit je). Lepas tu dia kata aku ni makan ape tak tau makan tahi agaknya (ok lps ni aku tak nak masak utk kau) dia kata lg kenapa takboleh fikir aku tggu lama dgn anak menagis(dia nangis sebab dia berak.tukar la pampes).
Last dia kata kau takblh fikir ke kita nak solat asar lps tu jap lg nak berbuka(kan surau banyak.kedai banyak..dia semua nak buat dkt rumah.) dia nak call aku takblh sebab handphone aku dkt anak aku yang besar tu..aku diam je dlm kurungan tu la dlm hati aku memjawap..tapi aku dh start nak gugur air mata aku ni aku tahan.
lps 5minit dkt trafiq light aku tiba2 takblh tahan aku tumbuk blkg dia kuat2 bunyi kuat sambil aku balas kata2 dia “kenapa cakap aku bab*?!sape bab*?!aku bukan bab*!.kau tau dkt sna ramai nak beratur nak tunggu? kau 1hari tido sampai 10jam mnta tolong jaga anak taksampai 1jam kau nak bising?” aku jerit tu anak aku yang kecik terkejut dia nagis..laki aku pun nak balas takboleeh sebab aku ddk blkg tapi dia pun terkejut aku sound dia..
dan smpai hari ni kitorg tak bercakap..aku sakit hati sgt2 pendam sorg.tapi memang btl aku ckp puasa ni kalau hr cuti lps subuh smpai pkl 4 tido je..bgn pun sebab nak solat zohor yang tgl baki..sebab tu aku sound dia tido 10jam.aku try baju tak smpai sejam pun..hal2 rumah semua aku settle sdr..kalau ade brg takde aku yang g kedai.tapi aku akui semuanya duit dia..
tapi aku nak tnya dkt saudara/i adakah sebab dia tanggung nafkah aku dia layak hamun aku mcm hamba?aku kdg rs jadi surirumah ni takguna baik aku keja 3 4ribu dlm tgn..sedih ni puasa2 berendam air mata..




