Salam admin. Saya hendak cerita tentang tahap kegilaan saya. Tolong hide akaun saya admin. Saya kahwin sudah lama. Tapi selama ini saya yang tidak mahu anak. Sebab saya takut nanti suami sayangkan anak dan lupakan saya. Sekarang saya sudah ada anak. Tapi saya tidak bagi suami pegang. Bila suami pegang saya akan menangis.
Saya juga sudah beberapa kali siapkan surat resign suami. Saya minta suami duduk rumah saja. Kita bisnes dari rumah. Saya tahu benda ini salah. Sebelum ini saya pernah jumpa psychiatrist sebab obses terhadap adik sendiri. Saya ada seorang adik dan saya memang terlalu lindungi adik saya. Lepas jumpa psychiatrist saya sudah makin okay.
Bila malam saya tengok suami tengah nyenyak tidur saya terfikir untuk tiikam saja suami Sebab saya tidak perlu fikir apa-apa jadi bila suami pergi kerja. Saya tahu saya memang perlu dapatkan khidmat psychiatrist. Saya cuma tidak tahu macamana hendak cakap pada suami. Sebab itu saya minta pandangan. Kalau kalau ada petua atau ayat atau apa-apa lah untuk saya melawan perasaan ini.
Kisah sebelum. Assalamualaikum. Admin mohon hide profile ye. Saya hendak cerita tentang kebaikan suami dan kegilaan saya. Saya sekarang tengah berfikir untuk mendapatkan khidmat kaunseling dari psychiatrist. Sebab saya rasa saya memang sudah gila. Macam ini. Suami saya baik. Dia seorang arkitek. Kerja dari pagi ke malam. Tapi saya memang tidak pernah terabai. Alhamdulillah.
Bila gaji, dia akan bagi slip gaji pada saya dan dia transfer semua gaji pada saya. Sebab dia kata dia tidak pandai meniaga. Dah bertahun tahun saya uruskan gaji dia . Saya akan buat pelan lah. Untuk mertua, makan, beli barang, duit internet, sewa, bil api air, servis kereta dan sebagainya. Dan nafkah untuk suami juga. Kena ingat nafkah lelaki nombor satu ialah diri sendiri.
Suami saya kadang dompet k0yak, kasut kerja k0yak rabak, dia diamkan saja. Sekarang ini memang saya check barang-barang dia setiap bulan. Solat dia memang jaga. Memang jadi imam kepada saya. Mengaji memang tidak tinggal. Solat sunat pun jaga. Hubungan dengan orang tua dia sangat baik dan rapat. Dia layan ibu dia macam permaisuri tapi layanan kepada saya memang tidak pernah kurang pun. Hebat ibu bapa suami saya didik suami saya.
Suami saya sayangkan haiwan. Pergi kemana mana memang bawa makanan kucing dan anjing. Dia sentiasa jaga hubungan dengan orang. Masa kami kahwin dulu, terlalu ramai kawan dia datang. Diorang cakap dia baik. Mesti kena datang. Dia akan tolong kawan2 kalau mampu. Dia sanggup tengah2 malam tolong motor kawan rosak sedangkan jarak ke tempat kawan hampir dua jam.
Kalau kawan hendak pinjam duit dia akan bincang dengan saya dulu. Kalau saya tidak sihat memang dia akan ambil cuti, bawa saya ke doktor dan jaga saya. Dia sangat rapat dengan emak saya. Malah emak saya selalu cakap, kalau ada apa2 berlaku dengan perkahwinan ini, mesti saya yang salah. Bila saya tengok suami, saya selalu fikir. Dia akan masuk syurga. Allah saja yang tahu baiknya dia. Tidak tahu apa kebaikan saya sehingga dapat lelaki sebaik ini.
Masalahnya sekarang disebabkan suami yang terlalu baik, saya jadi macam gilla. Saya jadi terlalu obses. Saya tidak boleh berenggang langsung. Dia pergi kerja pun saya menangis. Saya serabut . Betul betul serabut. Sebab kesian dia banyak kali ambil cuti sebab saya tidak benarkan dia pergi kerja.
Saya takut, apa-apa jadi pada dia. Macam mana dengan saya. Macam mana nak jumpa orang sebaik dia. Saya takut admin apa apa berlaku pada suami masa dia otw ke tempat kerja. Tolonglah. Saya rasa saya patut jumpa psychiatrist. Apa pendapat semua? Terima kasih




