Hi min…Hide fb saya ye. nak kongsi cerita sket..10 tahun yg lalu asben terjebak dengan dadah sebab salah pilih kawan min. Masa tu anak baru 3, suami baik dan penyabar bertukar jadi panas baran. nyaris anak nak kena tik*m gara2 takdpt benda tu min. Bila mnta cerai suami taknak ceraikan sebab dia kate masih sayang. Dia jnji nak berubah tapi kejap je berubahnye, sampaila masa pregnant anak ke 4. Msa tu kandungan baru 3 bulan, dapat call kat tempat kerje suami kene tangkap. lepas 2 hari tu pulak kami anak beranak kena halau kalauar dari umah sewa sebab bayar sewa lambat. tapi tak taula kena saya begitu tabah langsung tak menangis min.
Suami kene lokap saya lngsung tak pergi jenguk, masa tu belum gaji gagah nak cari duit untuk sewa rumah baru. minta tolong abang, kene marah masing2 tak nak bantu last2 pinjam berlesen 2k untuk bayar deposit rumah. Bayar selama 1 tahun setiap bulan potong 500 tapi alhamdulillah min selesai jugak. Bila suami bebas lepas 2 bulan dia duduk dengan kami dan janji akan berubah. tapi sekejap jela lepas tu lagi teruk, penat da bawak pergu berubat semua tapi masih macam tu. Macam2 perkara saya lalui min, hidup dia kalauar masuk je.
Tapi tula nasib dia selalu baik sebab Allah selalu bantu dia. Bagi dia peluang, setiap kali kene tangkap msti tak lama duduk kat dalam. tapi dia tak pernah serik pun, kadanng sanggup tinggal anak2 bila saya pergi kerje gara2 nak cai benda tu, saya bersabar dan masih cube nak bantu dia sampaila tahun 2017 masa dia nak pergi kerje pihak aadk tahan dia. dia kene duduk lokap selama 15 hari, dan pada hari ke16 dia dibicarakan dan mahkamah jatuhkan hukuman pengawasan selama 2 tahun. Setiap bulanla kene pergi balai sign dan ikuti program. Tapi penangih nie susah nak berenti kalau diri dia sendiri tak nak cube. Anak2 makin membesar dan dorng pun tak rapat dengan suami. Hidup di kawan dan dadah je, saya sakit ke anak sakit ke semua saya kne buat sendiri.
Family suruh saya tnggalkan asben tapi saya ckp saya tak nak bukan sebab sayang tapi sebab saya tahu dia orang baik dan kalau diberi pilihan sebelum pasti dia pun taknak terjebak dengan dadah. Bila da sekli terjebak. Amatla susah nak berhenti, segala2 kene kuat .Lagi2 mental. Bulan berganti bulan dia tetap masih ambil bnda terlarang tu sampaila satu hari dia sakit, separuh dari anggota badan dia tak boleh gerak min. saat dia sakit tu saya tak bawak dia pergi hosp, tapi saya ckp kat dia. Selagi Allah masih berikan peluang berubahla, jangan nanti tengah2 sedap hisap benda tu Allah tarik nyawa abang baru laa abang nak menyesal. Saya kat sini lg smpai sekarang sebab saya nak bntu abang. Saya nak abang hdup normal macam dulu. Kalau tak sebab saya kenang jasa abang dah lama saya tnggalkan abang..
Tula kata2 saya pd dia, dan saya tak sangka dia terkesan dgn kata2 saya.
Dari situla dia mula berubah, dia berenti kerja dan duduk dirumah, dia asingkn diri dari kawan2. Lama dia duduk terperap je kat rumah. Jaga anak uruskan rumah tngga, saya izinakan dia tak bekerja sebab nak bagi dia sembuh sepenuhnya. Setiap kali program aadk saya akan teman. Dan kptsan urine setiap kali pergi alhamdulillah negative. Saya bngga sebab saya berjaya bntu dia kalauar dr najis dadah. Dan sekarang dia da hidup normal macam orang lain. pengawasan dengan aadk pun da abis da bulan nie. syukur sangat.




