salam admin dan warga KRT, maaf ganggu tapi saya terbaca tunang saya ada tulis luahan disini, tak sangka ye dah jadi pakcik bawang. sayalah tunang yang dah 2 kali menjanda, yang dipanggil si@l. saya dh message awak call awak ajak bebincang tapi awak tak peduli. rupanya awak luah kat sini. emak saya sendiri dah nak beri cincin kat awak balik, tapi awak senyap. buat pengetahuan semua, ya, memang saya dah kawin 2 kali. dan dalam dua kali itu demi Allah saya masih suci. kali pertama saya dinikahkan oleh pilihan keluarga.
waktu tu saya muda lagi, tapi disebabkan pilihan keluarga, saya turuti. tapi malam pernikahan kami suami saya ketika itu terus fly ke jakarta. 2 bulan tak balik, saya waktu tu muda lagi, saya tak kisah dan naif mengenai tanggungjawab suami isteri, ketika itu saya masih belajar, saya tak kisah dia tak bersama dgn saya sebab saya sangkakan dia tak mahu ganggu saya belajar.
hampir 6athun saya rahsiakan perkara ini dari keluarga. sampailah saya start kerja, baru saya beranikan diri bertanya. dan ya, ex suami saya itu mempunyai masalah tenaga battin. disebabkan dia kasihankan saya, dia ceraikan saya demi kebahagiaan hidup saya seterusnya. 3 tahun lamanya saya sendiri, sehingga saya menjadi pegawai atasan di sektor awam. saya bertemu dengan bekas suami kedua. wataknya begitu alim dan selalu ke masjid, saya terima dia seadanya walaupun kami tak setaraf.
Di waktu pernikahan, terjadinya perkara memalukan. ibunya boleh mnghina keluarga saya disebabkan wang hantaran. mereka menghina saya ni janda, patutnya tak perlu wang hantaran. sedangkan sebelum ini sudah sama2 setuju jumlah hantaran yang mak saya tetapkan hanyalah rm5k. sebab mak saya tahu keadaan bekas suami saya itu, dia tidak letak hantaran terlalu tinggi.
Disebabkan tidak tahan dihina sebegitu, dengan pengorbanan yang saya dah curahkan sepanjang kami bercinta, saya mohon kami selesai dengan baik, dan yang mengejutakan saya, dia boleh meminta rm20k sebagai tebus talak. dia juga demand dibelikan motor. tak tahan dengan perangai pisau cukurnya, saya setuju belikan dia motor sebagai tebus talak. bayangkan, seorang pak lebai yang selalu ke masjid, tapi rupanya pisau cukur.
Selepas perkara yang berlaku kepada saya, saya ingin tutup segala kisah malang ini sebagai satu memori. mulanya saya tak ingin lagi bertemu dengan mana2 lelaki. sehingga lah saya bertemu dengan tunang saya sekarang, para KRT, bukan saya tak nak cerita dan jujur kepada dia. malah saya sendiri ingin cerita hal sebenar, tetapi disangkal oleh tunang dengan mengatakan past is past. dia yang tak nak dengar cerita lama saya kononnya belagak hero untuk selamatakan saya.
Hal ini diungkit balik apa bila mak saya membuka cerita kepadanya kerana takut sekiranya tidak jujur, perkara buruk akan berlaku dikemudian hari. mak juga berpegang kepada janjinya yang kerap kali dikatakan di bibirnya iaitu dia akan terima buruk dan baik saya walau apapunberlaku. disebabkan itu mak saya tak sangka penerimaan dia agak mengejutakan hinggalah dia meluahkan disini.
kepada awak, saya masih ingat sebelum awak lamar saya, bagaimana awak tutup telinga bila saya nak ceritakan hal silam saya mungkin pada awak, awak lebih rela saya dahulu pernah berzin@ dari berkhawin 2 kali tari masih anak d@ra. awak rela menerima saya yang tak kahwin lagi tapi sudah ditebuk tupai kerana ingin menjaga air muka awak dari dihina mengahwini seorang janda. mungkin ini takdir hidup saya, saya memang tak ditakdirkan utak bahagia. mungkin kebahagiaan telah tertulis tanpa ada lelaki didalam hidup saya.
kepada admin dan warga krt, sehina hina saya yang menjanda 2 kali ini, saya masih simpan maruah saya untuk yang berhak memiliki saya. tidak sesekali saya akan mengj@lang dan mudah memberi maruah saya kepada lelaki hakta yang telah menjadi suami saya tetapi Allah masih lindungi saya dari lelaki yang tak layak memiliki saya. doakan saya semoga saya kuat menempuh hari saya selepas ini demi Allah saya sudah serik utak menerima mana2 lelaki didalam hidup saya. kepada awak, bekas tunang saya, sila datang rumah secara elok untuk putuskan pertunangan kita. sekian




