salam admin saya mintak tolong hide fb saya ye tq .. saya nak mintak pendapat saya ada berkenalan dengan seorang lelaki ni dari tempat saya berkerja . sepanjang perkenalan saya dengan dia tak terlintas langsung dalam hati saya nak bertanya status lelaki tersebut sebab setiap kali kat tempat kerja tak pernah lengkang dia chat saya. kekadang tiap malam dia rajin voice call dengan saya video call dengan sayaa ..cuma ada waktunya saya pelik dia akan block saya di whatspp. Saya tak de fikir apa2 cuma yang saya fikir Dia tak nak diganggu mungkin…
hari2 bila saya ada masalah dia bantu saya selesaikan masalah itu. Bila saya ada masalah kewangan dia selalu tolong bila saya sakit dia selalu belikan ubat untuk saya.. Tiap kali time lunch dengan dinner dia mesti pastikan saya makan nasi.. kalau saya tak makan mesti dia akan marah katanya dia tak nak saya sakit. cara caring dia tu buat saya jadi sayang sangat kat dia. sampai saya rasa takut kehilangan orang macam dia
Tapi satu sifat dia yang saya kurang gemar Dia jenis tak bagi saya rapat dengan lelaki sikit walaupunn sembang kejap dia akan bgithu dia cemburu.
Dah dekat hampir setahun perkenalan sayaa dengan dia. sebagai rakan sekerja . tergerak naluri saya nak bertanya status diri dia yang sebenarnya . mungkin ini silap saya sendiri. Terdiam saya sejenak bila dia bagitahu dia suami orang dan mempunyai 3 orang anak. Perkhawinan dia dengan wifenya nak masuk 10 years saya tanya dekat dia kenapa tak bagithu hal sebenar dekat sayaa dia cuma cakap belum sampai waktunya lagi. sejak hari tu saya mula jauhkan diri dari dia.. sebab saya tak nak saya dilabelkan perampas ataupun pemusnah rumah tangga orang .. Tapi yang jadi masalahnya sekarang makin saya jauh mkin dia datang dekat.
sayaa jadi tak tahu nk buat apa dah .. terlintas jugak dalam hati nak berhenti kerja situ nk cari kerja lain . tapi bila saya fikirkn balik bukan senang nak cari kerja sekarang ni saya sayang kerjaya saya .. tiga hari lepas Dia ajak saya jumpa wife dia. Dia nak memperisterikan saya sebagai wife dia yang kedua. dia cakap kat saya dia ikhlas sayang saya .. Dia nak sayaa hidup dengan dia . Saya jadi buntu macam mane saya nk buat ni supaya dia bencikan saya. Dia bagithu kat saya walau macam mne pun Dia tetapkan akan pujuk wife dia untuk terima saya sebagai madu dia. Saya tak nk hidup bermadu saya tak rela berkongsi kasih dengan orang lain. Tolong saya macam mana saya nk buat dia bencikan saya tak cari saya lagi.. biarlah dia hidup bahagia dengan wife dia. jangan kecam saya .. saya sendiri tak tahu dia suami orang.




