Salam min. tolong post dan hide kn fb ni
Jangan takut untuk berkahwin walaupun kita tahu besarnya tanggunawab bila berkahwin. percaya la. pintu rezeki terbuka luas lepas berkahwin. dulu masa aku bujang. aku kerja takleh nak simpan satu sen pun duit gaji aku. Aku pun fikir masak2 untuk cari calon sesuai untuk di jdkn bini. ramai pompuan aku couple semua tak serius untuk jadi bini aku. last aku redha aku niat. aku nak try cari janda. aku terjumpa sorang janda anak 1. aku kenal tak lama ajak jumpa aku terus cakap nak buat bini. dia cakap ok kalu serius balik jumpa family dia..
Tanpa tunggu lama. aku ambik masa sebulan untuk balik jumpa family dia. kedua2 family setuju dan kami terus berkahwin tanpa bertunang. lepas sebulan aku kahwin. Rezeki aku masuk dengan mendadak. pertama gaji aku naik 30%. sebab aku niat aku nak bahagiakn bini aku dan anak tiri aku. segala harta nyawa dan tenaga aku korbanakn untuk anak bini aku. setahun kawin aku dapat anak pertama aku. lagi bertambah rezeki aku sebab banyak job yang masuk. sekarang aku dapat anak kedua dan jadi anak ketiga dlm family aku. rezeki aku tak putus2 masuk. Semua harta aku satu sen pun takde untuk aku. semua nya untuk anak bini aku..
Sekarang ni aku dah kira senang sikit. dulu masa bujan kadang2 makan nasi bujang sebab tak cukup duit. sekarang takperlu risau balik kerja nak turun kerja makanan dan sarapan dah di sediakn oleh bini aku. Masalahnya sekarang aku di uji min kalau ex aku tiba2 ganggu bini aku msg bukan2 kat bini aku cakap pasal bukan2 masa aku dengan dia dulu tapi bini aku cakap itu sejarah silam aku. dia tak kan ambik tahu. bekas aku siap ugut aku bukan lps aku ckp kat dia. apa2 pun berlaku lps ni. bini dan anak2 ku adalah harta dan nyawa aku dunia akhirat..tiada siapa yang akn pisahkn kami kecuali kuasa Allah..dia ganggu family aku sebab dia tahu skrg aku dah hidup senang.
Aku dah bahagia. dulu dia couple ngan aku untuk enjoy. bila aku takde kewangan. dia taknak jumpa aku. bila dia tahu aku gaji. dia yang datang ambik aku kat umah..last2 dia tinggal kan aku sebab jumpa orang yang gaji besar..ok itu cerita lama..bini aku pun ckp biar dia meroyan sebab bini aku cakap kat aku. sya*tan ni dia takleh tgk anak cucu adam bahagia. dia mula nak hasut agar bergaduh dan berpisah.. Aku ada beli tanah dan skrg dlk proses buat umah teres 3 buah rumah dan rumah2 tu aku letak nama2 anak2 aku nnti. sebab bila aku takde nnti aku taknak anak2 aku bergaduh pasal harta pusaka..baik aku uruskn awl2 masa aku hidup ni..
Kpd lelaki di luar sana yang takut nak kawin sebab takut tak mampu dari segi kewangan. Jgn takut. Percaya pada rezeki dan yang paling penting cari bini yang redha krn Allah dia nak hidup ngan kita dlm susah senang kita dengan dia. keredhaan isteri tu penting bg suami mencari rezeki. niat kita untuk bahagiakn bini kita tu penting..jgn fikirkn harta dulu. harta berjuta2 pun belum tentu buleh bg kebahgaian kpd anak bini kalu kita ni kaki pompuan. Kaki club. kaki mabuk. kaki lepak. hiduo sederhana pun kalu kita selalu ada dengan anak bini takkira masa free kita bila pun dah cukup untuk buat family kita bahagia dan gembira. kalu geng bawang nak kecam. silakn. aku takkisah pun




