Salam Admin. Tak tahu dari mana nak mulakan, sebab saya masih terkejut dan pelik dalam masa yang sama.. nak tanya makcik2 bawang dalam ni? Apakah korang tak pernah berhutang? Kisahnya macam ni, saya dah heart to heart dengan wife, tanya dia kenapa macam tak kisah nak layan saya, takde senda gurau dalam hubungan kami, malah layan anak2 pon nak tak nak…sedangkan saya sentiasa jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ketua keluarga.
Untuk makluman semua, kami berkahwin suka sama suka kerana pada masa itu umur kami dh hampir mencecah 30 an. so matang dah le kot. dari awal perkahwinan kami.. memang serius je.. tak ade senda gurau. saya cuba untuk bergurau. ajak tengok tv sama2. keluar jalan2. honeymoon. 2 tempat pergi honeymoon. Singapore dan pulau kapas.. semua saya yang uruskan. surprise pon saya yang fikirkan. event masa honeymoon kt Pulau Kapas tu pon masa birthday saya. hanya pihak resort je yang celebrate besday saya.. my wife? Juat follow progrm honeymoon tu. takde pon surprise dari dia…
Ok. dari awal. Sampai sekarang cecah 8 tahun dia tetap macam tu. cuma bila balik kg atau pergi mana2 baru dia akan jadi pasangan saya yang boleh berborak dan bercerita. Tapi kalau di rumah. dia saya tak kenali. mood. sikap dan perangai langsung tak faham. Ok. itu serba sedikit mukadimah perhubungan kami. now bila heart to heart. baru2 ni dia bgtau. setelah saya cuba korek untuk tahu apa yang dia pendamkan sampai duduk je sebumbung tapi tak macam suami isteri. Berselisih tak bertegur kalau ditegur just membatu.. pendek kata saya rasa macam dia dah hilang minat dan tak ade langsung cinta pada saya…
Malah ibarat macam dia hanya buat rutin dia seperti memasak, membasuh baju. melipat. menyusu anak. dan itu saja. untuk bergurau senda. bercakap dan bercerita tidak! Malah saya rasa langsung tak dianggap sebagai suami atau ketua dalam rumahtangga. walhal nafkah makaan pakai tempat tinggal. Uruskan anak2. kemas umah dan nak happykan family. semua saya usaha. Rupa2nya baru2 ni dia beritahu dia mempertikaikan tentang hutang2 saya sebab itu dia tak taat dan tak nak layan saya. saya pelik dan buntu patutlah selama ni hubungan kami tak pernah mesra..dingin..dan tak macam pasangan lain.
Dia mempersoalkan tentang hutang2 yang dipotong dalam payslip saya. katanya hutang wajib dibayar walau tidak dituntut? Saya bingung. payslip saya memang akan dipotong. setiap bulan. Memang bayar la kan. dan ada juga hutang2 lain mcm coway. ( ada ke org biasa gaji bawah rm5k beli coway cash?) Hutang kereta. Tapi setakat tertunggak sebulan 2 tu biasa je bg saya. sebab saya akan jelaskan juga cuma lambat cepat je takde la smpai berhutang dengan ahlong. Sampai kena cat merah kat umah ke apa. Itu point yang dia beri setelah saya tanya tentang kenapa layanan dia kepada saya seperti itu…
Paling sedih…dia kata saya beri nafkah tapi tak cukup sedangkan gaji saya dengan gaji dia beza rm600 lebih gaji dia tapi rumah bil2 kereta coway astro semua saya tanggung. dia cuma bayar taska dan pengasuh anak. barang dapur saya beli. cuma kadang2 dia top up serba sedikit kalau habis tanpa pengetahuan saya. selalu saya yang akan update apa yang habis terus saya beli. Kat sini saya buntu..bingung dan confused. Tak kanlah sebab hutang2 saya. yang dalam payslip sebab beli perabot. kelengkapan rumah dan segala macam barang2 elektrik periuk belanga itu menjadi kesalahan walhal dibayar kot. bukan tertunggak. dan semua itu saya sediakan sebelum saya berkahwin.
