assalam admin. plis hide profile saya. Saya seorang ibu dan mempunyai seorang anak bawah 5 tahun. bakal menuntut fasakh tak lama lagi. Saya mohon petunjuk dari Allah swt. sebelum membuat keputusan memohon fasakh untuk diri saya dan Allah telah makbulkan doa saya dengan petunjuk reality selama 5 tahun. baru hari ni ibu mertua mengatakan dan mengaku yang dia dendam dengan saya dan tak restu kami berkahwin selama ni..
Ujian Allah yang maha hebat buat saya.. selama ni dia hanya berpura-pura di depan suami dan fmly lain yang dia terima saya seperti biasa. punca pun saya tak pasti kenapa. mybe dia sukar nak lepaskan anak kesayangn dia selama ni. walaupun suami ramai adik bradik yang lain. 5 tahun alam perkahwinan yang dibina. dan selama 4 tahun saya menjadi ketua keluarga. menanggung segala nafkah anak dan diri sndiri. kami duk memyewa dan sgala kelengkapan rumah semua saya sediakan. suami cuci kaki sahaja selepas kahwin.
Suatu hari suami terlibat dalam suatu kemlngn jalan raya.. 1 tahun 8 bulan alam perkhwinan. Allah Uji dengan Ujian paling berat. mase tu anak kami baru berusia 8 bulan. Dari terlantar koma di icu sampi la suami sembuh dari kemallangn… Sepanjang tempoh tersebut saya yang menjaga siang malam dia berak kencing saya cucikan sampai baju saya terkena najis suami. Ketika saya menjaga suami di hospital. appoimnt doktor dan segala urusan saya yang uruskan tanpa bantuan family suami. Hanya ada ayah saya dan fmly saya yang memahami keadaan saya menjaga sepenuh hati.
Tapi apakan daya. ujian hidup saya dituduh ibu mertua mnyebabkan anak dia kemalngn dituduh habiskan duit anak dia sedangkan saya la yang membayar hutang bill hospital pembedahan 30k. dan tahun 2017 doktor mengesahkan dia boleh kembali bekerja. Sihat fizikal dan mental. bila dia dapat kerja. ibu mertua suruh dia berhenti kerja. sebab risau kalau dia kemalngn lagi.. suami anak kesayangn ibunya. suami berusaha mencari kerja. Tapi atas doa ibu mertua tak benarkan suami kembli bekerja dikhuatiri akan berlaku kemalngan. Suami sampi sekarang tak bekerja. dan mnjadi malas untuk bertanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Atas desakan ibu mertua dia membenarkan anak kesayaagnya hanya boleh bekerja dengan cara meniaga. Saya yang mengeluarkan modal. untuk berniaga. Tapi suami masih juga malas dan naik lemak tak nak mniaga membantu saya mencari nafkah bersama. ibu mertua menyuruh saya yang menanggung suami sepenuhnye. rutin harian suami hanya ke rumah ibunya untuk tidur makan cukup masa. saya blik kerje petang. dia balik lepak tengok tv. itu la harian hidupnya.
Anak jauh sekali nak bermanja. sampaikan anak pun dah tak suka ayahnya.. kata doktor suami dah mampu untuk kembli bekerja. 3 orang doktor yang merawat suami. semua kata suami da boleh bekerja. tapi mesti ada halangan dari ibunya bila dia nak berusaha mencari kerja. sepanjang hampir 5 tahun alam perkhwinan. Hanya sehelai tudung dan sehelai baju je saya dapat hadiah dari suami sebelum accdnt. itupun desakan kawan2 suami supaya belikan saya tdung atau baju…anak saya hanya dapat sehelai baju je nafkah yang suami bagi yang lain semua saya yang tanggung..
Mungkin sudah sampi masa segala pengorbanan yang saya buat untuk suami dan ibunya terhenti sekarang. Allah masih sayang. Allah tak janjikan bila berkhwin kita akan bahagia. tapi kerana campur tangan dan doa dari seorang ibu yang tak merestui perkhawinan anak kesayangannya. rumahtangga yang dibina hancur begitu sahaja. Saya halalkan segala pengorbanan yang saya dah buat untuk suami dan ibu mertua serta fmly mertua yang menuduh saya bukan-bukan. moga Allah memberi ptunjuk kepada kamu semua..
walau jahil nya kamu tapi saya bsayaukur dapat membimbing suami untuk belajar solat kembli sepanjang 5 tahun alam perkahwinan. moga ibu mertua mendapat petunjuk dari Allah swt. walaupun ibu mertua pernah memberitahu saya, “walaupun dia tak pernah solat dalam hidupnya tapi Allah tau hati dia macam mana”. pengajaran kat sini. nak cari bakal suami, cari la suami dan keturunan dari orang yang berpegang kepada agama. yang bertanggungjawab.




