Chacha
Min, ni aku nak reply post suami aku dalam KRT ni. Aku tahu dia post ni, sebab aku terbaca dari history google dia. Baiklah memandangkan dia suka nak minta pendapat bawang rangers, so here i am. Selalu korang dengar cerita satu side kan. Meh, dengar side aku pulak.
Ye aku kawen dengan dia, sebagai janda anak satu. Wah, baca komen, bukan main, kereta sambung bayar lah, barang scrap. Min, takda siapa yang cita cita nak jadi janda. Aku bercerai dulu min, cara baik, setelah berbincang berkali kali. Mula mula dulu, family aku pun tak tahu kenapa aku nak bercerai, lagikan family dia. Sebab nak menjaga aib bekas suami, Yela, hujung dunia mana pun, dia tu bapa kepada anak aku. Kesian anak aku malu nanti min, sekarang memang kecik lagi, nanti dah besar, perkara macamni orang ingat dan bawang sampai mati min. Kena label nanti. Ala macam korang lah label janda. Even dah kawen lain pun, still ingat orang tu dulu janda. Pfft.
Tapi memandangkan korang tak kenal pun siapa aku, dan bekas suami aku mahupun suami aku sekarang, boleh lah aku cerita dekat sini, takde aibnya kalau korang tak kenal siapa orangnya kan. Aku bercerai sebab bekas suami aku, kaki perempuan, kaki mesin judi , kaki mabuk club, pukul aku, dan malas bekerja. Masa aku pregnant setelah menunggu selama 3 tahun, aku dapat tahu suami aku bercinta dengan kawan aku sendiri min. Balik club mabuk, tidur dekat rumah perempuan tu. Kau rasa apa jadi? Aku dapat tahu ni, bukan dari teka teka tuduh tuduh ya. Ini dari kantoi bodoh, perempuan tu sendiri mengaku lepas aku menyamar whatsapp perempuan tu guna handphone bekas suami aku ni.
Time tu bekas suami aku balik dari malam minggu, mabuk. So dia tak perasan aku pegang hp. Lepas tu aku call dan jumpa perempuan tu, dia pun mengaku. Ko bayangkan min, aku mabuk teruk lembik dekat rumah. Laki aku joli katak dekat luar. Hmm Lepas confront ex, dia merayu pujuk aku, aku ni pun bod0h, stay saayang lagi, maafkan sampai lah aku bersalin. Lepas bersalin, jadi lagi min. So aku discuss elok elok, sebab aku tak ingin masuk club, ikut lifestyle yang dia nak, enjoy sana sini, ambil ‘E’ for fun, dengan tak pernah solatnya. So either dia berubah atau kami berpisah. Dalam tempoh berpisah tu, aku cuba discuss lagi untuk selamatkan marriage, sebab aku tak nak suatu hari nanti, anak aku soal kenapa aku tak fight selamatkan marriage for his sake. Jadi aku turun ego, tanya dan mengalah demi anak, walaupun dia dah tayang bersayang dekat IG dan FB dengan oranglain. Tapi dia kata, he is who he is. Ok lah min.
Sebagai seorang perempuan, aku ni fikir, aku boleh tolerate lagi, kalau kau nakal nakal, janji aku seorang. Tapi kalau nak pasang cawangan, pastikan aku cukup nafkah, sekadar ada bumbung atas kepala pun cukup. Ini tidak min, dia kerja pun malas. Aku dulu kerja sales gaji belas belas ribu, aku ni sayang suami, siap belikan LV Gucci, tak cukup tu, belikan dia kereta, tak cukup tu, Superbike lagi. Aku book 600cc, dia sesuka hati tukar order booking tu jadi 1000cc tanpa persetujuan aku, dengan alasan beza berapa ratus je monthly. Dah dapat superbike, angkut perempuan, bangga dengan member, hebat lah banyak gadis nak. Pergi tengok midnight movie dengan scandal, bayar pakai card bank aku! Haha almaklum lah dia kan tak kerja.
