Assalam admin..saya guna acc kwn tp tolong ye, hide profile ni. Saya umur 32, suami plak umur 36. Dah 11 tahun dikurniakan 4 orang anak. Suami saya ni jenis alim geng masjid. Pasal agama memang tak payah cakap la kan, memang titik berat btul bab agama saya dengan anak2. Selalu jaga dia bangun solat tengah malsm hingga awal pagi. Suami pun tak pernah abaikan kami anak beranak. Nafkah pun tetap bagi banyak, walaupun saya ni bergaji agak tinggi.
Tapi ada la 1 malam ni saya tiba2 terjaga, terus rasa nak ke dapur sebab dahaga. Saya keluar je dari bilik saya ternampak suami dengan pakai kopiah lagi tengah sibuk layan hp sambil senyum2 masa tu dia tak nampak saya, tapi saya pun selamba je pegi dapur dan terus minum. Esoknya, saya terdetik nak cek hp dia masa dia tengah dalam bilik air. Tiba2, saya terjejut ada 1 mesej masuk “abang kat mane?”. Saya pun terus je cek mesej2 yang sblum, alangkah terkejut bila cuba faham mesej2 tu, selama ni suami bertukar2 mesej dengan sorang janda. Sedihnya macam nak trcabut jantung.
Janda tu memang cantik sangat, ada sent gambr pakai tak cukup kain termasuk pakai seluar pendek macam bikini kat tepi kolam renang. Saya dengan suami bertengkar teruk pasal ni. Suami kata perempuan tu hanya kawan biasa, kenalan pasal kerja. Tapi suami dah terlambat untuk menipu, sebab semua mesej2 saya dah baca. Nasihat saya, walau alim macamana pun suami kita, jangan terlalu mudah percaya dan selalulah periksa hp mereka. Wasalam..




