Salam min.. harap dapat hidekan nama saya ye. Ceritanya begini, saya dan suami dah berkahwin 10 tahun dah. Kitaorang tak ada sangat masalah. Kalau ada pun semua datang dari pihak mertua. Dari pihak belah suami.. Saya tahu saya bukan menantu pilihan. Apa yang saya buat semuanya serba tak kena. Tapi bila anak2 perempuan dia yang lain buat kemain tak ada salah langsung.
Dan untuk pengetahuan anak2 perempuan pun suka buat saya dan mertua berlaga. Macam biasa lah bila suami belikan saya apa2 saya akan up di status whatsapp untuk kongsi cerita dan hargai suami. Baru2 ni suami belikan saya gelang, saya up dekat status hari minggu haritu suami ajak melawat mertua di kampung macam biasa untuk bagi duit belanja barang dapur…
Lepak2 sekejap, adik ipo saya tu keluar dari bilik baru bangun tidur dah petang baru bangun hmmm, lepas tu saya nampak adik ipo saya cuit2 mak saya sambil tunjuk saya dan buat isyarat dekat tangan dia yang suruh mak dia tengok tangan saya. Lepas tu mak saya cakap dengan nada kuat juga…
Dia cakap dengan suami saya , tu ko belikan ke gelang tu ? Suami saya cakap lah yela dia dah minta lama baru cukup duit tu belikan. Mak dia cakap lagi ko dah belikan dia tu esok nak bayo keta rumah semua tak cukup.. Ya allah saya depan mak mertua saya ni.. dia sembur betul2 depan muka saya… Terus saya bangun ambil tangan mak mertua saya lelaju salam terus saya masuk kereta…
Tak sanggup dah kira tu pengakhiran sabar saya selama 10 tahun. Dan saya tak tahu apa belaku dalam 10 minit juga baru suami saya keluar dgn anak2. Dan balik. Suami cuma cakap sabar sayang… Saya tahu awak kuat. Dalam hati saya, pokok yang besar pun akan tumbang kalau ribut melanda.. Begitu juga dengan sabar saya. hmmm..
Adik2 ipo saya yang belum berkahwin tu… Jangan terlalu suka kenakan orang , kita tak tahu kifarah kita. Awak juga akan berkahwin akan berhadapan dengan mertua dan ipo duai… Semoga allah balas dengan adil semuanya. Sungguh hina seorang menantu perempuan yang tidak bekerja di mata mertua. Suatu hari saya akan berjaya dan masa tu awak susah baru tahu betapa tingginya langit itu.




