Hye saya nak share kisah saya sendiri. Suami kaki pukkul. Siapa kata yang jenis kaki pukkul ni tak boleh berubah. Saya terpanggil nak share sebab ramai yang kata lelaki kaki pukkul tak boleh berubah. Bukan sebab dia curang atau saya. Atau kami tak cukup duit. Atau hal family. Kadang2 tersilap cakap. Dia jenis yang tak boleh ditegur kalau silap. Ego tinggi. Siapa yang ada atau pernah kenal dengan kaki pukkul akan faham. Perkara remeh pun dia boleh nak pukkul kita.
Saya nak bagitahu macam mana suami saya boleh berubah. First time dia pukkul saya masa dlam pantang 2 minggu anak pertama. Start situ dia dah selalu angkat tangan. Mak dengan abah saya tak tahu. Tak ada siapa tahu. Saya tak kerja. Balik rumah mak abah pun jarang. Saya lagi selesa duduk kat rumah. Dalam 2 bulan mesti ada sekali dua dia pukkul. Lebam seliuh kesan gigit tu dah biasa dekat badan ni. Sampai satu hari saya pregnant 8 bulan dia tolak saya dekat tangga Rumah kami 2 tingkat pinggang saya terseliuh dan saya tido kat tangga tu sampai besok.
Esok gagah kan diri g buat rep0rt. Bawak anak sulung yang baru 2 tahun dgn mengandung ni pergi balai. Polis call suami suruh datang balai. Ada sikit sesi kaunseling. Tapi suami sikit pun tak nampak menyesal. Lastly polis suruh suami bangun untuk digari. Bila tangan digari baru la sekilas dia pandang saya. Pendekkan cerita saya tarik report. Suami saya rajin kerja rumah tiptop. Anak2 dia yang layankan. Nafkah cukup. Cuma dia Baran tak boleh tersilap sikit mesti dia naik tangan.
Sebelum ni saya solat doa tak putus harap suami berubah. Tapi tak.. tuhan tak buka kan pintu hati dia lagi. Tipu la kalau tak terlintas nak bercerai. Saya sayang anak saya saya sayang suami saya. Tapi mesti orang ramai akan cakap tak dapat lepas tuttt la tu. Bukan masalah tutt. Ini rumahtangga yang dibina atas dasar cinta. Dengan segala doa org ramai yang baik2 masa kami kawin dulu. Saya tak akan berputus asa. Dalam seribu yang hadir masa nikah dulu takkan tuhan tak makbulkan walau satu doa diorang? Allah tak kejam.
Kita isteri kena kuat kena tabah. Ini ujian. Selagi mampu kita tahan. Usaha doa saya tak jalan. Usaha tegur cara lembut tak jalan. Usaha cara merajuk tak jalan. Usaha mogok tak buat kerja rumah berkurung tak makan lagi la. Makin dipukkul. Last saya guna cara polis. Supaya dia sedar andai dia terlupa. Ada hukuman yang menanti dia di dunia dengan perbuatan dia. Saya niat kalau sekali ni tak jalan juga. Memang jalan terakhir adalah penceraian. Sebab segala usaha dh buat.
Alhamdulillah dia berubah… Setiap kali dia rasa nak marah dia akan minta izin nak keluar ambik angin. Jadi biarlah dia keluar. Kalau dulu dia terus keluar. Kalau saya bebel dia akan diam. Lepas saya abis dia datang peluk minta maaf. Dia berubah alhamdulillah. Belum sempurna tapi dia berjaya kawal diri kawal ego kawal baran dia.
Semua manusia boleh berubah atas kehendak Allah. Kita isteri jangan cepat melatah jugak. Bagi suami peluang. Bantu dia. Gunakan segala macam usaha kalau ada masalah. Andaikata tak dpt diselamat kan lagi rumahtangga tu.. Baru la boleh guna jalan terakhir (cerai) . Maaf kalau tersilap kata. Saya hanya share kan kisah saya. Semoga yang mengalami masalah rumah tangga diberi kekuatan untuk terus bersabar.




