Assalamualaikum n salam sejahtera.
sejujurnya aku tak tau nak mula dri mana masalah aku ni. aku seorg isteri dan ibu kepada 2 org anak dn sedang sarat mengandung anak 3. anak aku masih kecil. yg sulung 4thun dan yg kedua 2tahun. Aku beekahwin dgn duda anak 2 .
masalah aku, aku dengan suami kerap sangat bergaduh. ade saje hal untuk dijadikan pergaduhan. dari sekecil2 hal hingga sebesar2 hal. Boleh dikatakan setiap hari akan ade perbalahan . Suami aku sering fitnah aku yg aku ade lelaki lain. Semua ex aku sbelum berkahwin dia sebut. Jarang sekali aku sebut ex wife dia. Aku hnya menyebut bila dia mula samakan aku dgn exwife dia yg pernah curang dgn dia tu.
Dan dah 3 kali dia kantoi ade perempuan lain. Siap bagi duit lagi kat prempuan tu. tapi semuanya kembali okay lepas dia merayu minta maaf dgn aku. aku maafkan demi anak2. untuk pengetahuan semua, aku pernah failkan kes perceraian dgn dia 3 tahun yg lepas ketika itu anakku masih satu dan usia perkahwinan kami bru 2 thun ketika itu. aku memaafkan dia kerana anak aku terlalu manja dengan abahnya. aku failkan cerai kerana aku sering difitnah, aku sering dimaki, aku sering dipukul ,aku dikurung dirumah dan dia tidak memberi nafkah . janji manis yg ditaburkan saat aku failkan kes tu buat aku cair dan maafkan dia. aku bod0h saat itu terlalu percaya akan janji dan kata2 manis dia. dia bejanji akan berubah, dan akan memberikan sejumlah nafkah setiap bulan.
bile berbaik, baru aku tau dia terbeban dengan hutang along yg dibuat untuk repair kereta dan selebihnya untuk enjoy dia. aku tertipu lagi. Selepas berbaik aku disahkan mengandung anak selepas itu, layanan yg sama seperti dulu tanpa sedikit pun perubahan. aku tertipu dgn semua janjinya. satu sen nafkah pun aku tk dpt. yg aku dpt hanyalah hinaan dan fitnah seperti dulu . perkara itu berlarutan hingga kini. Terkini dia ade rezki lebih dan aku sedang mengandung aku minta sedikit untuk penyediaan barang bayi yang bakal lahir namun pelbahai alasan yang dia beri nak makan di luar pun pelbgai alasannya. tapi adik perempuannya dia selalu dibelanja alsannya adiknya sering membantu dia . aku hnya menyusahkan dia. ssedngkan duit upah aku meniaga kecil kecilan setiap bulan selama 6 bulan lepas dia ambil. alsannya aku patut tolong dia. adakah tidak cukup aku membantu dia??
segala yg adik dia minta dia cuba turuti. adik dia ajak berjalan laju sahaja. anak adiknya nak makan laju saja dibelanja makan. sedangkan anak2ku dibentak dgn kata tiada duit. apakah kami hanya layak diperlakukan sebegini? aku nak keluar dri semua ini, tapi kemana harus aku pergi?? Aku tiada sesiapa. Ibuku telah meningg*l dunia ketika aku masih kecil. ayahku pula ntah kemana. adik beradikku pula semuanya susah dan jauh. Nafkah zahir susah nak bagi, nafkah batin pun hanya 2 3 kali sebulan. bermacam cara aku cuba dan buat untuk mengambil hatinya. tapi aku tetap diherdik dan dimaki . makan aku suapkan, baju aku cuci dan jemurkan, anak2 aku yg uruskan. aku betul2 giveup untuk kali ini. doakan aku ye .




