ini kisah saya. Saya berkenalan dengan isteri saya di laman sosi@l. Saya pernah terlanjur dengan isteri saya dan saya bertaubat dan ingin bertanggungjawab Saya tahu dia janda dan pernah berterus terang mungkin dulu pernah bercerai kerana bekas suami inginkan zuriat dan juga dia ada penyakit kornik lain yang sukar dirawat. Saya terima dia seadanya. walaupun pada mulanya ibu melarang. Terus terang saya berkahwin kerana tidak ingin terus melakukan maksiat Lalu kami pun berkahwin dan setelah pelbagai cara dan rawatan moden dan islam saya dan isteri telah usahakan. Alhamdulillah dengan keyakina rezeki datang dari Allah. Kami dikurniakan anak perempuan. Saya gembira bercampur risau kerana bimbang akan kesihatan isteri.
Setelah mengharungi dugaan Isteri mengalami kesakitan yang luar biasa berbanding kesakitan bersalin wanita lain tidak perlulah saya panjangkan kisah ini. Alhamdulillah dngn izin Allah kedua duanya selamat. Sebelum ini saya sebenarnya banyak memendam rasa sakit hati dan cemburu pada isteri kerana sering menhubungi bekas suami. Isteri pernah terus terang dengan saya. Dia dan bekas suaminya hanya dianggap kawan. Setakat perasaan cemburu ini saya boleh simpan lagi. Tetapi saya lebih risaukan isteri terbaru bekas suaminya. apa yang saya tahu. Isteri terbaru bekas suaminya kemungkinan punca mereka berpisah. Itu saya tidak tahu secara terperinci.
Dan isterinya itu mempunyai perasaan cemburu yang tinggi. Isteri saya pernah berkongsi cerita, isteri terbaru bekas suaminya pernah menyerang kawan-kawan sepejabat kerana cemburu. Saya juga dapat tahu isteri terbaru bekas suami isteri saya pernah membaca whatsapp suaminya dngn isteri saya. Isteri saya juga pernah memberi gambar anak kami yang baru lahir kepada bekas suaminya Itu yang merisaukan saya kerana saya pernah mendengar cerita gambar bayi yang baru lahir tidak elok dikongsi dimedia sosi@l untuk mengelakkan perkara hasad dengki dan sebagainya.lagi satu perkara.
Isteri saya tanpa persetujuan saya meletakkan bekas suaminya menjadi bapa angkat kepada anak kami. Saya memohon jasa warga KRT .minta pendapat. Adakah saya terlalu cemburu atau berfikiran negatif? Saya sayangkan rumah tangga dan anak saya. Saya boleh berkawan dengan bekas suami isteri saya. akan tetapi saya rasa perlu bersemuka dengan isteri terbaru bekas suami isteri saya, agar tidak menjadi perkara yang tidak diingini rasanya. Jika rakan-rakan KRT yang lain ada pendapat boleh berkongsi dengan memberi komen .




