Assalamualaikum semua warga KRT. Terima kasih sudi postkan coretan saya ini. Saya sudah 5 tahun berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata. Kisahnya pada jun lalu saya terjumpa mesej suami bersama budak rakan sekerja yang begitu sweet memanggil manggil sayang. Saya cuba mencari gadis tersebut. Bertudung labuh. Saya menghubunginya untuk meminta dia berhenti menganggu hubungan rumahtangga kami. Namun, dia terus memberitahu suami saya menyerangnya. Lalu suami menceraikan saya yang sedang hamil anak kedua ketika itu.
Selepas itu kami berdua berada dalam proses pemulihan. Dia menyuruh saya menunggu dia untuk pulihkan keadaan. Tapi saya tahu mereka masih berhubungan, saya cuba menghubungi keluarga perempuan tersebut tetapi usaha saya membuatkan suami bertambah marah. Seusai saya melahirkan, dia meminta saya untuk menunggunya lagi. Katanya jika keadaan telahpun reda, dia akan balik dengan saya. Namun begitu, semalam saya terjumpa dia dan budak perempuan itu sedang berdating. Di hadapan anak2 saya. Saya hantarkan gambar terssebut kepada dia, katanya dia memang tak ingin dengan saya.
Saya berusaha untuk memisahkan mereka, nampaknya cinta mereka terlalu kuat sehingga suami langsung tidak nampak akan kebaikan saya selama ini. Saya bersusah payah hidup dengannya. Ketika senang, dia mula meningglkan kami. Perempuan itu bijak mengatur langkah membuatkan dirinya seolah olah langsung tak bersalah. Dan ramai orang meletakkan kesalahan itu pada saya. Sekarang ini, Saya mengambil keputusan untuk menghentikan segalanya.
Tidak akan berpaut pada lelaki itu lagi. Dan tidak mahu mengetahui soal mereka lagi. Soalan saya, jiwa dan fikiran saya tak henti berfikir tentang perempuan itu. Seolah olah saya berdendam yang amat dalam kepadanya. Anak anak saya yang kecil perlu membesar tanpa bapa hanya kerana seorang prempuan yang semua orang sangka baik itu. Apa saya harus lakukan untuk melupakan segalanya?




