Assalamualaikum..warga krt..
Hadirnya cerita saya ni kerana saya nak minta pendapat kakak kakak dalam page ini..untuk beri saya nasihat atau jalan penyelesaian tentang masalah yang saya hadapi ini.. Saya sudah pun mendirikan rumahtangga hampir 6 tahun. masalah saya ialah. saya merasakan sudah tidak bahagia bersama suami kerana kami tidak sependapat. erti kata lain dia tidak memahami kehendak saya..mungkin pada pandangan orang lain kehendak saya agak tidak masuk akal.
Tetapi dalam hidup yang singkat ini. Saya mahukan kebahagiaan. saya tidak pernah melarang suami untuk keluar berjumpa rakan dan saya tidak pernah mengongkong beliau. tapi masalah nya ialah dia tidak dapat menerima minat saya contoh dari dulu lagi saya memang aktif dalam bidang sukan dan aktif diluar rumah juga. Tetapi semenjak berkhwin dia control life saya dengan ketat.
Kadang kala berjumpa rakan atau family pun dia ragu ragu erti kata lain dia cemburu kan saya. Dia selalu berfikiran negatif bila saya berada diluar rumah kadang tak puas jumpa rakan rakan dia sudah menghubungi saya banyak kali sehingga saya merasa stress dengan cara dia yang suka mengongkong !! Mungkin pada kakak diluar sana ini hanya perkara biasa tetapi pada saya tidak..ia sangat mendera emosi saya.
saya mahu minta pendapat kakak2 apa kah yang harus saya lakukan..? saya menyayangi dia tetapi saya sangat trtekan dengan sikap nya. kadangkala saya sudah mula bosan dengan dia..tapi saya selalu cuba untuk bertenang dan berfikiran positif. hingga kadang kala memberi tekanan juga pada saya..




