TQ min sebab sudi siarkan kisah hidup aku. Btw ni bukan fb sebenar aku so jgn harap lah aku nak confess by real account, org manis mcm aku mmg tak nak menonjol sangat. So jom straight to the point je la, saat ni aku sedang mengalami masalah dengan isteri aku. Kami dah tidak tidur sekatil, sebilik, adalah dekat 2 tahun. Bab layanan pulak dah masuk 4 bulan memang TIADA langsung. Tiada mean, takde sentuhan, takde ringan2 atas sofa, kat dapur, kat blk air dan sebagainya la. Setakat ni minyak lintah tapi yg aku beli tahun lepas pun banyak lagi balancenya. Hmm. Owhh lupa nak kabo, aku ada anak 3 dah. Semua cukup sifat Alhamdulillah, dah besar2 pun yang sulung 7 tahun, yang kedua 6 tahun dan yg bongsu akan menginjak 2 tahun bulan depan. Bab bini aku ni memang panjang sgt ceritanya so aku skip je la ke point2 yg penting sbb aku tahu makcik bawang always akan cakap ‘men are trash’. So aku akan bg fakta2 kenapa bini aku ni bertuah berlakikan laki penyabor macam aku.
We married almost 9 years, lama juga tu kan. So seingat aku tahun ke 6 baru dia start tidur rumah mak aku (her mil). Itu pun sebab nak pujuk aku untuk rujuk dengan dia. Owhh ye kami pernah bercerai secara taklik penghujung tahun 2015. Tak dan berapa minggu dah meroyan nak balik kat aku sebab katanya dah TERSEDAR. Tersedar mean bini aku cakap rupanya selama kahwin ni dia dok minta cerai, tak nak layan aku, dok keluar dengan skandal dia, tipu aku apa semua rupanya dia kena sihir. Aku tanya la mana tahu kena sihir? Dia cakap dia terlibat dengan 1 program macam ala2 ruqyah dan rawatan dalam Islam anjuran jabatan dia, so masa ustaz ni buat bacaan untuk scan para peserta bini aku ni salah sorang yang kesurupan dan kerasukan. Program ni dia terlibat masa we all dah divorce (dlm eddah). So fast foward, bila dia dah tersedar dia cari aku masa balik rumah mak dia while i’m stay at my mum house (for a while).
So mak dia cakap la ‘kau nak cari laki kau kenapa, korang kan dah berpisah’. So berlaku la drama air mata dalam minggu tu, bertalu2 wasap masuk, call masuk dari ex wife aku ni (dah ex sbb time tu dah cerai). Segala kekesalan, kerinduan (konon), kebiadapan selama 4 tahun dia berkelakuan macam gampang dengan aku tu sebenarnya bukan diri dia yg sebenar. Sejujurnya aku dah move on pun time tu ye la dah bertahun2 bini dok minta cerai siap berskandal dengan ofismate dia sampai kantoi dengan aku walaupun just minum2 berdua dan lepak berdua tapi bini aku ada buat pengakuan memang dia feel in luv dengan laki orang tu dah masa tu menitik pulak air mata bila teringat masa tu.
So fast foward lagi, aku bincang dengan mak bapak aku dan nasihatkan aku terima la balik bekas bini aku tu, mak bapak aku ckp dia dah minta maaf dah mengakui salah dia why not give her second chance, yg penting anak2 tak terabai which is anak2 mmg tak pernah terabai pun even bini aku buat perangai syaiton dia dulu. Aku independence daddy, i can take care of my kids. Basuh berak ke, cuci muntah ke bawa pergi makan ke tidurkan dorang dgn lagu2 qasidah and what so ever i can do myself. On that time pun anak2 aku baru 2-3 tahun umur dorang.
So menerima nasihat mak bapak aku, aku pun terima la isteri aku balik. Memang aku lafaz rujuk dengan wife aku, lepas rujuk kami check-in hotel. Hahaha. So cerita tak habis lagi ni sebab part family aku dah selesai, not her family. So masa tu rumah sewa kami yang actually betul2 selang pintu dengan rumah mak bapak dia mmg dah kosong pun sbb aku masa cerai 3 minggu tu dah duduk umah mak bapak aku, dan dia duduk umah mak dia dengan anak2. So nak tak nak aku kena la jumpa mak bapak dia bagitahu dah rujuk kan. Kome tahu tak, aku berhadapan dengan kesemua ipar2 aku dengan mak bapak dia sekali kat ruang tamu rumah dorang tu for explain everything sebab dorang tak nak aku bawa keluar bini aku tu.
