assalamualaikum..min mohon hide fb aku. thanks min. disini aku nak meluahkn satu kisah yang pernah aku alami dalam rumahtgga. ia bermula dengan aku berkahwin dengan seorang lelaki yang aku cintai. perkahwinan aku atas dasar suka sama suka tetapi perkahwinan aku tidak pnjang disebabkn oleh campur tangan keluarga. dari awal keluarga aku memang tak suka dengan lelaki pilihan aku tapi disebabkn aku terlalu menyayangi dia aku sanggup ikutkn katanya.
Aku kenal dia dalam 2 tahun dan bertunang setahun. lepas setahun kami pun bernikah secara besar2ran maklum la aku ni anak orang have2 la juga. Di awal pernikahan aku sangat bahagia aku tinggal bersama mil. pada mulanya mil aku ni nampak macam baik orangnya sebab aku pun tak berapa kenal sangat lagi dan trpaksa aku biasakn diri berada di rumahnya. lepas hari majlis hantar menantu pada keesokan mil aku pun ikut anak menantu yang lain ke rumah mereka.
Aku tidak syak apa2 kecuali bersangka baik. aku cuba tanya kepada suamiku kenapa mak pegi rumah kakaknya. katanya mungkin untuk kita berbulan madu. aku ok kan je lah.. setelah 3 bulan aku mendirikan rumah tangga mil aku pun pulang ke rumahnya. Disini la bermulanya kisah aku, suami dan mil. kami tinggal 3 orang dan keluarga aku tidak jauh juga dengan rumah mil. Aku tidak pernah terpikir untuk tinggal di rumah sewa kerana risaukn mil aku keseorangan lagipun suamiku anak bongsu.
Jadi aku pun ambil keputusan tinggal saja dengan mil boleh juga aku temankan dia lagipun aku ni bukan la suri rumah sepenuh masa. Aku ada la buat biz kecil2lan untuk tampung diri aku dengan suami. Suami kerja kampung saja. Gaji pun tidak la besar mana lagi pun tinggal di kampung ni aku rasa cukup la untuk kami lagi pun belum dikurniakan cahaya mata. Dalam 6 bulan perkahwinan aku tidak brgaduh suami isteri dan rasa bahagia je selalu maklum la dalam tempoh bulan madu lagi.
Sepanjang mil tiada di rumah kami sering pergi brcuti.. tapi lepas mil balik kami tak pernah pergi kemana melainkn kerja, pergi rumah anak2 mil sahaja. Aku dan suami pun sibuk mengejar masa depan yang kami impikan selama ini untuk kesenangan. Sampai aku lupa untuk menjadi seorang isteri. Aku terlalu sibuk mencari rezeki begitu juga suamiku. Tapi masa tu kami tak ade masalah pun sebab kami paham kerja masing2. nak dijadikan cerita mil aku ni seorang yang baik. tapi aku juga dengar2 kata orang yang mereka kata mil dan keluarga mil orang yang kedekut, perangai tidak k elok, suka brgaduh dengan orang dll.
Mulanya aku rasa mereka ni saja nak mengapi2kan atau memburukkan keluarga mil dan aku tak percaya apa mereka kata sedangkn aku yang hadap mil dan suami. lama2 aku cuba selidik tentang mil dan keluarga. ternyata memang benar apa yang mereka kata. Satu per satu aku simpan tapi aku tak cerita lagi pda suamiku kerana msa itu suami aku pun tak berapa ngam dengan adik brdik yang lain. suami aku ni seorang yang baik, rajin, kadang panas baran juga. suami aku jenis tak suka dengar kata orang kecuali kata aku je dia dengar. Bukan suami dengar cakp isteri ok.
Ok mulanya cerita aku berasa syak pada mil aku yang cemburu pada aku. Sebab suami aku terlalu sayangkn aku dan ikut apa kehendak aku. Jadi mil aku mula iri hati dan cuba menghasut suamiku untu supaya jangan baik sangat denganku. mil aku mula kacau hidup rumahtangga aku. Mil aku selalu masuk ke bilik aku tanpa keizinan aku. Mil masuk untuk menonton tv sebab bilik aku ada tv personal untuk aku dan suami sahaja. ku rasakn privasi aku kini diceroboh. segala gerak geri aku seperti diperhatikan oleh mil.
Bila anaknya call mil mesti menjauhkn dari aku konon tak nak aku dengar apa yang mereka sembang. padahal aku tahu mereka membawang pasal aku. Tapi aku buat b0d0h je dengan rutin harian aku. Suami aku boleh dikatakan suka juga membawang pasal orang tapi aku diamkn je. Dia suka bawangkn kawan2 dia bos dia dan macam2 dia kuttuk, ejek, hina dll. aku yang b0d0h ni pun turut serta sebab aku tak tahu yang keluarga mereka ni memang jenis suka mengata hal orang.
