Salam warga KRT. Mintak hide profile fb saya. Saya saja nak share kisah saya. Saya berusia 28 tahun, husband umur 26 tahun. Saya bercinta sebelum kahwin dalam 6 tahun. Awal 4 tahun perkenalan tu banyak yang indah, bak kata orang semua nya indah awal hubungan.. Nak makan mana semua bawak, nak pegi mana semua boleh, berkepit je kalau ada masa, dia layan saya sangat baik. Selalu mengalah kalau merajuk atau marah, biasa la perempuan mood selalu swing je.
Start masuk tahun ke5 couple time tu, start lah kantoi bf saya dating ngan perempuan lain, sms and keluar dengan kawan2 perempuan. Tidak dinafikan muda dulu memang saya kuat jeles. Tapi makin meningkat usia, perangai kuat jeles tu makin berkurang tp still la ada. Bila dah kantoi dating dengan perempuan lain ni, rasa hubungan dah tak best sebab asyik gaduh sebab tak percaya dsb. So saya amik keputusan untuk lupakan dia walaupon ada awalnya agak susah.
Menangis sampai merah dan sakit mata, tak makan sampai gastric teruk, study (time tu tengah amik degree) tah ke mana sebab takleh nak focus. Benda ni take time, dalam sebulan macam tu saya pon makin lama makin ok. Time tu bf saya (skrg husb) still contact tapi jarang dan masing2 buat hal sendiri. Lepas sebulan ada la beberapa lelaki time kat U saya tu approach saya nak kenal. Saya layan macam kawan biasa je, just untuk isi masa boring2 macam tu.
Last2 tersangkut lah dengan sorang yang lelaki nama AA walaupon ada beberapa lelaki lain yang try hard jugak nak kat saya. Saya ni takde cun gile macam model tu tapi putih la jugak tinggi kurus masa tu and muka macam ada mix orang kata tapi takde mix pon, mak pak melayu je. AA rupa paras biasa sahaja, kulit hitam manis tapi dia soft spoken, kuat agama sikit, macam romantic, wangi, n dari family yang berada. Berada lah kalau rumah pon banglo 4 tingkat siap ada pool. Sebab saya ni orang dari keluarga yang biasa sahaja.
Perempuan kalau dapat laki kaya mestilah extra suka sebab rasa masa depan tu terjamin la konon, yela sape nak masa depan tu gelap kan? And bf saya (skrg husb) agak hensem lah di mata saya, bergaya macam anak orang kaya (tp hakikat biasa shj), tak penah tak kemas sebab dia jenis jaga penampilan. Ok cerita pasal AA, bila dah tersayang dengan AA lepas sebulan, rupanya baru tau dia dah ada gf. Selama ni dia ada masalah dgn gf dia, sebab tula kami rapat. Frust la weh, macam aku ni perampas la pulak. Tapi memang sikap seorang perampas kot, nak try hard jugak dapatkan. (Tak baik ikut perangai ni, at least ada pengalaman, so tak kan buat dah lepas ni.
Tapi karma tu sentiasa ada, cepat atau lambat je. Yang penting kena bertaubat.) Hampir 2 tahun jugak saya dan AA berhubung on off, kadang dating, on call atau mesej sayang2 gitu, walaupon AA still couple dengan gf dia. Tapi bukan lah selalu sebab gf dia suruh putus dengan saya, kira dia ni tipu2 jugak la belakang gf dia tu. Awal hubungan saya dengan AA ni, bf saya (skrg husb) dapat tau, and dia frust dan marah sebab saya boleh pegi kat orang lain. Dia ingat saya akan sabar je dengan perangai dia n takkan sampai terima org lain. Sape leh sabar ye kalau dah buat perangai plus layanan pon nak tak nak je kat kita..
Then dia ckp dia menyesal sebab dating dengan perempuan lain, hancurkan kepercayaan saya, n banyak abaikan hubungan kami bila dia ramai kawan perempuan masa tu. Sebab masa tu dia tengah practical. Dalam masa 2 tahun tu jugak masa saya dengan AA on off berhubung, bf (skrg husb) tak putus asa memujuk dan jadi yang lebih baik hari demi hari, siap jumpa mak ayah saya menangis yang dia nak kat saya. Hampir hari2 datang rumah merayu kat family saya, yang dia betul ikhlas nak kat saya.
Sampai saya terbukak pintu hati balik untuk baik dgn bf (skrg husb) saya masa tu. Okla even dah 6 tahun saya dan bf (skrg husb) banyak kantoi hal dia date dengan perempuan lain, saya maafkan dan bagi peluang untuk dia berubah. Saya terus tinggalkan AA sebab dah taknak jadi orang ke3 dalam hubungan. Kami pun merancang untuk berkahwin, segala dipermudakan.
