Benar kata orang, isteri di uji saat suami tak punya apa, dan suami diuji saat dia punya segalanya PART 2. Terima kasih atas kata kata semangat yang kalian semaikan. Hampir 5 tahun menderita, hari ini Allah permudahkan urusan saya.
Kenapa bertahan hingga 5 tahun? Ada yang comment, mungkin Daniel terkena buatan orang. Saya memang ada ikhtiar ke arah itu juga. Hinggakan saya terfikir, kami sudah berjanji untuk sehidup semati, saling jaga antara satu sama lain. Andai benar dia terkena buatan orang, dan andai dia tersedar suatu hari nanti, pasti dia kecewa, pasti dia sedih kerana saya tidak menjaga dan menunggunya. Saya tidak sanggup! Saya sudah berjanji akan menjaga nya sebagaimana saya menjaga diri sendiri.
Semasa perut sudah memb0y0t ada juga saya hantar gambar tangan saya memegang perut saja sebab dijari manis saya ada cincin perkahwinan kami, a hint that its me who got pregnant, tapi wasap saya disekat. Keluarga saya lah tempat saya menumpang kasih. Selama saya berpantang, ibu dan kakak yg byk membantu. They act like nothing happen, saya kira mereka tidak mahu saya depress. Masa sunatkan anak perempuan di klinik, saya wa details tempat dan masa dgn harapan Daniel muncul tapi hampa. Si cilik saya sudah semakin bijak, berbual itu dan ini. Pernah bertanya mana papa dia? Saya diam senyum. Terkejut saya bila dia jawab xde papa pun xpa ma. Nini ok jer. Saya tahu dia tak mengerti tapi malam itu saya nangis sepuas-puasnya dan malam itulah yg terakhir saya menangis kerana derita yang dia wujudkan dalam hidup saya.
Owh ya. Saya sudah berpindah ke rumah baru. Tadi mengemas barang2 lama, terjumpa album kawin saya. Saya belek satu persatu. Bahagia senyum saya di situ. Silau mata dek bersinar senyum saya.. Ya, rindu saya pada senyuman sendiri, rindu pada rasa gembira. Si Nini pun bijak. Asik cakap dia comel macam mama nya. Paling comel dalam dunia katanya..hahaha.. Nini buah hati mama. Tidur disebelah saya, kuat dengkur mcm org tua . Betul sahabat, saya lambat bangkit, tapi saya kira ini jalan saya yang dirancangNya. Kerana saat mengorak langkah ini, saya perasan satu… Air mata saya sudah kering.
Owh… Harap awak berbahagia Daniel. Kerana saya juga sudah temu bahagia saya. Bahagia tanpa awak. Gf awak pernah WA dan bercerita, kata awak saya mandul. Rahim gf awak tempat zuriat awak. Baiklah kalau begitu. Zuriat awak yang saya jaga ini, InsyaAllah akan jadi manusia yang berguna. Tidak mungkin saya burukkan pasal awak di depan dia tp maaf, mungkin saya tidak bercerita langsung pasal awak pada dia. Mungkin pada kalian saya pendendam. Tapi saya kira, jika dia mahu melibatkan dirinya dalam hidup anak saya, biarlah untuk mengembirakan anak saya, bukan utk mengecewa dan menyakitkan anak saya sepertimana dia memperlakukan saya.
Assalamualaikum




