assalam min dan warga krt semua.
Min tolong sorok sikit fb kawan a.k.a sepupu aku ni. Nak cite ar sikit pasal laki aku ni min. Selalu mengigau, ngigau pulak teruk2. Aku dengan anak jadi mangsa dia. Kadang2 kan benggang jugak tapi nak buat macam mane, dia tak sedar kan masa tu. Malam tadi tiba dia menjerit aku kejut dia dia pegang kepala aku gongcang2. Pastu aku lempang sebiji. Baru sedar, terus dia marah aku. Sakit la mawas, ape hal kau tampar aku, tadi ko ajak aku lumba. Aku cakap kepala otak mawas ko, ni bini ko la weh.. bukan nye zoo negara ni ko melalak hu ha aaaa malam2 buta ni. Terus dia diam, pastu tido.. Pagi tu aku tnya. mimpi ape malam tadi. Dia cakap mawas ajak lumba dengan dia. Tak ke b0d0 mimpi dia.
Ade lg, mimpi dia yang buat aku jadi mangsa dia.
Tengah tido nyenyak kan. tiba2 aaaaaaa trttoooollonngggg.. dengan nada macam tersekat2 gitu. pastu bissmillaahirahmanirahimmm jerit sekuat2 hati dia min. Sampai jiran tepi bukak puntu rumah dia, intip benda terjadi. pastu kan, dia pegang nye kaki aku, pastu picit ibu jari. eeemmm rupanya mimipi berubat buang saka orang. Haaa satu lg mimpi, ni yang selalu terjadi la.. Tiba2 dia bangun pagi, kejut aku macam aku yang bersalah.. sayang2 bangun, ape ni basah la . Sayang awak tak pakai anak pampes ke, kan anak kecik lagi. ape la sayang ni, kedekut pun agak2 la.. basah tempat abg tido.
Dengan muka tak bersalah dia marah kan aku.. aku ape lagi, sekeh kepala dia, dengan sedar sikit dari mimpi tu. hotak kau abang, anak kencing.. anak tido kat sebelah saya ni haa. anak pakai pampes,, macam mane anak boleh kencing kat tempat tido awak.. tak ke senggal anak nak bukak pampes pastu kencing kat situ, pakai pampes balik tido kat sebelah saya ni. Dia senyap, pastu dia tiba2 cakap, abang mimpi mandi sungai dengan kawan2 , pastu buaya datang,, tak sempat lari, buaya kejar abang.. tu je mimpi dia, sampai terkencing tmpat tido…
Ni last aku nk cite ni, Satu malam dua kali dia ngigau. Pertama, masa tu aku lewat tido sebab tak sihat, tiba2 dia pegang telingga aku,, pastu wengggg wenggg wengggg veruuumm veerumm pittttt hoi tepi la… moto besar nak lalu ni.. min ko tau tak, telingga aku ni jadi moto dia… merah telingga aku min. Kedua, aku baru terlelap tido,, tetiba aku terasa berat je badan aku,, rupanya dia ambik semua bantal, susun atas badan aku,, ko tau tak min last sekali dia mabik ape,, ambik anak aku letak atas aku.. tak ke b0d0h nye… geram betil la aku.
Lepastu kan, dia pun bangun macam nak pelik je rupanya nak gusti kan aku pakai siku ko tau tak min anak aku yang atas sekali diaa susun tu min nasib baik la aku sempat lari.. terjatuh aku min.. memang gila betul la ngigau si dia ni. Pada warga krt semua ade tak tips atau ape2 cara tak nak bagi laki ngigau pelik2. Tak larat jadi mangsa dia ni. Ok min tq tau post. Jagan kecam.. sekadar nak kongsi story aku.




