Pls hide FB sy, min. Saya suri rumah sepenuh masa. Anak 2 orang 8 dan 2 tahun. Dua2 lelaki. Usia perkahwinan dah 11 tahun. Suami bekerja kilang 3 shift. Dari pekerja biasa.. alhamdulillah dah naik pangkat sehingga bergaji lumayan. Cuma masa bersama famili kurang disebabkan kerja. Saya faham, dia mencari rezki untuk kesenangan keluarga.. Segala kemahuan anak dan saya ditunaikan..
Masalah saya bermula dari usia perkahwinan baru 2 tahun. Munculnya orang ke 3. Alasan sebab kami tiada anak. Kami bergaduh besar. Saya minta untuk berpisah. Tapi dia tak mahu lepaskan saya dan berjanji untuk putuskan hubungan dengan btina tersebut Satu kilang. Alhamdulillah. tak lame kemudian saya mengandung. usia kandungan 4 bulan, saya dapat tahu mereka masih menjalinkan hubungan.
Masa tu rase kecewa dan stres sangat2. Tapi saya Kene fikirkan baby dalam kandungan. nak dapat susah. Siang malam saya menangis. cuba untuk lupakan. tapi tak boleh. Rasa seolah2 diri ni dipermainkan.. kesabaran saya tak dihargai. Dia merayu2 supaya saya maafkan dia dan berjanji tak akan ada hubungan lagi dengan btina tersebut. Memikirkan anak yg bakal lahir dan kami tunggu2 saya maafkan lagi sekali. Setelah anak kami 5 tahun, suami buat hal lagi. Dengan btina tersebut.
Mungkin sebab satu kilang. muka tu juga yang dia nampak hari2. jadi susah untuk dia lupakan btina tersebut. Kami bergaduh lagi. Saya terus2an meminta cerai. Dia cakap dia tak mahu lepaskan saya sebab dia susah untuk dapatkan seorang isteri yang penyabar yang sanggup uruskan segala keperluan dia menjaga anak menguruskan rumahtangga memang saya tiada kekurangan pada mata dia. Tapi saya tak tahu, ape yang dia pandang pada btina tu. Suami memang baran sedikit. tapi hatinya baik.
Untuk pengetahuan KRT, saya tak dapat info dari sesiapa, tapi Allah sentiasa bagi saya petunjuk. Kadang2 melalui mimpi. Hati ni boleh dapat rase kalau ada sesuatu yang tak Kene. Baru2 ni pon saya ade cek HP dia, mereka masih lagi berhubung, tapi kemudian mesti akan dipadamkan. cume ade terkantoi sekali. ade missed call no. btina tu. Dia lupa delete. Saya tanya, dia jawab hal keje sahaja. Memang tak ada ape2. Dia padam sebab tak nak saya fikir yang bukan-bukan. Saya memang susah nak percaya sebenarnya…
Tapi, seandainya saya dapat tahu memang mereka masih ada hubungan istimewa lagi, saya nekad untuk tinggalkan dia dan bawa anak2 bersama saya. Dulu, saya bekerja. Tapi selepas anak sekolah darjah 1, suami suruh berhenti kerja dan jaga anak sahaja ambil dan hantar anak sekolah. Saya akur. Saya memang tak pandai memandu. Hantar dan ambil anak jalan kaki.. Saya nak minta pendapat warga KRT, macam mana untuk saya dapatkan jawapan sebenar sama ade suami memang tak ade hubungan dengan btina tersebut.




