Salam min… Hide fb aku. Aku sebenarnya tak tahu nak mula dari mana cerite aku ni sebab hidup aku sejak dari kecik di besarkan dalam kluarga yang cerai berai.. Aku tak dapat kasih sayang sepenuhnya dari mak aku. Dari ayah memang tak la sebab aku membesar dengan mak dan bapak tiri aku.. Aku di lahirkan di negara jiran tapi aku membesar di sini mak aku da dapat pemastautin tetap tapi aku tak dapat sebab suami pertama aku tak nak buat.
Aku kawin dalam usia agak muda 21 tahun aku mampu bertahan dengan suami aku selama 5 tahun sebab suami aku penagih dan kaki pukkul akhirnya aku bebas dan aku kawin untuk kali kedua dapat anak dua tapi sayang jodoh aku tak panjang mase aku kenal dia aku tak sangka dia pun terlibat dengan benda tu sebab dia jenis lurus dan kalau tengok dari perwatakkan memang baik..
Dia kemalangan dan akulah yang jaga dari selama 3 tahun dia tak boleh kerje aku lah yang ambik alih tugas dia menyara kluarga dan cari nafkah. Kami dapat anak 2… Yang paling aku sedih bila dia sanggup tipu aku mintak duit aku katanya nak pergi beli ubat nak pergi berurut tapi hakikatnya dia gunakan duit tu untuk beli bekala dia. Ya Allah…. Hancur luluh hati aku bila aku dpt tahu sdmua itu…
Hidup aku sangat2 tertekan sampai satu tahap aku letak pisau kat leher aku sendiri aku tanya betul tak dia terlibat dengan benda tu.. Dia mengaku semuanya. Dan di atas desakkan aku dia ceraikan aku dengan talak satu. Lepas tu now aku kawin lagi untuk kali ketiga aku ingatkan hidup aku akan berubah tapi nasib aku tetap sama yang ni dia tak usik duit aku gaji aku dia tak pernah usik dia tak pernah curi duit aku tapi dia jenis tak tahan lama dengan satu2 tempat kerja dia jauh lebih muda dari aku 8 tahun..
Dia caring bab tolong aku kat rumah dia ringan tulang tapi sayang nya dia jenis ketagih juddi online.. Sekarang dia di kejar oleh al0ng. Aku serabut sangat2 dah berkali aku mintk dia lepaskan aku tapi dia takan.. Sekarang aku tengah pregnent sekarang aku masih boleh kerje masih boleh bayar duit sewa rumah bila aku beranak nanti sapa nak cari duit. Dari sekarang aku da buntu aku taktahu nak fikir ape lagi.
Yang aku mampu bersujud menadah tangan semoga allah berikan aku kekuatan.. Aku da tak kuat untk aku hadap kerenah makhluk bernama lelaki ni. Nasib aku tak pernah baik dalam hidup berumahtangga.. Sekarang aku mintak dia lafaz taklik sekali lg dia main judi online tu jatuh talak. sekarang ni aku cuba sabar dan tabah tapi aku juga mnusia punya perasaan.. Maaf post aku panjang skit maaf kalau penulisan aku berterabur sebab kepala 0tak aku pun sdg berterabur sekarang.
Apa aku perlu lakukan demi anak2 ku. Susah senang jatuh bangun aku. Aku tetap ingin anak di sampai aku.. Aku dah tak harap hidup bergantung pada lelaki. Tolong bagi kata semangan untuk aku…. Bagi pandangan untuk aku mencari rezki demi anak2 aku. Biarlah andai aku still isteri dia tapi aku nak hidup hanya demi anak ku dan juga baby yang bakal lahir ni nanti.




