Aku menantu sulong, suamiku anak sulong dan dia hanya ada 2 beradik. Ke dua-duanya lelaki. Sudah 12 tahun aku tinggal bersama mertuaku. Mertuaku ini kawin cerai, dan sekarang dia berkahwin lagi dengan suami yang ke-3. Lelaki itu lebih muda 15 tahun darinya. Jadi kesimpulanya aku tinggal bersama mertua dan bapa tiri suami. Aku mempunyai 3 orang anak ke semuanya perempuan. Alhamdulillah suami aku seorang yang baik. Aku ni duduk jauh dari keluarga aku min, jarang sangat balik kg.
Yang aku nak ceritakan, ujian hidup aku ni cukup HEBAT min, dari mula aku pindah ibu mertuaku cukup tidak suka dengan aku, dia seorang yang rasis… kenegerian sebab suami pertama dia( bapa suami aku ) orang yang sama dengan negeri dengan aku, sebab itu dia cukup benci dengan aku. Bapa tiri suami aku pula cukup jahat, mata duitan, pengikikis, dia cukup benci dan marah bila suami aku membawa aku dan anak2 tinggal bersama mertua. Aku tahu bapa tiri suami aku ni marah sebab dia merasakan diri dia tidak bebas untuk ‘ mempergunakan ‘ ibu mertua aku, ibu mertua aku ni plk b0d0h, ikut telunjuk laki muda dia, duit taksah cakap habis begitu je….
Pada mulanya cukup seksa hidup aku min, memendam rasa, stress, terutama ibu mertua aku ni perangai cukup cerewet, aku masak takpernah mkn dia takut aku taruk ubat guna2 dalam makanan kot, pastu dia canang aku malas masak dan takpedulikan makan minum dia. Tapi suami suruh aku bersabar je, ye aku kuatkan diri, cekalkan hati sebab aku ni anak yatim piatu, yang aku ada suami dan anak2 je.. Macam2 ibu mertua dengan laki muda dia buat pada aku dan anak2 aku, kuttuk, hina, caci, ckp anak aku b0d0h. tapi aku bersabar sahaja.
Pejam celik dah 12 tahun aku tinggal sebumbung dengan mertua aku, sekarang aku tengok dia dah boleh terima aku. Walau mungkin tidak sepenuhnya tapi dia nampak lebih baik dari dulu. Mulut pun lebih banyak diam dan tak lagi bercerita yang bukan2 pasal aku. Bapa tiri laki aku pun sama juga, dulu selalu sindir aku, menyucuk ibu mertua saja nak suh sakitkan hati aku, tapi sekarang diam buat b0d0h je…. Nak tahu kenapa? Sebab pertama, aku lebih banyak diam.
Kalau mereka menyindir, mengata aku, aku diam aku buat b0d0h je, buat pekak badak… orang kata kalau kita buat b0d0h, buat pekak tak layan mulut puaka orang tu, lama2 dia akan penat dan letih dengan sendirinya.. Walau dok sebumbung aku selalu mengelak, kalau mereka dok makan di dapur, aku dok di luar atau dalam bilik, janji aku tak bersemuka dengan mereka. Dan anak2 pun aku pesan klu nenek diorang dok tengok tv kat ruang tamu, aku suruh anak2 masuk dalam bilik tgk tv di bilik.
Dari anak aku umur 2 tahun aku ajar begitu sekarang anak sulong aku dah 13 tahun. mereka sekarang cukup faham segala yang aku ajar dan cukup senang untuk di atur. Dulu, ibu mertua aku ni tak pernah peduli dengan anak2 aku, sekarang ni bila dah semakin tua dah pandai nak berjinak dengan cucu yang di kuttuknya dulu. Nak ajak pergi jln2, bercuti bagai tetapi anak2 langsung tak mahu sebab apa ? Sebab nenek mereka tak pernah rapat dengan mereka sjk dari kecil lagi. Jadi bila dah besar baru nk rapat, sorry … sia2 je, hati anak cucu pun dah jauh..
Sekarang ni hubungan aku dengan mertua ok je. Tapi sekarang biras aku pula dengki dengan aku, ada sahaja dia mencanang cerita yang bukan2 pasal aku dan anak2. Biras aku ni jarang2 balik, bila balik kampung tu waktu tu lah dia perhati je aku ni. Pakaian aku. macam2 la.. tapi aku buat b0d0h je, lantak dia lah nk kata apa pun…. Aku tak rugi apa2 pun.. dia dok fitnah aku, sedikit pun aku tak kisah tapi aku berdoa agar benda yang dia fitnah aku tu berbalik pada dia balik..
Sekarang ni suami dia dah berhenti kerja, takde kerja semakin biras aku meroyan saja je cari pasal karang cerita yang bukan2 pasal aku tapi aku buat b0d0h je. Aku cuma nak bagi tips kpd semua yang mungkin kisah lebih kurang aku, kalau dok dengan mertua tu, korang buat b0d0h je, biarlah mertua nk kata apa pun, kau pekakan telinga je, tapi jangan sesekali melawan klu kau menjawab mulut nanti makin besar jadinya. Jadi elakkan duduk berdekatan dengan mertua, klu dia dok ruang tamu kau masuk lah bilik, klu dia dok dapur kau dok la kat luar. Orang tua ni kadang-kadang klu ada orang di sekitar dia, waktu tu lah dia nak sindir menyindir…. jadi lebih baik elak.
Yang pasti beli tv simpan di bilik untuk kau tengik tv dengan anak2, bil letrik kena lah bayar jangan dok free je, barang dapur kena selalu beli. Aku setiap minggu beli barang2 dapur tak pernah kering sebab aku ni suka memasak, suami dan anak2 suka makan di rmh, mertua pula jarang masak suka makan kat luar. Jadi barang2 dapur aku selalu penuhkan di dapur, aku tak pernah berkira sebab di rumah kami selain aku sekeluarga dan mertua dengan laki dia je.
Lagi satu mertua aku ni jenis kedekut, berkira dia beli biskut, gula, roti mesti simpan di bilik. Aku ni memang hairan sungguh perangai dia tapi aku mampu bertahan sehingga kita sebab apa, sebab suami. Dia adalah syurga aku, dan ibu mertua adalah syurga suamiku. Aku bertahan demi suami dan anak2. Aku pernah rasa nak pindah tetapi. suami minta aku terus bersabar dan bertahan dan sekarang, alhamdulillah semua semakin pulih. Benar kata orang, Bersabarlah… kerana berkat sabar kamu itu pasti akan ada jln keluar. Insha Allah.