Orang tengok mewah, tapi sebenarnya harta bini. Eh banyak lah drama ex husband aku ni, suruh aku pinjam Ahlong lagi sebab nak tampung lifestyle. Sampai suatu tahap, aku tak nak anak aku membesar dengan tengok contoh bapak dia malas kerja, susah bangun pagi, tak pernah solat, kaki judi. Oh btw, aku diisytihar bankrupt ya sebabkan loan loan yang bukan aku nak ni tadi. Bila tegur, gaduh, kena debik. Ala kassim.
So sekarang pakcik bawang yang cakap janda ni scrap car bagai. Kau rasa patut tak aku cerai? Kalau lah jadi dekat adik kau ke, kakak kau ke, anak kau nanti ke. Apa kau advice? Sabar?
Ok lah berbalik pada suami aku sekarang ni. Dia kata aku kahwin dengan dia bisnes dia terus hancur? Min oo min. aku kenal dengan dia, sebab dia bos aku min. Lepas 8 bulan cerai, baru aku start kerja min. Besarkan anak. Aku start from basic dengan hutang bank banyak ni. Aku tak pernah ada intention nak kawen, lagi pun aku ingat dia gay. Sampai suatu hari tu, dia kata “you jom kahwin” . Suruh aku buat ishtikarah dan sebagainya. Masa tu bisnes dia pun dah drop, dia dah berhentikan staff dia, tak mampu bayar gaji aku pun. Tutup office, jual kereta.
Aku ni terpujuk sikit nak kahwen sebab dia solat memang tak tinggal min. Dahi hitam. Solat dhuha. Mengaji sedap, sebab selalu dengar dari bilik office dia mengaji time waktu bekerja.
Aku suka for a fact dia bukan kaki club, tak main game dekat hp, takda ambil drug for fun. So aku fikir, insyallah aku boleh dapat family life yang aku impikan. Normal muslim family. Duit boleh cari min. Tuhan tu kalau salurkan, dia boleh bagi melalui suami atau isteri. Asalkan redha dan faham satu sama lain je. Dalam proses nak kawen tu, aku masih lagi, berbelah bagi, fobia tak habis lagi, aku lari balik kampung, rumahmak bapak aku, tak nak jumpa dia. Nak space. Tapi dia gigih ye, pujuk, dan yakinkan abah dan abang aku, yang dia nak jaga aku dan boleh terima anak aku. Nak jaga kami berdua. Family dia pun dah pesan, yang dia pilih ni janda yang ada tanggungjawap, bersedia ke.
Tiba tiba kena tanggung 2 mulut tambahan. Almaklumlah, bekas suami aku, bapa kepada anak aku ni buat toya, tak bagi nafkah, walau dah cakap banyak kali dan minta. Dia kata, dia susah. Aku kena faham. So aku decide dan aku cakap dengan suami aku sekarang, kalau nak kahwin dengan aku, anggap je, anak aku ni anak yatim, sebab bapak dia umpama dah mati, aku boleh je tanggung anak aku ni, kalau aku bekerja. So, selang sebulan dua bulan kami tunang dan nikah . Dan aku pregnant. Mind you, selama dari duration dia ajak kawen ni, aku dan dia tiada income. Aku nak kerja tak boleh, dia pun tak cari lagi. Dia kata dia percaya rezeki lepas kahwen. Rupanya dia nak kawen sebab dia kata, kalau kahwen, rezeki masuk. So kira aku ni macam tiket rezeki dia masuklah. Hmm.
Dia kata aku suka habiskan duit? Aku nikah pun, bapa aku tak pernah letak hantaran. Dulu dan sekarang pun. Bapa aku sangat mudahkan, sebab bersyukur, aku jumpa bahagia. Jadi dia hanya bayar mas kahwin, kami nikah dimasjid, Catering jemput kurang 100 orang. Tak ada duit mahupun berbalas hantaran. Dia belikan baju nikah aku dekat Carousel second hand orang pakai. Aku ok je min. Sebab aku fikir keadaan dia. Dia support semua. Sebab aku kan tak kerja dah, pasal company dia closed, dan dia tak bagi kerja.
