assalamualaikum admin..mnta hide profile saya ya. saya seorang ibu mmpunyai anak 4 orang. Esok saya akan kemahkamah untuk mohon fasakh. Doakan ketabahan untuk saya dan ank2 ya min. Saya dan suami sudah bersama lbh dari 11 tahun. Perjalanan saya tak sebahgia dengan orang lain. Tapi saya bersayaukur min. Saya seorang yg ibu yg kuat. Allah uji saya sebab Allah sayang saya. Saya bukan nak buka aib suami tapi saya tak Nak ada wanita lain yang lemah selepas dianiaya suami sendiri. Suami saya seorang pekerja swasta.. Rasanya bnyak kali bertukar2 kerja akibat suka ikut kawan. Suami suka buat masalah. Dari dulu kewangan kami tak berapa baik. Suami suka lebihkan masa dengan kawan2. Suka belanja kwn2. Sedangkan kami jauh sekali. Min suami tak sayang pada anak2 ..
Anak2 sangat mnderita lalui kehidpuan ini min. Ada Papa tapi tak sayagkan mereka. Anak2 suka perhatikan kat tingkap jiran2 yg bw anak2 mereka keluar jalan. Tapi papa mereka tak pernah pedulikan. Pernah min. Anak saya tak makan kat sekolah. Duit sekolah beli biskut. Niat hati nak mnta papanya rasa. Sikit pun tak pandang pada biskut ditangan anakanya.
disebalik senyuman anak2 berkata. Kenapa papa mereka tak sama macam kawan2nya..
nurkilan untuk abang. Abang ketahuila bahawa saya sangat menjaga awak.
Bila awak sakit. awak dtg cari saya.
Bila saya dan anak2 sakit awak jauhkan diri dari kami malah tak balik berhari2..
Bila awak short duit, awak datang cari saya. Awak merayu mohon untuk bantu awak. Bukan sekali tapi berkali2. Bila awak berhutang dengan kawan, awak letak beban ditangan saya. Bila awak senang skit. awak jauhi dari saya dan anak2.. Bila awak susah hati sebab orang tikam belakang awak. awak cari saya lepaskan kekesalan awak. Tapi bila awak dah ok. awak pergi tinggalkan saya..
sampaikan awak jatuh cinta pada orang lain. Saya izinkan untuk awak abang. Sebab nak awak bahgia. Tapi awak tetap tak nak berpisah dengan saya..
Pernah satu ketika saya bertarung nyawa lahirkan zuriat kita tapi awak memilih untuk pergi kepada Cinta awak dan tinggalkan saya bertarung nyawa sndirian. Bil hospital dan kelengkapan anak kita. Hanya saya sahja usaha! abang saya kerja online pagi petang nak cari duit. Tapi awak sikit pun tak paham perasaan keletihan saya. Duit saya habis bayar bil dan makan minum dan segala hutang2 yang ada.
Awak bergaji. Tapi bila tak cukup awak akan tidur sahaja. Bila saya mnta belanja ank2 awak diam sahjaa. Perbelanjaan sebulan makan memang tak ada itupun duit awak bg cukup2 untuk byr sewa dan bil astro shja.. Selalu kalau awak balik rumah, Anak2 teringin nak awak hantar ke sekolah. Tapi pagi2 awak dah marah2, saya rela hati bawa anak2 menaiki motor hantar anak2 pagi2. Saya nak anak2 happy. Saya kuatkan abang?
Raya? adalah hari anak2 paling happy dapat baju baru kelengkapan baru sangat2 dinanti tapi 11 tahun ni boleh dihitung dengan jari. Tak pernah awak belikan mereka setiap kali. Sayalah yang akan gigih mncari duit tiap2 hari. Nak anak2 bahgia dipagi raya Nanti. Baju kelengkapan awak tak pernah saya lupa. Hensem bergaya dipagi raya. Dengan Baju2 pembelian duit kerja saya. Hebatkan saya. Saya bukan mengungkit tapi hati saya terlalu sakit. Dimana tanggungjwb yang perlu digalas oleh seorang suami?
Abang awak dh janji takkan terlalu baik dengan kawan2 lagi. Abang berjanji takkan ulangi. Awak tukar kerja lagi. Awak janji nak bntu sesi persekolah anak2 kita Tapi rupanya tetap sama. malah awak cuba fitnah saya disana. Awak kata saya suka desak awak. Suka minta duit.Atau awak nak saya diam sahaja. Nafkah minum kami memang tak pernah ada. Saya cuma mnta hak saya. Salah kah saya. anak ada yg masih pakai pampers dan minum susu. Salahkan saya tahu gaji awak? salahkah saya ..
Suami saya jarang balik dan kalau Mesej saya bukan berhari2. Tapi kadang 2 minggu sekali. Bila time gaji. Semua isteri memang menanti. Tapi saya cukupla alasan2 yang diberi. Contohnya Gaji kena potong atau gaji dicuri. Hati saya pedih ditipu bertahun lama. Apa abang nak sebenarnya. akhirnya saya pilih untuk bertindak sendirian. Melepaskan kekusutan dan dendam saya sekian lama. Saya akan akhirnya keperitan hidup saya. Dan akan berbahgia bersama amanah2 yang Allah berikan pada saya. Tolong lepaskan saya.. Jaga diri baik2 disana. Dan jangan cari saya lagi..




