Salam warga krt..Saya dah berkahwin dengan suami hampir 5 tahun. mempunyai seorang anak. Saya dan suami tinggal berjauhan atas sebab kerja suuami di Kedah saya di Kuala Lumpur.. masalah saya, masa belajar, saya ada kenal sorang lelaki ni, kami belajar satu tempat. selalu jumpa dia masa belajar tu.. tapi tak berkawan rapat pun. dia dah berkahwin lebih kurang 2 tahun dan sudah mempunyai anak. dia juga berjauhan dgn isteri dia.. Dia juga bekerja di Kuala Lumpur..
Dari masa isteri dia mengandung sampai lah sekarang dia tak putus2 kacau saya di facebook dan wasap saya. sebelum ni, saya ok je. Layan macam kawan sebab pernah brkawan kan.. tapi lama2 saya perhatikan, dia ke arah lain. kadang tanya soalan yang terlalu peribadi. Saya marah sangat. sekarang pun hampir tiap malam dia pm saya kt fb. saya sangat risau kalau suami saya baca mesej yang dia hantar tu dan memang akan mnyebabkan kami bergaduh sebab suami tau password fb saya. biasanya dia akan pm kt fb pukul 12am ke atas. masa nak tido. Saya memang dah tak layan dia dah sekarang..
saya sangat stres sekarang ni dia selalu cakap nak datang jumpa saya tapi saya tak nak jumpa dia pun dan pernah dia datang tunggu depan ofis saya. tapi nasib baik masa tu saya sempat lari dari dia..
saya dah bgtau dia jangan pm, jangan wasap saya lagi, tapi tiap2 malam mesti dia pm, wasap, mesej tanya macam2 pada saya dan saya tak pernah reply pun..dah tau perangai dia.. tapi jenis tak reti bahasa ni. macam mana nak sedarkan lelaki tak sedar diri macam ni?





December 17, 2018
Bagitau je suami kau tentang dia je pastu kalau dia mesej kau takdelah nak overreacting ataupun cemburu lagi2 kalau laki kau jenis kuat cemburu ha tu mmg parah bagitau kata laki tu kacau kau pastu truskan takyah layan dia pastu nabi ckp lelaki memuji kau cuba mengayat kau amik pasir baling je kat dia