Selama kahwen, aku tak pernah lagi lah mintak melampau min. Beli baju pregnant dekat pasar je min. Pasar Car Boot Sale yang bundle tu. RM10 dapat satu plastic baju. Aku punya lah memahami. Oh tapi masa raya lepas tu, aku mengidam sangat nak handbag dan kasut raya baru. Itupun second hand min, beli dekat Carousel. Tak dapat dibendung tetibe sebak masa minta suami belikan. Kan tengah sarat. Walaupun dia tak berkerja min, dia adaaa je duit. Oh dah kahwen baru keluar semua perangai dia ya, dia main sport toto. Main judi Bet Game Bola online. So dari dia habis 100 – 200 beli judi. Aku cuba lah minta handbag raya kan. Berapa ratus je min. Sampai sekarang 1 tahun, total barang dia beli tak sampai pun Seribu.
Aku ni masa pregnant, sarat2 ambil job makeup pengantin, dapat je duit, ratus ratus tu aku belikan dia hadiah, umpama berterima kasih sebab tanggung aku. Masa baru kahwen dulu, dia rajin bagi aku nafkah, RM50 lah RM100 lah bank in dalam bank aku. Guna duit itulah aku belikan hadiah birthday untuk dia. Jam RM800. Mak aku tolong drivekan aku yang sarat ni pergi beli .Itu je mampu. Itupun sebenarnya duit nafkah dari dia. Aku tak berbelanja langsung apa apa untuk aku, jumpa kawan pun tidak. Itu pun dia pergi canang dekat orang aku perabis duit. Hmm.
Dia apply kerja tak dapat, sebab nya grandeur sgt. Kawan nak tolong, pesan suruh letak gaji 5k, dia letak 6k. Ada company panggil iv sebab dia letak expected salary 6k, tapi bila day of interview dia letak 9k. Hmm dia masih ada rasa besar diri sebab dulu banyak duit. Aku cakap, kita dah susah, kena humble, turun ego, Tapi dia tak boleh ditegur. Dia sentiasa betul. So aku buktikan, lepas beranak haritu, aku cakap you tengok ye, kalau interview cara i, dengan qualification you, mesti easily dapat kerja. Expected salary jangan tinggi sangat, ekonomi tak kuat sekarang, Aku pun buat resume letak degree dia. Aku ni diploma je. Tak sambung degree sebab dah terpegang gaji belas belas ribu. Menyesal. So one day, aku sent out resume aku, petang tu jugak dapat call for interview keesokkan harinya. Aku pun diterima dan start kerja. Seminggu start kerja, aku rasa bersalah sangat dan takut. Setiap kali pergi kerja, perut macam ada butterfly. So aku come clean dengan Chinese bos aku. Dia kata, “it’s ok, I hired you because of your charisma dan the way you present yourself. Within 1 week, you have proven that you can do the job effortlessly” Fuhh. Lega min. Bila hidup jujur.
Start aku pergi kerja, suami aku ni, asyik cakap aku action dengan dia. Bila gaduh je, dia cakap, macam dah besar sangat. Hebat sangat. Hebat apa min. dia yang rasa rendah diri macamtu, padahal aku buat biasa je. Sebab aku malas nak gaduh dah. Penat kerja lagi, anak kecik lagi, bapak dekat hospital lagi. Bab masak tu, alhamdulillah. Bersyukur sangat. Aku tak minta pun, kadang kadang aku balik lunch break, aku masak untuk dia. Kadang balik kerja, aku masak. Tapi kerja aku terlalu banyak sebab aku tengah revamp company baru aku ni so kadang tu aku ajak makan luar je, aku belanja. Tapi dia action, bila nak bayar, dia kata, takpe. Tanggungjawap I bagi u makan. Sekarang ni, nak cakap macamni?
