Assalamualaikum haii admin..hide ler profile aku ni.. Just nak share je dengan warga KRT. Sebab aku nak taw pendapat dari korang. Aku single lagi dan ada kaitan juga lah dengan kisah rumah tangga. tapi bukan kisah rumahtangga aku, cuma melibatkan rumahtangga bos aku. Aku seorang staf satu satu nya staf perempuan dalam department ni. Kawan dalam department aku ni semua lelaki..so aku ade bos dia dah kawen. isteri bos aku ni satu office juga cuma lain departmen..
Selama aku dah bekerja lebih 5 tahun ni memang aku jaga batas, percakapan, dan pergaulan aku antara aku seorang staf dengan dia seorang bos. tak pernah nak bermesra ke menggoda jauh sekali…
Sebab aku bukan jenis macam tu. Aku ok, bos pun ok. tapi baru baru ni si isteri bos ni dah menfitnah aku, habis dh heboh satu company yang mengatakan aku nak menyondol laki dia. Allahuakbar. aku terkejut sangat sampai bole fitnah aku macam tu sekali..
Perkataan menyondol tu berkali-kali dia ulang tulis dalam post fb dia. tak cukup tu siap hina aku lagi dan kawan kawan dia semua mengata aku dalam komen. cakap aku yang bukan bukan.. ya dia tak mention nama, tapi kalau cakap buat kerja elok2 bukan sibuk nak jadi penyondol. aku taw memang dari sebelum bos aku kawen lagi si isteri bos aku ni memang ade perasaan tak suka kan aku. mungkin sebab dia ada penyakit hati atau jeles yang melampau. Aku pun tak pernah terlintas nak caras. kalau aku nak buat jahat dari sebelum diorang kawen aku da bole gegar hubungan diorg. Sekarang ni satu office dah taw hal ni, mengaibkan aku..aku ingat nak jumpe face to face dengan bos aku laa. nak tunjukkan segala ape yang isteri dia buat. nak clearkan hal ni..
Aku ada lah juga keluar dengan bos tapi hanya sekadar rakan sekerja kalau takat minum dan makan bersama salah ke kalau setakat kawan, bos aku tu selalu makan bekal aku, dia cakap masakan aku sedap. Si isteri dia jeles tak tentu pasal, dah lah tak masak untuk suami dia, bila suami dia hantar aku, mula lah nak meroyan padahal takat hantar balik kerja je. Bukan kami buat projek pun.. Aku bertekad nak bagi tau perangai dia pada suaminya tapi bukan niat aku nak melaga laga dia laki bini, just nak bos aku nasihatkan si isteri.. aku tak bgtaw pada bos aku, tapi sekrang ni dia dah buat hal semula..
Kalau si isteri tak bole nak hadap situasi bila mana suami dia seorang bos yang mempunyai staf pempuan utk bekerja, elok si isteri cari keje tempat laen..banyak buruk dari baek nya bila suami isteri dalam satu office tapi tak pandai nak asingkan hal peribadi dengan tugasan.
Korang rasa perlu ke aku meneruskan niat aku nak berjumpa bos ni? Aku nak bagi tau semuanya. Isteri dia suka cari pasal kat aku. Aku nak dia pilih aku atau isteri dia..




