Assalamualaikum admin. Ni nak meluah sikit ni. Aku stress sangat la dengan perangai bini aku yang OCD ni. Sebelum kahwin aku boleh terima, aku ingtakan dia care la dan mula2 sumpah aku nampak comey je. Bila da kahwin makin lama aku tak selesa dengan perngai dia. Aku balik dari keja kasut kalau aku tak buat macam orang jepun buat tu memang dia membebel tak kira aku penat ke tak.
Aku sayang bini aku cuma 0CD tu buat aku rasa bini aku ann0ying, semua benda kat dapur ka, ruang tamu ka, bilik mandi ka kalau ambil tak simpan tempat asal memang dia bising. Kalau simpan tempat asal tu aku boleh terima tapi yang part barang syampoo or sabun DIWAJIBKAN depan kena menghadap depan belakang menghadap belakang.
Mana la aku nak kisah tu semua. Ada masa aku malas nak tolong dia, kalau aku tolong dia mesti ada yang tak kena. Kalau nak sangkut baju ikut saiz, panjang lengan, warna baju tu semua kena teratur. Aku lelaki min mana ade masa aku nak perati semua benda tu. Bagi aku asal baju dah sangkut ok la. Kalau nak aku cerita betapa stress aku menghadap perangai tu memang sampai esok tak habis. Setiap hari dia tak penat ke membebel benda yang sama?
Hah yang tu part ocd. ni ade lagi 1 masalah, dia terlalu taksub dengan 0ptimus prime dan ir0n man!! Optimus prime tu buah hati dia no 1, iron man tu buah hati dia no 2. Aku dia letak no berapa aku tak tahu. Lambang benda nattang tu dari keta sampai ke dalam bilik ada. Jenuh nengok benda tu. Kalau melancong mana pun replika benda nattang tu mesti ada dia beli.
Nasib dia tak minta belikan lori optimus prime agak2 mana aku nak cari lori besar tu.. Aku tak tahu la ade ke tak jalan penyelesaian masalah aku ni. Aku kalau boleh nak buang perangai dia ni hah. Tapi da buntu nak buat macam mana. Ni aku nak tanya pndapat tapi kalau ade yang nak kecam, kecam je la. Korang belum rasa apa aku rasa




