Suamiku PUBG tegar. Assallamualaikum admin.. Berharap keluh kesah saya ini dapat dipublish pada umum supaya kita semua tahu betapa buruknya gejala game addicted pada sesebuah kehidupan. Pertama sekali,saya adalah seorang wanita juga seorang isteri. Akaun digunakan ini adalah akaun facebook adik lelaki saya. Saya adalah seorang isteri yang bekerja sbg guru tadika,berumur 25tahun. Saya mempunyai dua orang anak berumur 2tahun & 4 tahun. Suami saya pula berumur 27 tahun dan bekerja disebuah kilang. Sebelum nikah, saya umumnya tahu suami saya seorang gaming tegar. Namun selepas nikah, sudah hampir 2 tahun dia meningg*lkan dunia gamingnya. Suami saya juga menjual segala gadjet yang selama ini menjadi sumber dia melepaskan gian untuk gaming. Untuk pengetahuan semua,kami sudah berkahwin selama hampir 6 tahun.
Namun sejak tahun lepas,suami saya mula berjinak2 bermain game mobile. Saya ketahui nama game itu saya famous diruang media sosi*l yakni PUBG. Ya,SUAMI SAYA PUBG TEGAR. Semenjak dia mula mengenal semula dunia gaming walaupun hanya bermain ditelefon bimbit, namun ketagihan dia seolah2 melepaskan rasa rindu setelah hampir 3 tahun tidak berada didunia game. Saya tidak menghalang untuk sesiapa pun mempunyai hobby bermain game,namun bukanlah addicted tegar seperti suami saya sekarang.
Untuk pengetahuan semua,selepas 2 bulan bermain pubg, suami saya tidak seperti diawal perkahwinan. Dia mula malas bekerja, kerap mengambil mc bahkan riadah keluarga juga diabaikan. Dulu kalau cuti, kami akan keluar untuk riadah satu keluarga. Boleh dikatakan suami saya agak mithali pada pandangan mata saya kehidupanny juga agak bagus terutama sekali dengan ahli2 keluarga tidak kira keluarga dia atau saya tapi sekarang ni kalau diminta untuk kekedai pun dia menjadi baran. Marah serta agak memberontak seolah2 saya sangat2 mengganggu kehidupan dia ketika bermain game.
Dulu suami saya seorang bapa yang gemar manjakan anak. Antara saya dan dia, anak lebih rapat padanya kerana dia adalah seorang pembackup anak jika saya naik hantu dengan kerenah anak2. Ya,saya seorang ibu yang agak cengir. Namun sekarang sudah terbalik. Anak2 tidak lagi berani mendekati bapa mereka sendiri. Manakan tidak admin, anak baru dekat sahaja dia sudah tepis dan merengus supaya anak2 tidak mengganggu ketika dia bermain pubg. Pernah juga beberapa kali dia memaki anak kami yang sulung dengan carutan, bahkan dia pernah memanggil anak2 dengan gelaran babi kerana rasa terganggu. Hati saya terguris admin, sedangkan segarang2 saya pada anak,saya tidak pernah memaki apakan lagi berkasar. Berulang kali anak saya digelar dengan panggilan nama haiwan setiap kali mereka menghampiri suami saya untuk bermanja selain ditepis atau ditolak.
Keluarga sebelah suami saya adalah sejenis keluarga yang gemar berkumpul untuk makan2 setiap bulan. Sepanjang saya berkahwin dengannya, tak sekali pun kami akan miss kehadiran dalam acara ni,tapi lepas dia jadi addicted to pubg, bukan kata makan2 dengan family,makan2 dimeja rumah sendiri pun dia abaikan. Nasib baik saya pandai drive, ada lesen semua cukup pakej. Jadinya saya akan mewakili suami untuk ke acara makan2 dirumah keluarganya sendiri! Admin cukup sudah 4 bulan suami saya tidak berjumpa ahli keluarganya dan tipulah kalau keluarga suami tidak bertanya perihal dia yang langsung taknampak bayang hidung. Saya terpaksa menipu memberitahu bahawa kilang suami sedang rush Overtime. Padahal kerja seminggu 5 hari pun suami aku tu boleh mc 2,3kali. Dan dia mc sebab dia tak cukup tidur lepas main pubg sampai 3,4pagi,kadang2 langsung taktidur!
Bahasa budi bicara suami juga tidak seperti dulu. Saya tidak tahu apa modus bermain pubg namun saya kerap mendengar suami saya menjerit2 dan mencarut. Sebelum ini,perkataan “bod*h” pun langsung takdibenarkan sebut didalam rumah. Tapi sekarang ni bukan sahaja carutan bahasa melayu,carutan bahasa indonesia pun keluar dari mulut suami saya. Saya pernah menegur suami saya perihal carutan ini,saya cuma meminta dia agar tidak mencarut didepan anak2. Namun admin,saya pula dicarutnya. Katanya saya menyibuk perihal dia. Dan kerap kami gaduh pasal dia punya addicted ni,tapi setelah bergaduh suami akan bertindak keluar rumah dan tidak pulang untuk dua tiga hari. Saya tidak pasti kemana dia pergi.
Saya pernah mengajak suami untuk mendapatkan rawatan pakar pasal addicted pubg ini,bagi saya seseorang yang addicted terhadap sesuatu perkara sehingga menggangu kehidupan harian adalah sesuatu penyakit. Namun saya dimaki bahkan dipukul oleh suami saya sendiri. Suami saya kata yang saya sengaja mahu melabel dirinya sebagai pesakit mental walhal saya cuma mengajak dia untuk memotivasikan diri. Dan itulah kali pertama badan saya disakiti suami saya selama 6tahun kami berkahwin. Dia memukul saya kerana game. Dan kali kedua saya dipukul adalah semalam bertarikh 22 feb2019,dimana saya cuba merosakkan ipad suami yang dia guna untuk bermain game.
Selepas itu suami saya keluar rumah dan tidak pulang sehingga dimana saya cuba merosakkan ipad suami yang dia guna untuk bermain game. Selepas itu suami saya keluar rumah dan tidak pulang sehingga jam ini. Saya pernah mengadu hal ini kepada kakak suami saya (ipar) tapi ipar saya tidak memahami situasi. Katanya suami saya memang dari dulu kaki tegar game. Bila saya explain yang suami saya sudah berubah perangai,lupa tangunggjawab,saya pula dikatakan terlalu manja mahukan perhatian daripada suami. Jujurnya admin,setelah pecah berdarahnya mulut saya kerana pukulan suami saya semalam,saya nekad jika selepas ini berlaku lagi,mungkin perjalanan 6tahun perkahwinan ini bakal berakhir. Sudah hampir 8bulan suami saya tidak menjalankan tugas sebagai seorang suami. Assalamualaikum. (S.M)