Owhh lupa 9 tahun kahwin ni, i’m the only son in law dan the only abg ipar dorang, yang lain semua bujang terlajak dan ada yg masih belajar lg. Aku takde biras, so i’ve to fight alone. Worst part bila mak mertua aku dgn ipar2 perempuan aku semua menangis tuduh aku depan2 muka ckp aku guna2 kan bini aku ni untuk nak rujuk dengan aku. Play victim pulak padahal sapa yg mangsa sebenarnya. So dapat jugaklah aku bawa balik bini aku keluar dan kami duduk rumah mak aku jap sementara keadaan cool dulu. 2 miggu duduk rumah mak aku tu hari2 dapat layanan la, bini aku ckp dah lama dia tak dapat layanan mcm ni, dah lama dia rindukan aku seolah2 mcm baru kahwin padahal sebelum ni tengok muka aku pun mcm nak dikahaknya.
So dlm 2 minggu tu memang aku hantar bini aku buat rawatan susulan dengan seorang ustaz bertaraf coach ni. Every time pergi ruqyah je kerasukan maksudnya memang bini aku ni lemah dan dia tak berdaya nak lawan sendiri hantu sy*itan dlm badan dia. So nak jadikan pusingan hidup, benda yg sama jadi balik. Macam mana aku terabai bertahun waktu sebelum dia sedor tu macam ni la keadaan aku skg. Balik umah anak bini takde, dia balik rumah mak dia. Life aku? Balik keje, duduk la rumah sorang2, kalau bosan sgt aku keluar lepak mamak, kalau ada kawan nak teman adalah kwn bercakap kalau tak makan la sorang2, kadang2 aku balik rumah mak aku.
Sabtu ahad lagi la sadis hidup aku sebab bini aku akan bawa anak2 balik rumah mak dia. Hari berkerja pulak bini aku balik time nak tidur je, atau pun dia nak basuh baju guna mesin basuh yang aku belikan untuk dia 4 tahun lepas. Tu pun baju kotor aku dia asingkan.. Malam2 kalau terbangun perut lapar, bancuh la aku air teh o cicah biskut kering sorang2 duduk kat meja makan yang berkapasiti 6 orang kat dapur tu. Tipu la tak sedih kan, cuma aku ada anak2 sebagai kekuatan, aku ada adik beradik yang setia menyokong aku, mak bapak yg memahami dan tak pernah berdendam pun dgn apa yg bini aku buat kat aku dulu berbanding mak bapak mertua dan adik beradik bini aku sampai sudah tak bertegur sapa dengan aku, tengok aku pun mcm musuh padahal aku satu2nya menatu dan abg ipar dorang.
Kadang2 apa yg jadi kat hidup aku ni buat aku down, mcm mana kuat pun aku bertahan atau buat macam takde apa2, kadang2 tu menitik juga air mata ni lagi2 la bila tidur sorang2. Sebagai seorang lelaki, suami, ayah dan ketua keluarga ada masa aku nak dipeluk, nak diberi kata2 semangat, nak dimanja, tapi tu la tengok dalam masa terdekat ni rasa mcm takde harapan dah. Setiap kali lepas solat aku doakan untuk bini aku, moga2 dia tersedar. Aku tahu dia tengah sakit tu, tengah ada gangguan, dia sedar apa yg dia buat kat aku ni salah tapi dia tak berdaya nak lawan. Kalau aku ajak berubat pun konfem taknak punya sebab sebahagian diri dia dah dikuasi jin lahanat tu.
Cukup la kot serba sedikit kisah hidup aku. Andai bini aku dah tak nak aku dah, aku pun tak nak la salahkan jin lagi dah. Biarlah berpisah penamat segala2nya. Kalau tengok muka aku pun tak boleh, benci sangat (sihir pemisah). Sekali dah jadi hari tu boleh la terima lagi kan ni sampai jadi kali kedua dan seterusnya, apa nak jadi dengan hidup aku? Aku pun berhak hidup bahagia juga.




