Assalamualaikum min. Aku stress sangat2. Aku kan baru je kawin, mana ada anak lagi. Rumah pun besar, lawa. Bini aku duduk umah 24 jam jaga aku je pun. Tapi semua tak terbuat, dia asyik kata letih. Aku balik baru nak bersidai baju, aku balik pinggan mangkuk dia masak tak berbasuh penuh 1 singki. Guna cawan letak merata2. Paling aku stress, asyik ajak aku pergi jalan2. Pergi mall besar2. Aku pun ikutkan je sebab bini kan, smpai je mall dia nak beli baju2. Nak brand H&M, PADINI,BRAND OUTLET, brand yang kira ada nama tu.
Setiap minggu beli baju dekat 5 helai, sekali bayar RM200+. Aku rase nak nangis, pastu bila dah sampai umah dia tak suka baju tu, dia pergi bagi adik beradik dia. Bagi bukan jual. Pastu minggu depan nak beli lagi. Aku kadang2 letih cari duit, aku nak saving. Bila aku kata duit tak ade, dia merajuk. Suruh hantar balik umah mak dia. Pastu cakap pasal cerai la apa la. Aku selama kawin dengan dia tak pernah beli baju2 keje baru Aku nak jugak reward diri aku ni penat2 keje hbes kat dia tak baju barang makeup. Seminggu rm200 abes.
Bila aku cakap nak beli baju keje, dia kata sape nak tengok? Pakai je buruk2 tu. Sedih la hidup aku min. Ni lah pilihan mak aku, kadang rase menyesal jugak kawin dengan dia. Baru je berapa bulan kawin. Dah control aku macam ni. Aku marah sikit mula canang2 aku ni jahat kat fmly2 dia. Semua panggil aku laki tak guna kat group family dia. Hmm aku penat la. Balik umah aku yang kene kemas2 dapur. Lipat baju. Iron baju. Mana pernah dia buat semua tu. Dia kata tu tugas suami, isteri ni layan suami je.
Hmmmmmmmm aku tak tahu la. Kadang hilang mood nak bersama dengan dia sebab penat dengan perangai dia. Balik2 umah tak masak, ajak aku makan luar. Kat opis pun aku makan roti je. Tak tahu la, dah cuba cakap buat2 tak dengar. Tido belakang kan aku. Tekap bnatal kat telinga pastu mula la marah2 aku. Ngamok2. Tolong aku, jangan stress kan aku lagi.




