Part 1. Playboy. Sejak dari zaman sekolah rendah memang aku kaki perempuan. Susuk tubuh badan aku dan penampilan aku memang memudahkan aku untuk mendapatkan perempuan yang aku nak. Aku pun memang aktif bersukan. Cakap apa saja sukan. Semua aku boleh bersukan. Memang aku dilahirkan berbakat dalam semua benda. Sampailah habis sekolah menengah, aku masih dengan kehidupan playboy aku. Paling kurang 4 orang sekali min. Aku sentiasa ada masa untuk mereka. Walaupun cinta pertama aku bertahan 5 tahun. Tapi dalam masa yang sama aku ada ramai scandal.
Senang kalau aku gaduh dengan gf aku, aku akan cari scandal untuk isi masa2 terluang aku. Sejak dari gf pertama lagi aku rajin turun naik genting. Tidur bermalam di sana. Gf aku yang ajar. Aku taktahu lah dia memang dah biasa atau tidak. Tapi aku tak pernah terlanjur dengan dia. Time ni aku masih percaya yang bini aku sahaja yang aku akan bersama. Oh sebelum itu, aku ada 3 ex-gf sahaja yg betul2. Disebabkan selalu manja2 dengan gf pertama, perangai ni terbawa2 sampai la gf ketiga. Gf kedua aku tak nak cerita sangat sebabnya dia biasa2 dan aku pun selalu ringan2 sahaja dengan dia.
Untuk gf ketiga, ini kali pertama aku terlanjur atas permintaan dia juga min. Hari pertama aku jumpa dia lepas declare couple tu pun kami dah terlanjur. Yang ini pun aku taktau nak cakap dia masih dare atau belum. Nampak macam tak. Tapi hati aku tetap mengatakan yang dia masih dare. Time bercinta dgn gf ketiga, aku dah terlanjur dengan dia untuk sekian kalinya. TAK terkira min. Atas dasar suka sama suka. Ok lah habis cerita part 1. Ketiga-tiga gf aku ni tinggalkan aku kerana lelaki lain walaupun gf ketiga. Aku pun tak paham min. Aku nak kahwin dengan dia. Tapi dia kahwin lain. Lama juga aku membujang tapi scandal masih ada. Masa ni aku dah terlanjur dengan 4 org wanita yang berlainan which is 1 gf dan 3 scandal. Ok move on.
Part 2. Aku jumpa cinta sebenar aku min. Aku jumpa perempuan ni nama dia A. Aku sangat2 jatuh hati dengan A ni. Tapi malangnya dia milik org – tunangan org. Aku cuba untuk memikat hati dia. Dan aku berjaya. Hari2 aku msg dan telefon si A ni. Senang cerita A ni pun dah tangkap cinta dengan aku. Banyak kali keluar dating dengan aku tanpa pengetahuan tunangnya. Tapi jangan risau, aku tak sentuh pun dia. Sebab aku percaya cinta sejati aku. Tapi malangnya. Dia pilih tunang itu kerana tidak mahu family kedua belah pihak merasa “pelik” kalau diputuskan tunangan nya.
Untuk makluman, dia dan tunangnya dah bercinta lebih 10 tahun. Akhirnya, mereka pun kahwin. Dan aku meneruskan kehidupan aku seperti biasa. Selepas 9 bulan perkahwinan, si A ni cari aku semula, si A beritahu dia rindu aku, dia nakkan aku. Aku jadi serba salah min. Aku pun layan dia semula – yes sebab aku pun masih cintakan dia walaupun si A bini orang. Dan aku pun on off bercinta semula dengan si A walaupun dengan statusnya – hanya bermsg sahaja. Dan aku memikirkan. Sampai bila hidup aku nak macam ni. Aku juga perlukan seorang isteri.
Akhirnya aku jumpa seorang wanita yang cantik dan baik. Dan sememangnya tak layak untuk aku. Aku namakan dia H. Saat perkenalan dengan H, H terus ajak aku berkahwin kerana dia tahu aku jodoh nya. Aku pun akui yang aku sangat serasi dengan H. Aku boleh sayangkan dia sepenuh hati aku. Tapi aku tak mampu mencintai H seperti aku cintakan A. Saat yang ditunggu, aku pun kahwin dengan H. Dan A pun sangat kecewa dengan keputusan aku – kau bini orang kot kenapa nak peduli pasal aku? – yes A memang cintakan aku sangat dan aku pun sangat cintakan A. Aku dan A mula menjarakkan hubungan. Aku mula fokuskan kehidupan aku bersama H sahaja.
Lama kelamaan, aku mula rindukan A. Aku cari A semula. A layan aku seperti biasa. Dan disebabkan aku suami orang dan A isteri orang. Cerita kehidupan rumah tangga adalah perkara biasa bagi aku dan A. Akhirnya, aku dan A terlanjur – kiranya A wanita ke enam yang aku dah tiduri. Dan sejujurnya sampai sekarang – setelah 7 tahun, dah tak terkira berapa kali kami terlanjur – aku masih terbawa-bawa perangai aku dengan gf ketiga. Dalam masa 7 tahun ni, banyak kali kami stop contact kerana rasa serba salah. Tapi disebabkan cinta. Sambung semula. Stop semula. Sambung semula. Kitaran yang takkan habis. Dan setiap kali sambung, memang makin ghairah kami berdua. Dalam masa yang sama, kami pun selalu berbincang kan tentang serba salah nya kami pada suami A dan H. Aku tahu betapa salahnya aku. Betapa besarnya dosa aku.
Ini hanyalah kehidupan aku min. Aku berharap aku dapat berhenti daripada melakukan dosa2 ini. Aku selalu berdoa. Aku tak pernah tinggalkan solat. Tapi aku masih melakukan dosa besar. Aku dan A memang nak berhenti. Tapi takkan pernah jadi kerana cinta. Cinta kami sangat kuat.
Sejujurnya, H sangat gembira dengan aku Aku layan H bagaikan bidadari H isteriku Aku mempunyai tanggungjawab seorang suami dan aku tunaikan setiap malam H cakap terima kasih pada aku kerana layan dia sebaik mungkin. Aku tak pernah menyesal kahwin dengan H, aku cuma menyesal aku tak fight untuk kahwin dengan A. Hati aku milik A. Selamanya.
Aku berharap suatu hari nanti aku nekad untuk move on. Doakan aku.