Bab anak, dia kata dia tak boleh apply kerja sebab anak asyik meragam nak dukung, yelah baru 4 bulan. Aku cakap nak cari baby sitter or hantar taska, dia tak bagi pula. Dia tak bagi. Confuse aku min nak buat apa. Ha, bab nak cerai tu antara punca dia, selepas aku kahwen min, dia tak bagi anak sulung aku, meaning anak Anak tiri dia, duduk sekali, dengan alasan dia tak mampu jaga. Sedihnya min. Aku try tolerate. Sekarang ni ,aku minta tolong ex husband aku jaga. Nasib baik dia nak. Nenek dia jaga time ex aku pergi kerja. Jadi aku legalah sikit.
Yang menyakitkan hati min dia selalu dera budak tu setiapp kali aku ambil anak aku balik rumah kami dia cubit lah tendang lah. Bila kantoi dengan aku dia cakap anak aku menipu. Anak aku ni 3 tahun pun belum sampai. Tak pandainya dia nak menipu. Lagipun tipu apa, kalau ada kesan, lagipun time dia jerit, cakap anak aku menipu, dia cekik leher anak aku, hempas bantal kuat kuat. Lagilah terbukti. Last dia admit, dia benci tengok muka anak aku, sebab teringat history aku. Eh kalau dah tahu aku ada history hidup lama, kenapa kau merayu rayu nak kahwen? Beria pujuk? Setiap kali balik ye, kadang tu, sampai pecah mulut anak aku min dia tampar.
Bila aku try selamatkan, kami bergaduh, dengan aku sekali kena beduk min. Dia nak siksa jiwa aku min, siap dia rampas baby kami yang baru lahir ni, cakap biar kita cerai, anak aku jaga, dia nak bawak lari. Lagi lah aku meronta nak ambil balik anak aku, lagi lah kena pukul. Semua gambar kesan dia pukul aku, lebam luka aku , luka pipi anak aku, aku simpan. Tapi hari tu dia ambil hp aku senyap2, delete, dia ingat dia dah selamat. Of course aku ada simpan backup.
So dekat sini, aku tak rela terpisah dengan anak aku. Aku nak dia membesar dengan aku dan adik dia. Tapi aku tak boleh tinggalkan dia dengan suami aku, sebab subahanallah aku tahu dia akan buat something pada anak aku. Aku nak report polis, kang kesian pulak anak kami yang baru lahir ni, bapak dia kena tangkap. Ya allah. FYI, suami aku sekarang ni tengah gian main Judi, sebab katanya ni je cara dia bayar hutang juta juta dia. Aku pun baru tahu dia kaki scam orang, ratus ribu ok. Aku ada bukti.
Guna duit tu juga dia pergi fly oversea baru ni tinggalkan aku dan anak. Aku ni kalau nak aniaya dia, anytime je, aku call dan tunjuk, memang kena. Tapi aku ni fikir Panjang dan berharap dia berubah. Dia tak tidur sekali dengan aku, tidur dekat bawah, so sebab tu aku cakap aku tak cukup kasih sayang. Aku penat kerja balik, nak borak dengan suami, tapi suami buat muka dan marah marah sebab stress orang kejar duit. Sekarang ni, aku bincang cara elok. Aku cakap aku nak jaga anak anak aku. Aku dah bekerja, aku mampu. Aku nak berkahwin dengan dia, sebab aku masih sayang dia. Lagipun siapa nak menjanda kali kedua min.
Tapi lepas discuss, dia kata, priority dia adalah bayar hutang orang. Lebih baik dia ceraikan aku, dan aku jaga anak kami yang baru, so kami dah capai persetujuan, aku siap pesan, tak apa, kalau parents tanya, cakap je salah aku, dan jangan burukkan satu sama lain. Kita ada anak, fikirkan kalau kita bermusuh. Sekali, aku terbaca dia post dekat KRT ni, dia menyalahkan aku, dan bila aku confront pagi tadi, dia kata, kalau cerai , anak kami dia nak jaga. Saja ja, nak siksa jiwa aku. So aku nak buat apa ni? Kalau macamni kereta scrap ke nasib aku ni?