Aku ni jenis tak suka sangat nak cara hal orang aku lebih suka buat hal aku. Lama2 aku makin meluat dengan mil dan suami aku yang suka brcerita pasal orang lebih2 kalau ada anak beranak. memang satu rumah tu dok brcerita pasal orang. Aku diam je mereka gelak pun aku senyum2 je sebab aku tak nak msuk campur hal mereka.. pada waktu malam masa tu cuti sekolah adik beradik suami aku pulang ke kampung. Aku nak msuk tidur dah pun sebab dah lewat tetiba akak ipar aku tanya pada anaknya nak tido bilik paksu tak?
Anak2nya pun melompat2 suka tido dalam bilik kami yela bilik kami ada aircond dan tv. Dia orang selalu masuk sesuka hati waktu aku ada dirumah kalau aku tak ade diruma entah macam mana la agaknya. aku pun buat muka kelat depan suamiku nak cakap jangan nanti akak ipar kata berkira la kedekut la apa. Aku pun diam tidur la bdrsama anak buah suamiku ramai plak tu. Tapi masa tu mil aku tak tidur plak dengan cucunya sedangkan kalau tak ade cucu dia seok nak tidur dengan kita orang plak.
Aku pun makin pelik dengan diaorg ni tapi aku sabar lagi tengok gelagat mereka. selama aku tinggal dirumah mil aku la yang beli barang dapur, bayar bil, bayar kereta semua. kiranya aku hidup serba lengkap tak ade masalah. Pada satu hari tu aku bergaduh dengan suami sebab ada perempuan mana entah tersalah call. Aku pick up la call tu dan tanya nak cakap dengan siapa tapi perempuan tu macam terketar2 nak jawab so aku pun letak la fon sementara nak siap makan tengah hari aku pun panggil suamiku.
Aku tanya siapa pmpuan yang call sedangkn tak pernah pmpuan call suamiku. Kalau ada pun orang astro suruh bayar bil selain tu tak ade. Aku pun elok. Suami suka makki hamun dan adakala nya mengherdik aku dengan kata2 kesat. Mil aku pula ada tengok je kami bergaduh tak ade pun nak nasihat anaknya. Aku ni je yang menangis sedih keseorang. aku balik ke rumah keluarga aku dan mak aku tanya mana suami tak balik sekali ke. Aku tipu mak aku yang aku gaduh dengan dia aku cakap dia sibuk.
Makin lama suamiku tak nak balik ke rmh keluargaku. tanya khabar pun tak. Dia kata apa nak jadi jadi lah sebab kau bukan keluarga aku pun. Aku sedih min dia cakap macm tu. aku pun abaikan tggungjwb sebab aku rase aku ni tak berguna lagi pada suami. Dia pun tinggal berdua dengan mak dia. aku jarang pulang ke rumah mil. Kini kami pjj kejap sebab aku nak release tension. Lepas je dalam 3 minggu aku pun pulang ke rumah mil.
Tak ade sambutan seperti dulu mil dan suami yang aku sanjung. Senyap dan sunyi seperti tak ade apa yang berlaku. aku seperti biasa buat kerja aku dan suami pula seperti dingin. Bila malam aku nak tidur peluk dia pun dia tepis alasan takut nanti mak nampak yela mil ada dalam bilik kami dan aku pun merajuk lagi sampai berhari2 tak bercakap kalau cakap pun hal penting je. Aku dapat rasakn aku ni seperti dipergunakan je sedangkan aku tengok mil dan suamiku baik sangat2 bergurau senda seperti tak ade masalah.
Aku ni je yang macam terperuk je macam tak ade sapa2. Aku ibaratkn keseorangan di tempat orang sedangkan di rumah suami.. hati aku mula rasa tak sedap. aku mersakan ada seperti yang cuba memisahkn aku dengan suami akhirnya memang kami berpisah kerana dia telak jatuhkn talak 1 pada aku. Aku yang minta untuk dilepaskan kerana aku tak tahan lagi untuk menanggung rasa seperti orang asing di rumah tu lagi pun dia tak anggap aku seperti isterinya lagi. malah dia berkata menyesal kahwin denganku. air mataku jatuh min sedangkan kami kahwin suka sama suka.
Aku pun lari ke pangakuan ibuku sebelum kami ke mahkamah untuk pengesahan talak. Dalam tempoh aku berada di rumah ibuku dia langsung tak tanya khabar aku. mil aku pun langsung tak nak tengok muka aku bila aku jumpa seolah aku ni hina sangat dan teruk. Ipar aku pun tak ade langsung nak bertanya khabar. Aku pun tak tau apa jadi lepas perempuan call suami aku tu. mungkin kekasihnya. Aku cerita segalanya kepada ibuku dan ibu terkeut selama ni ibu sangka aku hidup bahagia dengan suami.
Aku cakap bahagia sementara saja..
Tinggal keesokkan hari je nak naik mahkamah suamiku datang memujuk. Dia kata tarik balik kes tu dan nak berubah aku tak percaya min. Aku tekad nak brpisah. Akhirnya sah jatuh talak dalam tempoh edah aku berasa ingin berbaik semula dengan dia tapi dia macam tak nak dia dah tawar hati katanya suruh aku cari lelaki yang jauh lebih baik. kini aku dah setahun menjanda min sekian terima kasih min.




