Assalamualaikum. Sekali lagi saya meluah di sini dan mohon pendapat semua. Saya telah bercerai sudah setahun. Kerana orang ketiga. Dan bekas suami telah berpindah ke ibu negara dekat dengan perempuan tu. Beberapa bulan sekali bekas keluarga mertua dan suami akan datang ke tempat saya untuk melawat anak saya. Mereka akan menginap di rumah yang jadi tempat tinggal saya sekarang kerana rumah tersebut masih atas nama bekas suami. Jadi saya kena keluar dari rumah tu tiap kali diorang datang.
Bekas suami bukan beriya nak jumpa anak sangat. Phone di tangan tak pernah lepas untuk melayan perempuan tu. Tapi bila saya datang bawa anak berjumpa diorang, saya juga yang layan anak. Bila saya ke dapur atau masuk bilik ambil barang, bekas suami akan ikut dan ambil kesempatan pada saya tanpa pengetahuan mertua. untuk pengetahuan, anak memang tak bole jauh dengan saya sebab saya sorang yang besarkn dia dari kecik dan masih fully bf (umurnya 2 tahun).
Allahu….. Saya rasa terhina. Dia kata dia rindu sambil berkeras nak peluk dan Saya tak tau nak mengadu pada siapa dan bekas mertua pun dah tak nak ambil tau apapun yang saya cakap. Sebelum ni saya cerita macam2 semua kecurangan yang anak dia buat pada saya tp akhirnya diorang salahkan saya sebab saya asyik burukkan anak mereka. Saya tak mampu nak bercerita pada sesiapa.
Lebih2 lagi lepas mahkamah putuskan anak dia kena bayar macam2 nafkah. Bekas mertua kata saya ambil kesempatan. Saya diamkan diri dan biarkan apa je yang diorang kata belakang saya. Saya tak cerita apepun pada ibu ayah saya sebab tak nak diorang susah hati dan tak nak diorang sedih kerana saya lg. Saya tak balas apepun mesej bekas suami hantar pada saya.
Sampai 1 hari, saya terpaksa juga mesej minta dia datang ke tempat kami kerana urusan buku bank anak yang atas nama dia. Mulanya dia taknak dan tak percaya sebab nak balik ke sini mungkin kosnya yang tinggi. Saya kata takpela, balik naik bas dan saya bawa ke bank dan selesai urusan saya hantar ke bustand semula.
Beberapa hari lepastu dia datang. Selesai urusan di bank, saya nak hantar dia terus ke bustand tapi dia kata bas dia lama lagi. Dia ajak makan. Dipendekkan cerita, dia masih nak ambil kesempatan. Siap ajak pergi hotel nak suruh puaskan nafsu dia. Allah… Dari situ saya boleh agak dia dah biasa buat benda tak elok macamni dengan perempuan tu. Lancar je gaya percakapan dia tanpa ada rasa malu. Saya bertegas kata, jangan letak maruah saya serendah tu. Saya masih ada Iman.
Saya minta balik awal dan nak tinggal je dia di bustand. Saya kecewa dengan apa yang jadi, bekas suami langsung tak berubah. Dengan kata manis, pujuk rayu… Dalam kereta pun dia ambil kesempatan lagi Mujur anak penyelamat saya. Anak mahu tidur di riba. Dan saya boleh agak apa yang dia cuba buat pada saya adalah benda yang dah biasa dia buat dengan perempuan tu. Sedihnya hati saya. Jujur saya rindukan suami saya yang dulu, tapi bukan dia yang sekarang. Dan macam biasa perempuan tu pun bangga menunjuk bahagia dia dah dapat apa yang dia nak.
Hidup saya tertekan. Saya taktau nak buat apa lg. Depan mertua, bekas suami saya tu patuh sangat, apa dia cakap semua mertua percaya. Bekas suami dah kerap mesej kata nanti nak balik sini alasan nak tengok anak tp saya takut sangat dia ambil kesempatan lagi. Ibu ayah saya langsung dah taknak berjumpa bekas suami. Saya tersepit.
Saya rasa berdosa sebab tak kuat nak halang apa yang bekas suami buat. Saya merayu minta tolong hormat saya. Saya dah bukan isteri dia. Tapi kudrat lelaki melebihi semuanya. Saya nampak sekarang kenapa Allah jauhkan dia daripada saya dan anak. Tapi dalam masa yang sama sedih jugak fikirkan anak saya yang tak dapat kasih sayang ayahnya dari kecil lagi.
Tolong saya. Apa perlu saya buat. Bila saya berdiam, diorang kata saya nak jauhkan anak, ambil kesempatan dapat tuntut duit banyak. Bila saya bersuara, diorang kata saya buka aib orang…
Bila bekas suami tinggal di ibu negara, dia melayan perempuan tu dan kerap berjumpa. Dia tak hiraukan kami tapi sekali dua akan mesej tanya khabar dan bg ayat-ayat manis dia. Saya tak mampu nak bercerita pada sesiapa. Tuhan saja tahu apa yang saya hadap sekarang.




