Bosan isteri terlalu kuat membebel buat aku termakan hasutan kawan untuk b0m0hkan isteri sendiri. Salam Min. Tolong hide profile aku Min. Harap sudi share cerita ni buat teladan. Macam ni, aku kenal isteri aku ni dari zaman belajar. Orang nya sweet2 ja, pandai bergaya, merendah diri, kerja elok, anak org ada-ada. Aku ni penjawat awam ja Min, masa aku nak lamar dia, aku takut juga family dia tak terima tapi alhamdulillah keluarga dia tak pandang tu semua. Yelah.. Orang ada-ada kan.
Dah kawin tu, fil aku minta aku jaga company dia dekat Sarawak. Nak tak nak aku berenti kerja. Sekali lah dengan wife aku. Kitaorg pindah duduk Sarawak. Mula-mula ok, tapi masalah mula timbul bila ada problem dekat project fil aku. Bini aku jadi stress, agaknya nak ngadu dengan family dia, dia malu. Yelah dapat suami incapable. Jadilah kuat membebel. Mula2 tu aku ok lagi, tapi makin lama dah macam habit pulak dia membebel. Bebel tu dah umpama nafas pada dia. Dari business turun dan dah naik balik, dr naik honda now dah boleh naik bmw bebel dia macam selari dengan cc kereta pulak.
Untuk elakkan dengar dia membebel, aku banyak habiskan masa dekat opis. Kat ofis aku jadi rapat dengan sorang budak practical ni dia ada ciri2 bini aku sebelum kita orang kawin dulu dari borak2 biasa pasal kerja aku dah jadi selesa sampai kerap mengadu pasal bini aku yg kuat membebel. Of course adik ni setia mendengar.
Ok sebelum korang judge aku, aku nak tanya. Apa korang rasa bila balik awal kena bebel, balik lewat kena bebel, balik cukup time pun kena bebel. Tolong basuh pinggan kena bebel, tak tolong lagi lah kena bebel. Aku belikan hadiah pun kena bebel. Aku keluar dgn kawan kena bebel, tak keluar pun kena bebel. Sesak nyawa aku balik rumah.
Berbalik pada adik tadi, aku da rasa dia macam teman baik aku. Semua benda aku cerita kat dia. Aku memang sayang bini aku cuma dia buat aku suffocate dengan bebelan dia. Adik tu cadangkan aku bawa bini berubat ruqyah. Aku ajak la bini aku, endingnya 10 hari dia bebel ngungkit pasal tu. Adik tu pujuk lagi, cuba buat tanpa pengetahuan bini aku. Mujarab! Aku bagi dia minum air menenang hati. Tp berkesan seminggu ja. Jadi balik.
Sampai la satu malam tu, adik tu kata ada b0m0h belakang rumah dia. Tp guna ‘bantuan’. Aku yg dah terdesak ni, ikut la. Bagi bini aku minum benda untuk ‘b0d0hkan’ dia. Sebulan jiwa aku tenang. Bini aku manja lembut macam sebelum kahwin dulu. Sebulan ja.. Sekali hilang ‘b0d0h’ tu, dia da macam datang gian bebel. Tiap bulan aku kena jumpa b0m0h tu. Da jadi bergantung pada bantuan b0m0h ni. Sekali ambik pengeras beribu. Mana tahan.
Aku dah habis fikir, aku mintak dia ‘senyapkan’ bini aku terus. Tp syarat memang tak boleh nak patah balik. B0m0h tu kata, kena bawa pakaian dalam isteri aku masa uzur dan buang dekat perigi tak jauh belakang rumah dia. Aku buat. Aku balik rumah, bini aku macam orang tak ade roh. Tak ade soul. Senyap membatu. Mula2 ok, masuk bulan ke 5, sumpah aku rindu bini aku min. Muka dia tak ade seri langsung. Badan jadi kurus kering.
Aku bawak dia jumpa b0m0h tu. Tapi aku pula kena marah ngan b0m0h tu. Yang sebelah aku masa tu, hanya jasad. Semangat dia dah dibuang dalam perigi. Bini aku tinggal tunggu hari ja masa tu. Hancur hati aku dengar. Menangis berhari2 aku menyesal. Sampai aku tiap malam pegi perigi tu rindukan bini aku.
Nasib ada adik tu setia teman kan aku. Sampai dia cakap, orang kampung kata if nak tengok balik orang yang dah m@ti, keliling perigi tu 7 kali malam bulan mengambang dengan lilin merah.
Tak banyak soal, bulan mengambang aku terus buat. Ya Allah.. Habis pusingan ke 7 aku kat perigi tu, aku nampak kelibat hitam merah keluar dari perigi dengan bau hanyir. Korang mesti iangat aku lari.. Tapi tak, aku melutut menangis. Aku rindukan bini aku sangat2. Aku dengar lembaga tu mendengus kuat kemudian menempik ‘isteri kau? Yang kau buang dalam perigi ni isteri kau? Kau ambil balik! Membebel membebel membebel. Aku tak tahan!!!! Semua benda aku buat dia tak puas hati. Semua benda dia nak bebel. Sakit otak aku! Ok pakcik makcik bawang. Buh la balik bawang tu ya. Tak ade apa nak dikupas ni.




