semalam tengah kemas-kemas kereta. jumpa beg suami dan di dalam dia ada pasport.. memang tahu suami ada pasport sebab sepatutnya tahun lepas nama didaftarkn untuk pergi haji dan kursus ke china… bila tengok tarikh cop kat pasport tu ada 4 trip ke seberang min. setahu saya selama dua tahun kewujudan pasport tu.. 2 trip je dia ke seberang bila cek2 balik tarikh perjalanan tu. sama lak masa saya balik kampung. first balik bulan 1 sebab dah janji nak stay kampung lama sikit. dan trip kedua tu yang saya marah gile min. masa tu saya balik berpantang min.
kalau la masa berpantang tu dia tempah tiket flight wat surprise tengok anak kat kampung kat best min. ni dia sanggup berhabis duit beli tiket nak pergi jumpa skandal dia a.k.a bekas kawan kerja pempuan dia. Ni title yang di bagitau saya min.. saya duduk berpantang kat kampung dia bagi rm400 je min dengan anak dua orang. dengan bini ngan anak makan hari2 min. kita masa tu nak mintak lebihkan takot suami tiada duit bila nak datang jemput. tapi saya terlebih husnuzon min. semalam saya dah bawa anak anak keluar sebelum suami balik kerja.
sebab ni adalah kata kata yang saya pernah bagitau suami bile first 29hb 1,2019. jangan main main ngan perempuan semua tarikh dia ingat. pada tarikh tu saya terjumpa bill telefon ke seberang dan dengan kuasa keenam isteri saya jumpa video macam video dari tahun 2014 hingga 2018 mereka brdating bersama.. itu adalah persamaan denagan tarikh perkahwinan kami min.. semalam saya dah main main pukul bantal dengan dia..ni lepas dia balik kursus saya nak main baling pinggan mangkuk ke atau baling tv min. sebab tv dekat rumah ni style lama min..tv buntut buasir.
maafla sebab saya tiada tempat untuk luah perasaan..




