salam warga krt. boleh bagi cadangan tak? saya seorang isteri. belum ada rezeki baby. tak bekerja dan tak berniaga. kiranya saya duduk rumah memang tak buat apa2 income. teringin nak kerja.
Cuma saya lihat keluarga sebelah suami ni fikir yang kami ni berduit. pantang suami gaji, dah mintak itu ini dengan suami. MIL pernah cakap yang kami ni banyak duit sebabnya kadar bayar sewa murah. tiada tanggungan anak lagi. kereta dah habis bayar. bayar elektrik air tak cecah rm50 untuk dua orang. astro tiada. tiada berhutang barangan perabot dan elektrik. dapat pula isteri yang tak meminta-minta. sebab saya ni jenis apa yang ada depan mata pakai lah sampai rosak. saya pun tak gemar sangat dengan barang kemas dan shoping. ada tu ada lah cuma tak selalu. suami pula jenis bagitahu semua berapa duit dia dapat berapa duit dia keluar dengan mak dia. dia takpandai menipu senangkata. gaji dia tak sampai rm2000 pun.
masa awal2 kahwin sehingga sekarang pun. MIL termasuk adik beradik suami macam paksa saya untuk bekerja. sampaikan saya terfikir yang diorang nak suruh saya bekerja sebab nanti boleh minta duit lagi beli macam2 ke? ini sehinggakan adik2 ipar nak masuk sekolah pun nak minta dengan suami saya padahal FIL TIRI ada lagi sihat walafiat masih berkerja. duit pencen MIL pun ada. lain lah adik beradik ipar tu dah tiada penjaga memang wajib abang mereka tanggung. ini sehingga duit belanja sekolah nanti pun suami saya yang beri. adikberadik suami ada juga cuma mereka ada tanggung anak2, sewa rumah, kereta dan banyak lagi. mak kata “kesian nak minta2 pada mereka”.
Bukan saya dengki ataupun cemburu
tetapi kalau sudah dengar dari mulut suami yang cakap abang pelik dengan ayah dan mak. bukan tiada duit nak belanja barang dapur dan sekolah adik2. kenapa nak minta abang sampai rm 800 setiap bulan? macam mana abg nak menyimpan. duit beli perabot berjalan sana sini ada pula. tengok adik2 update fb makan sedap2 dekat mall, tengok mak update fb pergi tidur hotel bercuti. padahal abang dgn ayang makan biasa2 dekat rumah, tak berjalan kemana2 sebab duit cukup utk makan dan belanja bulan ni saja”. jadi saya cuma katakan pada suami- “kalau takcukup duit bagitahu saja lah. bagi yang mampu sahaja. jangan mengeluh nanti semua yg abg buat jadi sia-sia”
tapi suami kata- “tak sampai hati nak bagi sikit sedangkan mak minta 700-900 sebulan. kalau kurang bagi duit, mak akan cerita pada adik beradik lain”. jadi saya terfikir. kalau saya bekerja dan ada duit lagilah sakan keluarga belah sana. ada satu masa kami nak bayar rotex kereta dan takdapat nak bagi mak duit macam biasa. boleh bagi 400 sahaja masa tu. kebetulan suami ada simpn duit dan belikan saya hadiah bag tangan untuk saya. tak sampai rm150 pun bag saya. saya pun tiada niat nak menunjuk ke apa sebab bag sebelum ni dah rosak. bila balik kampung adik beradik ipar kata dengan kuat. “eh rumah bau kedai lah. patut lah duit tak cukup. rupanyaa.. “terus dia masuk bilik sambil hempas pintu.
saya tak tahu nak kata sama ada dia perli kami atau dia cakap pasal lain tapi saya yang terasa sebab tiada siapa dekat rumah tu. mak pun layan acuh tak acuh pada saya. dengan suami okey pula.
suami saya seorang anak yang baik. dia tak pernah tinggi suara tak pernah katakan tidak kalau orang minta tolong. tetapi dia ibarat tersepit dengan masalah ini. saya tak tahu nak nasihat atau nak bagi cadangan yang tak menyakitkan keluarga sana. warga krt boleh bagi pendapat tak? lagi satu perlukah saya bekerja? macam mana kalau sudah bekerja tetapi keluarga sana semakin meminta-minta?




