salam semua. apa korang rasa ya ? kalau suami korang abaikan korang ?perkhawinan aku dah nak masuk 7 tahun , anak sorang. aku stress, sunyi, kosong sangat hidup ni, hidup aku hanya dengan anak ja hari hari. suami aku selama 5 tahun tak pernah nak kasih kan kami , kami ni macam perhiasan ja dalam rumah, dia pergi keje pagi, balik pun pagi pagi. dia balik mandi terus tido, macam tu lah hari hari aku, bila cuti dia hanya habiskan dengan tido ja, sentuh aku memang tak lah susah. setahun boleh kira , tapi aku tak kisah aku faham mungkin suami aku penat.
Aku dah tak rasa nikmat rumahtangga , gelak ketawa langsung tak ada dah , suami aku makin jauh dengan kami , anak pun memang dia tak hirau langsung , semua pada aku. aku yang uruskan semua hal anak hal rumah. dia hanya kerja kerja. sedih wei.. banyak kali aku ajak dia bawak bincang kenapa buat kami macam ni? dia hanya diam ja, buat tak tahu kat aku, menangis lah air mata darrah skali dia tak kan hirau kat ptanyaan aku.
Bila aku merajuk ke dia biar ja, ego suami aku teruk sangat. dah tak tertanggung rasa nya. sampai lah suami aku dapat ofer tempat keje lagi bagus sikit, gaji pun lagi wow. tak sampai 6 bulan lagi suami aku keje kat tempat baru tu dia terkantoi ada perempuan lain. satu tempat keje , dorang hanya berjumpa dekat sana sahaja, call atau wasap tak ada kira suami aku pandai cover, dia kata hanya kawan biasa dengan perempuan tu , perempuan tu anak darra, hati isteri tak pernah salah kan?
Sekarang aku dah tak percaya langsung dengan suami aku tu, aku nak dia lepaskan aku tapi dia tak nak, kenapa nak seksa hati aku wahai suami.. Aku dah tak tahan jadi perhiasan dah kat rumah ni . bantu lah aku korang. tolong macam mana aku nak bebas dengan lelaki macam suami aku ni . aku pun ada perasaan , lama sangat dah aku anak di abaikan. kami hanya nak kasih sayang dari seorang suami, belaian. tapi kami tak dapat. tak macam orang lain happy family.
Pasal tanggujawap duit semua ok , cuma dah terlalu lama suami aku abaikan kan kami ja. Bila aku tanya kenapa buat aku macamni jawapannya dia tak tahan dengan sikap aku yang suka pertikaikan sikap dia tu ja wei mudah nya jawapan dia. aku stress sunyi sebab tu lah mintak dia bagi lah sikit perhatian kat kami , salah ke? pasal tu ja sanggup nak ada perempuan lain. aku tak tahu apa kurang nya aku, semua aku jaga perfect . tapi tetap gak suami aku tak padang kat aku . tolong korang bagi pendapat kat aku , aku dah tak sanggup nak hidup macam ni hari hari.




