Salam. Tlagi share kt krt kak. Suami saya baran, suka maki boleb kata setiap hari berbakul2 la saya dapat.. hal kecil jadi besar.. sebab dia jenis tak suka orwng tuduh dia. Tapi pada saya dia jenis tak brtggjawab dan akan lepaskan diri sendri sebab banyak contoh yang jadi. Paling ketara, bila anak jatuh, dan saya tanya kenapa tu? Dia akan trus mengamuk dan m@ki saya.. cakap bukan salah dia.. (kalau anak jatuh la).. lepas tu akan pukul saya. Kita baru je tanya apa yang jadi.. lepas tu dia akan smbung dan maki hamun keluarga saya pula.. setakat bini b@bi, bini b0dol0h, gampang, si@l tu memang bagaikan zikir dia.
Dia ungkit segala yang buruk tentang kluarga saya. Da kata keluarga dia bagus.. Saya tak saggup nak cerite yang lain2.. saya tak kata saya baik, tapi sebab apa yang dia buat pada saya, saya dah tak ada hati dah lagi.. bebrape bulan lepas saya smpai jd trauma. Saya rasa tak selamat klu dia ada. Saya lega kalau dia keje tak balik rumah. Malu nak mengaku macam ni tapi itulah hakikatnya.. saya sampai pernah terdetik di hati kalau dia mati pun bagus Tapi saya cuba jg mohon yang baik2 lepas solat. Lega sikit.. tapi dia masih maki dan pukul juga. Byangkan kita dah tua gini kena bantai.
Saya cuma nak mnta pandangan, minggu lepas, dia marah saya dan paksa saya duduk di sofa dan cakap aku memang nak ceraikan kau.. aku dah tak tahan dengan kau.. kau nak jadi macam kakak kau kan? (Janda) tapi selepas tu, bila dah reda, saya tanya dia apa mksud dia sebab dia da sebut macam tu.. dia kata tak delah, dia main2 (mungkin mksud dia takde niat). Perlu tak saya pergi ke mahkamah, rujuk kaunselor ke? Ni bukan kali pertama dia cakap macam ni.. Bulan 9 ritu, dia cakap “aku rasa dah tiba masa kita berpisah”. Sebelum tu ada gak dia sebut “Aku akan ceraikan kau nanti” sebab dia tengah marah saya. Ni antara yang saya ingt sebab mestilah saya terkejut n takingt sgt ms kejadian tu.. tapi saya tulislah apa yang saya ingt lepas tu..
Tolong jangan kecam saya. Jangan nak tuduh saya tak tinggalkan dia sebab batang. Saya hanya rasa kasihan pada dia sahaja sekarang ni.. Nak kata sebab duit dia? Duit saya yang dia kikis lagi ada. Nak kata keluarga dia kaya? Memang tak lah.. Mulanya sebab dia suami, kita taat, tapi sekarang sebab kasihan sahaja.. walau saya tahu saya yang merana akhirnya.. Jangan nak kata saya lawan cakap dia, sebab memang saya taklawan pun.. cuma saya akan cakap la.. Bila dia marah saya diam bila saya diam dia suruh jawab kalau tak jawab dia herdik bila jawab dia baling barang kt saya. Doakan saya kuat