Dua bulan selepas kahwin, saya disahkan mengandung. Happy la jugak sebab awal kan tapi pembawakan budak saya sangat teruk masa tu. 5 bulan pertama saya muntah boleh kata 15mins skali tak tipu, makan nasi memang tak boleh langsung, just makin ice cream atau buah je boleh but sometimes tetap akan muntah jgk. Lagi teruk time preggy saya jadi marah2, kuat jeles, mudah touching n merajuk. Ada sekali tu suami sampai dah tak boleh tahan, dah macam nak cerai sebab saya mengamuk depan orang ramai dekat kedai dia bukak (sewa dalam tesco) marahkan dia sebab dia tak balik rumah 1 malam and tak contact saya hampir 2 hari di kala saya sedang sarat mengandung anak dia.
Perasaan time mengandung ni memang lain macam, susah nak kawal. Kepada suami luar sana, banyak lah bersabar melayan karenah isteri, dalam perut ni ada nyawa yang tengah membesar. Bukan senang untuk mengandung, sakit macam2, makan tak boleh, muntah tak yah cakap la lagi banyak muntah dari bercakap. Tapi lepas 5 bulan preggy dah ok, sekarang anak dah 1 tahun 1 bulan.
Ingat panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Rumahtangga mana yang tak diuji, Allah tak kan uji hambanya kalau dia tak mampu.
Everything okay, saya rasa bahagia, husb pon bertanggungjwb n sayang saya dan anak sampai usia anak saya 10 bulan masa tu. Layanan suami makin hari makin lain, saya suri rumah and suami bekerja sendiri, so memang banyak masa kami berdua. Bila ada perubahan dekat dia saya memang perasan. Awal2 husb jadi cepat marah, even cakap benda biasa je. Kadang saya terdiam kenapa nak marah sgt (sebab dia takpena marah selama 8 tahun kami kenal), so saya simpulkan maybe dia penat dia sorg je cari duit.
Ok takpelah, then selalu every week dia akn bawak saya dan anak keluar jalan mall atau pegi makan atau boleh dikatakan sebulan atau dua bulan sekali akan short vacay dalam malaysia selama kami kahwin ni. Bila usia anak dah masuk dah masuk 10 bulan (masa tu dah sebulan lebih husb takde ajak short vacay), saya try ajak n tnye jumpa pergi mana2 bosan la kL sebab selalu dia yang ajak saya. Then dia mrh dia cakap asyik nak keluar je, duduk rumah senyap2 tak boleh ke. Oh rasa nak nangis time tu, sebab dia yang saya kenal hampir 8 tahun tak pena la cakap macam tu.
Kami bergaduh manja2 je, n saya simpulkan dia busy n tak cukup duit kot nak bawak. Tapi masalahnya pegi mall dekat2 pon dah takde. Busy klua rumah je.. Bila saya call or ws dia akn marah, dia cakap jangan nak call or ws bila dia ade keje kat lua. Padahal sejam sekali macam tu je call/ws sebab kadang letih jaga anak sorang, so saja la nak tau dia kat mana buat apa kan. Sebab sebelum ni ok je takde memarah. Hp dia kat rumah memang tak berenggang la, pegi toilet pon bawak. Hairan tapi malas nak syak sebab sebok jaga anak.
Lagi seminggu anak nak setahun, Allah bagi petunjuk, sebab saya hari2 doa. Allah tu Maha Mendengar, satu malam husb balik lambat sampai saya tertidur. Selalu kalau dia balik malam mesti dia kejut, tapi malam tu dia tak kejut sebab dia takde sebelah saya. Saya bangun kul 2 pagi sebab baby nangis, selepas saya susukan baby saya terus call dia nak tanya kenapa tak balik lagi, bederau darah saya dah fikir macam2. Call banyak kali tak angkat, rupanya dia tidur kat ruang tamu dengan memeluk handphone dia atas badan.
Husband saya ni jenis mudah terjaga, tapi pelik malam tu Allah nak bagi dia payah nak jaga, sampai saya ambil handphone atas badan dia walaupun dia genggam phone tu, dia tak terjaga. Saya takde la rajin sangat nak check phone husb hari2, tapi sebulan beberapa kali tu ada la saja tengok2. Tapi sebelum ni takde yang mencurigakn. Tapi malam tu Allah nak tunjuk dia curang dengan saya. Whatsapp takde, tapi dekat dm ig dekat bisnes punya ig lak tu dia chat. Dia trlupa padam sebab last ayat perempuan tu ‘konon sweet lah awak tidur takbgtau’, ohhhh bederau jantung hati oi. Ni sah buat perangai lagi..
So baca la all the conversation, memang macam orang bercinta. Sayang rindu dan macam2 la, nak menangis pon dah tak keluar air mata. Rupenya malam tu dia dating sebab tula balik lambat. Sape nak sambungan? panjang pula cerita.. Sorry kalau bosan, tapi sebab hal macam ni suami sampai lafaz cerai dekat saya dan tak hirau anak yang belum masuk usia setahun pun masa tu. Oh kejamnya lelaki yang ikutkan n@fsu, dan tak pedulikan amanah Allah bagi..




