Assalamualaikum admin… tolong siarkan kisah saya ni.. saya pernah siarkan kisah saya sebelum ni… link dah padam sebab takut kantoi suami. saya seorang muallaf bernikah kat sempadan thailand dengan suami 8 tahun yang lepas sebab tak ade restu dari orang tua… 4 bulan lepas semasa mengandungkan anak kedua kami… saya dikejutkan dengan keberadaan isteri pertama. (mak mertua yang bagi tau sebagaimana mak mertua yang bagi tau istri pertama 2 tahun yang lepas) sekian lamanya saya berkahwin dengan suami orang..
Suami pandai mengatur masa dengan alasan pekerjaan. (suami memang mengatur masa secara adil) suami kerja kerajaan.. tapi ada kerja part time grab dan pegawai ronda security… so tak kesah sangat bila bertukar hari tidur kat umah. masa tu, sakit nye saya hanya Allah yang tau. sampaikan bawa nak lari dari rumah dalam keadaan mengandung.. akan tetapi isteri pertama dah tau lebih awal tentang keberadaan saya dalam pernikahan mereka. sabar nye istri pertama membuatkan saya menerima kenyataan yang saya bermadu dan menerima suami semula..
3 hari yang lepas, saya dikejutkan pula dengan keberadaan isteri ke-3. istri 3 suami yang jujur dan mengaku sendiri yang dia telah berkahwin lagi. luka isteri pertama belum lagi sembuh. sekarang datang pulak yang lain. tapi saya hargai suami yang berani jujur dengan saya. awalnya begitu sulit nak terima, sampai habis semua kena pecah. meraung menjerit.. saya tawakal dengan ketentuan Allah. mungkin ini ujian untuk saya. tanda Allah terlalu sayangkan saya. Saya memujuk hati yang suami bukan hak milik kita… saya redha sebab Allah… saya menerima isteri ke-3 dengan hati yang lapang.
Sekarang saya duduk serumah dengan isteri ke 3 disebabkan suami belum mampu lagi menyediakan rumah sedangkan isteri sudah pun hamil 7 bulan… takkan nak menumpang rumah mak dia, sedangkan suami bekerja di KL. saya takut suami mengabaikan dia, saya terima istri suami untuk tinggal bersama sya dan anak2…tipu la klu takde rasa cemburu… tapi Alhamdulillah suami seorang yang pandai menjaga hati istri2 nya.. hati suami milik Allah.. dunia hanya la sementara.. ujian yang terlalu berat datang seketika.. doakan kami bahagia sampai ke syurga.