Dia kahwin dengan saya just cuci kaki tak bawak ape pon barang.. Tak macam pasangan lain. baru kawin periuk takde. tido atas toto je kelengkapan rumah takde. makan tak cukup. Saya complete. semua lengkap termasuk aircond. Peti ais mesin basuh. microwave. kire lengkaplah.. Yang saya pelik. dia kata saya suka membazir. walhal sejak dia menjadi isteri saya. mesin basuh asyik rosak sebab tak check ada syiling ke tidak. main basuh. bra yang ada dawai besi pon dia basuh pakai mesin sampai tercabut dan stuck besi tu dalam paip limpahan mesin. tak bleh nak spin. sabun basuh 4kg sebulan je pakai. then banyak lagi lah. yang kalau saya tulis org kata saya kedekut. walhal sabun basuh pinggan tu. saya taknak sampai rosakkan tangan dia. kalau sebotol joy tu dia guna 2 3 minggu je selesai…
So selepas dia bgtau yang apa dia pendam selama ni. Saya jadi keliru dan buntu…takkan lah kerana sebab hutang2 saya itu menghalalkan dia tak taat dan tak layan saya serta anak2 dengan baik…dngan anak2 pon cakap garang2..kasar2…malah anak yang setahun lebih tu pon dihempas2 ke badan dengan kasar kalau baby tu mintak didukung…saya stress…saya pelik..dan boleh jd gile kalau berterusa memikirkan hal ni…salah saya ke? TAKkan la orang lain takde berhutang? TAKkan sebab tu dia boleh beri alasan dia tak perlu taati saya? Saya tetap jalankan tanggungjawab saya sbg suami dan bapa kepada anak2…walau sikap dia mcm tu…bila mendengar begini saya rasa mcm sia sia saja pengorbanan dan usaha saya selama ni untuk memberikan yang terbaik kepada keluarga ini…
Saya buat 2 3 kerja…untuk sara mereka..saya selitkan juga wang saku dalam dompet dia. Tak banyak rm50…kalau dapat lebih rm100 seminggu…khas untuk belanja harian dia di opis…sedangkan dia pon ada gaji..tp saya tetap beri.. Duit susu..pampers saya beli dan ada juga dia top up.dari gaji dia..saya bukanlah jenis lepas tangan dari tanggungjawab walau saya banyak hutang….tidak. Luahan saya bukan untuk cari perempuan lain…sebaliknya untuk dia cuba perbaiki dan sama2 berusaha dengan saya untuk mengharmonikan rumahtangga kami…tp entahlah..saya rasa.seperti tawar hati kerana hanya sebab hutang rupanya dia berperangai dingin dn buat hal sendiri.
Kalau nak cerita detail mmg lagi pelik.. 2 kali kes ni jadi..1 anak sulong 3 tahun masa tu..saya balik keje main2 anak terus mandi…dia ada je kat dapur masa tu..bilik air saya mandi sebelah dapur je….masa tengah mandi…anak menangis. menangis nak saya. saya cakap dari dalam bilik air….tengok la anak kejap..saya nk mandi…jangan biarkan menangis…dia membatu…mmg sakit betol hati…mandi pon tak puas terus keluar..anak.menangis sampai biru.. Kes ke2..anak kedua..pon sama…anak2 mmg manja dengan saya…mandi jugak. Sekali dengar anak menagis kaw2 saya pon bukak pintu anak menangis sambil bibir berdarqh saya tanya kenapa sampai berdarqh menitik2 ke baju dia yang tengah kat dapur tu just jawab jatuh kot stressnyer Allah je yang tahu….
Itu belum bab saya bangun Pagi. dia ada kt ruang tamu. saya lalu depan dia. kot la nak tanya atau tegur. mmg taklah. Kami dah setahun Lebih tido berasingan alasan dia. dia tido ngan anak perempuan. saya ngan anak lelaki. Tak bleh tido sekali. sempit. Hurm. mana saya tak rasa dipinggirkan tapi sebab hutang rupanya
Kalau ikut penat sepatutnya saya lagi penat. 2 3 kerja saya buat luangkan masa ngan anak2..layan kerenah anak2 kemas rumah.




