Assalam min dan warga krt..min hide fb saya. saya perlukan pendapat korang, kecamamn pun tak pe saya terima. Saya dah berkahwin hmpir 3 tahun belum ada anak, pernah keguguran, sampai sekarang belum ada rezeki. Lepas kahwin saya ikut suami. dia ada adik tapi dia 0ku lembam. dia boleh bergerak macam kita. Kadang aku rasa bersalah pun ada sebab tinggi suara dengan adik ipar. sebab Dia datang peri0d tak nak cuci, bilik sendiri taknak kemas. kiranya serba serbi di suruh baru dia buat. bukan apa dia bukan budak kecil dah umur 30. Aku ajar dia buat sendiri sebab andai aku dah tak ade dia boleh berdikari tapi tuela nak didik dia bukan senang. kadang2 aku rasa bersalah dengan Allah s.w.t dan juga suami dan adik ipar sendiri sebab aku tertinggi suara ke apa ke. jadi stress nak marah pun ada bila suruh buat tak nak buat.
Kadang menangis atas sejadah fikir balik betul ke tindakan aku buat nie. masak mop lantai basuh baju semua aku buat sendiri. adik ipar pula saya ajar kemas bilik sendri. sidai kain sendiri potong bawang untuk saya nak masak tue je. kalau tak di suruh dia tak buat. mak mertua dan ayah mertua dah lama meningg@l sebelum saya kenal suami lagi. Adik ipar saya nie dia bab pergi berjalan2 dia suka sngat tak kira jiran2 ajak. dia ikut jer bila kita larang dia taknak dengar cakap kita. sebab saya larang adik ipar saya ni meroyan nak kahwin. masalhnya diri sendiri pn tak boleh nak jaga macam mna dia nak kahwin?. dapat laki baik takpelah juga kalau dpt laki kaki pukul macam mana??
Jiran2 yang bagi adik ipar saya berkenalan dengan budak laki tu saya dah tak bersembang dah. Jadi benci dapat jiran yang macam tu. beli henset tak minta izin suami dan saya, (dia call no tak di kenali mlm2) ambil duit dalam acc adik ipar saya sampai tggal 0 jer, Banyak bnda yang adik ioar saya bt menyebabkan saya jadi risau tambah2 dapat hnset dia call laki2 yang dia sendri tak kenal. sebab adik ipar saya call masa tu jiran tukaq no bagi no baru kat adik ipar saya sampai dia tercall abang dia sendiri sedangkan kami dah nak tadir. tetibe malam tu dia call no abang dia. dia ckp nak cari laki. masa tu Ya Allah. apa nak jadi dengan adik ipar aku ni. antara punca2 tu lah yang myebabkan saya dah tak suka jiran saya tu. sembang pun saya dah tak nak sebab diorang sruh adik ipar benda2 yang tak betul..
Malam tadi saya menangis sebab terfikir bila saya marah dia ke apa ke tapi tula dia ni bila saya masak dia macam tak bersyukur apa yang saya masak dia nak masak yang sedap2 sedangkan saya dan suami kalau ada lauk ikan. Tue jela kami masak macam2. saya jenis tak kisah lauk apa2 pun janji kenyang. Suami bukan gaji banyak pun. ala kadar jer kami makan. saya nak kerja suami tak bagi sebab tak ade siapa nak jaga adik. lagi 1 sebab kaki saya sakit lepas gugur saya tak pantang btul2.. saya luah kat sini sebab stress saya tak ade kawan. nak luah kat mak ayah diorg tak faham. luah kat suami. suami plk rasa bersalah. Tp dalam masa yang sama suami kesian kat saya.
Entahlah kadang macam saya tak mampu nak jaga dia. ujian besar buat aku.. kawan2 krt. apa perlu saya buat??teringin nak bagi adik ipar masuk sekolah khas. tapi tula tak ade kendaraan. Saya pun tak tahu nak berurusan dengan siapa. betukll ke tindakan saya? kejam ke saya? bagi pendapat atau kecaman pun tak ape saya terima saya cuba perbaiki diri saya. Dalam di lema..




