Salam. Tlg hidekan profile saya. Saya seorang isteri, ad puteri umur setahun 6 bulan dan baby dalam kandungan baru msuk 2 bulan. Sebelum ni suami pernah curang dengan rakan sekerja di giant. Masa kantoi curang, perangai suami yang dari romantik dan penyayang berubah 100% jadi seorang pemarah. Keji, makian perkara biasa, sedangkan masa tu saya tengah brpantang anakbsulung. Disebabkan hal dia dengan perempuan tu kecoh di giant and prestasi suami merosot sebab selalu masa perempuan tu cuti, hr putuskan untuk buang dia kerja on the spot. Tapi saya kesian dekat dia, saya pergi jumpa hr giant untuk bagi masa sebulan untuk berhentikan dia. 10.3 2017 last day dia di giant tu. Bln 3,4 dia menganggur, dia stay di rumah kkak dia. Saya di rumah kkak saya. Sbb masa tu saya ambil keputusan untuk bercerai. Tapi belum pergi ke mahkamah sbb masih di kl. Tu silap besar yang saya buat.
Bln 5 dia dapat kerja sbgai security guard di sekolah men di gombak. Tak lama dia kerja disitu, kkak dia halau dia keluar rumah. Tak tahan dengan perangai dia. Masa tu jugak dia cuba pujuk saya balik. Dlm masatu anak kena sakit kuku, kaki dan mulut. Saya tak kerja, dan susah untuk keluar cari ubt anak. Disebabkan anak sakit, kami jd berbaik semula. Saya bg dia peluang kedua kerana anak. Dia bersumpah dihadaan al-quran yang dia takkan berhubung lg dengan perempuan tu, kalau tak ibu ayah dia akan mati, and perempuan tu akan dilanggar lori smpai hancur kaki smpai peha. Disebabkan dia berani sumpah depan al-quran dan sikap ambil berat anak sakit. Saya terima dia kembali.
Saya mntak dengan kkak saya untuk dia dduk skali sebab masa tu dia cuma tidur dlm kereta. Kkak bagi tapi cuma untuk sbulan dua sblm dduk rumah sndiri. Pendek cerita, lepas tu kami sewa sendiri. Tapi tak lama disebabkan mslh trsndiri, kami pindah keluar, saya dduk dengan kkak, suami sewa bilik bujang. Satu block dengan rumah kkak. Sepanjang tahun 2018 kami kerap gaduh. Hty saya kembali rasa dia curang, tapi takde bukti. Ad bukti, tapi dia pandai cover. And perempuan tu pun pndai cover. And dia diberhentikan kerja sbb prestasi merosot, selalu lmbt gi kerja, selalu cuti, and gaduh dengan pegawai. Saya sorang kerja masa tu. Tapi tak lama, saya pula berhenti disebabkan masalah dia selalu bgn lmbt untuk hntr saya ke tmpt kerja. Masa tu saya takmmpu nak naik teksi or grab sbb duit cukup2 mkn untuk kami 3 beranak. Tiap kali saya ajak dia balik kerja di lg, mcm2 alasan dia bg.
Dia makin jauh. Bila jumpa saya selalu ckp cepatla dh lewat. Bila dtg hntr nasi pagi(kdg2 je) aasan sama, ceatla dh lewat. Smpai saya persoal, nak jumpa perempuan tu ke? Dia mrh2 and sumpah lg demi nama Allah aci mak ayah dia matti dia dh takde hubungan dengan perempuan tu, aci perempuan tu matti.
Kami kerap gaduh. Last2 dia suruh saya blk kg. Awl bln 2 2019 dia hntr saya blk kg. Jnji 10/2 dia akn blk tapi dia terus diam menyepi. Whtsapp block semua. And finally, birthday gift paling best saya dapat, 7/3/2019 saya dapat tahu dia dh menikah di siam dengan perempuan tu sbb dh bunting luar nikah 3 bulan. Luluh hty ni. Saya cuba tunjuk saya taksedih depan fmly, saya taknanges lngsung. Cuba untuk kuat. Tapi smlm jatuh jgk air mata ni.
Semalam whtsapp sekejap dengan dia, dia kata sayag sangat dekat saya dengan anak tapi min dia tak pernah call or whtsapp saya or tanba kabar anak sejak dia menikah dengan perempuan tu. Saya dh tawar hty. Terlampau sedih. Spnjng masa saya bg peluang, dia tak ernah lost contact dengan perempuan tu. Dia bawak masuk perempuan tu dlm rumah sewa kami masa saya kerja. Patutla tak lama kami boleh menyewa bersama, Allah dah tolong saya. Saya sayag dia, terlampau sayag, tapi hty saya dah hancur. Terlalu sedih ditipu, diperbodohkan hidup2
Disebabkan dia, mak mertua saya benci saya. Sebelum saya delete acc whtsapp, saya msg dia mntak ampun, and mntak dia lepaskan saya nnt bila di mahkamah. Saya bgthu saya dh dftr permohonan cerai. Last whtsapp dia, dia ckp dia sayagkan saya dengan anak. Air mata ni jatuh lg. Saya terus delete acc whtsapp masa tu jugak. Saya penat bagi peluang. Dia ckp dia sayag saya, n dia ada mntak masa untuk settlekan mslh ni. Tapi saya dh penat. Penat ditipu. Saya mohon semua doakan saya kuat hadapi perceraian dengan anak dlm kandungan. Alahan saya kuat, tak boleh makan, takboleh bau mknan. Doakan saya kuat.
Buat awak encik suami, saya sayagkan awak, tapi jodoh kita cukupla smpai saat ni. Awak dh bahagia dengan perempuan tu. Maafkan saya, saya tak boleh nak maafkan awak and perempuan tu. Saya penat setia, penat berkorban semua benda. Tapi ini yang saya dapat. Awak sendiri tahu apa yang saya korbanakan semata untuk jadi isteri awak. Semoga awak puas hty dapat hancurkan perasaan saya and buatakan saya dah tak boleh nak percaya dekat lelaki. Terima kasih sbb buang anak awak dari hidup awak, and tak mengaku saya hamil lagi.




