assalammualaikum semua
aku sebenarnya risau dengan anak dara aku.sejak aku tolak pinangan orang dia mula jadi murung. dah tak bercakap macam dulu. dan asyik berkurung ja dalam bilik. satu hari, naluri ibu aku mula rasa tak sedap hati. Aku masuk bilik anak aku dah tak sedarkan diri dengan tangan berlumuran dar4h. menggigil aku dan suami bawa gi ke hospital. nasib smpat diselamatkan. Dr sahkan anak aku mengalami masalah emosi yang kritikal.
Salahkah aku menolak pinangan budak tu. Anak aku dah la keja gomen stabil sedangkan budak tu keja biasa ja swasta pulak aku bukannya apa aku risau ja takut nanti dia guna anak aku untk buat loan atau jadi penjamin apa2. tambah2 lepas baca banyak kisah dekat KRT ni lagi la risau nak lepas kan anak aku tu. sekarang ni anak aku terpaksa ambil cuti tanpa gaji untuk rawatan. dia dah macam bukan anak yang dulu. aku buntu..




