Salam admin n warga KRT .hidekn FB saya. saya nak kongsikan kisah hidup saya,saya prnh bkhwin dan mempunyai 3 orang anak bekas suami brumor 33 tahun, kerje kampung, seorang yang malas kerje, kalau rajin dia kuar pergi kerje, kalau mls dia akan tido je tiap hari, semasa menjadi isterinya, dia abaikan nafkah saya dan anak2. kaki dadah, minum ketum, keluar masak penjara, tiap kali gaduh dia akan pukul saya, masa tu saya penat sangat2 dengan anak2 lagi, nak uruskan rumah lagi, duit memang tak ade langsung.
Sewa rumah dah 7 bulan tertunggak, akhirnya kami pindah tinggal bersama family dia. 3 orang anak semua ada asma dari kecil lagi, keluar masuk hospital, selepas anak ke3 kami lahir, suami makin kerap tak balik, saya sendiri yang uruskan anak2, duit jangan cakap, memang takde. walaupun tinggal dengan ibu mertua dan ipar, tapi dia tak ambik peduli, masing2 uruskan hal masing2. Dorang butakan mata, pekakkan telinga
Bila saya call suami tutup HP, sakit sangat2 hati saya, tuhan je yang tahu. Semasa anak berusia 50 hari, anak asma teruk dan lemah sangat, terus dikejarkan ke hospital. Seminggu anak dalam tu, sepanjang anak kat hspital suami dan family nya tak datang melawat. Sedih sangat2 masa tu. Selepas anak dibenarkan balik, saya nekad UNTUK bercerai. Saya sdiri pergi mahkamah, dan mhakmah bagi surat kat suami, akhirnya kami bcerai. Saya balik tinggal dengan family saya.
Walaupun tinggal bersama family, saya rasa MACAM orang asing, ayah saya ok, tapi mak saya seorang yang cukup berkira dengan anak2 dan cucu. kalau anak saya minta rm1 dengan mak saya untuk beli makanan atau apa2 mak saya akan tulis kat buku dan anggap sebagai hutang kadang2 pmpes anak dah abis saya terpaksa pinjam dengan mak rm30 saya nak kuar pergi kerje tak boleh, mak tak nak jaga cucu2, kalau saya bagi dekat pengasuh, tentu mahal.
Sekarang ni saya cuma tolong adik saya bniaga, syukur saya dapat bantuan dari MAIDAM, saya dapat bantuan sewa rumah, sekarang ni saya duk dengan anak2 je.
Bila anak sihat Saya tolong adik bniaga, saya cuma tolong packing kan barang dia, dapat lah sikit boleh buat belanja sekolah anak saya. Haritu saya dapat brim tapi mak saya awal2 lagi dah minta duit dia. Tinggal lah rm30 UNTUK kami anak branak, pampes anak dah abis, terpaksa saya belikan pampes UNTUK anak dulu, walaupun beras dah nak abis. Kadang2 bila beras tinggal 1 cawan je, saya terpaksa msak bubur kosong UNTUK kami, cuma tambah kicap garam. Sekarang ni makin kerap anak2 masuk wad, gilir2
Masa dalam wad, saya takde duit 1sen pon, saya dan anak cuma makan makanan yang diberikan oleh pihak hospital, anak kat rumah saya bagi mak tolong jaga UNTUK sementara. Bila saya balik saya terus ambik anak kat rumah mak. Minggu lepas anak ke sekolah,saya terpaksa bagi bekal nasi kosong dengan telur. saya cari syiling2 celah dinding rumah dan dalam beg, dapatlah 80 sen,saya peluk cium anak,saya minta maaf kat anak,tu je ibu mampu sediakan.
Anak2 angguk je tanda faham. UNTUK bekas suamiku dan bekas mertuaku, semoga Tuhan bagi balasan kat awak semua, sebab abaikan nafkah anak2. Dan warga KRT, tolong doakan saya kuat. Dan doakan anak2 saya supaya sihat selalu, dah tak perlu kua masuk wad lg. Terima kasih.




