Hai warga krt. Saya en. Suami mahu berkongsi masalah dan mendengar pendapat semua. Saya perkenalkn diri.. Saya dah berkahwin hampir 8 tahun. Dikurniakan isteri yang sentiasa buat hati saya berbunga2 dan seorang anak perempuan comel berusia 6 tahun. Saya dan isteri berumur 31 tahun. Keluarga saya bahagia.
Isteri lah kekuatan dan kesempurnaan saya tapi sebenarnya saya ada memendam rasa kecewa terhadap isteri saya tapi saya simpan jauh di dalam hati. Saya sembunyikan agar isteri tidak perasankannya. Isteri saya mengalami saat yang sangat sukar ketika melahirkan anak kami sebelum ini. Itu menyebabkan dia sangat2 terkesan dan trauma.
Setelah beberapa tahun berlalu, anak pun semakin besar saya berhasrat utk menambah seorang lagi anak. Saya sangat inginkan anak lelaki. Seronok saya tengok bila kawan, keluarga saya bermain dengan anak lelaki mereka. Tapi bila saya beritahu isteri untuk berusaha tambah anak., isteri saya menolak nya. Dia tidak mahu lalui lagi proses melahirkan.
Bila membayangkan kesakitan yang dia lalui saya pun tak nak dia menanggung nya lagi. Tapi masa yang sama saya kecewa. ada jg keluarga yang hanya mempunyai anak sorang dan bahagia. Mungkin itulah juga kami. Macam mana pula perasaan saya yang teringin anak lelaki. Kalau ada yang merasakan saya perlu berkahwin lagi Saya tak sanggup untuk lukakan hati isteri saya.
Saya tak akan lakukan sebegitu. Saya pun tak sanggup membayangkan dia dan anak akan tinggalkan saya kerana saya menyakiti dia. kalau mengambil anak angkat saya rasa itu bukan sesuatu yang adil untuk berbagi kasih sayang anak sendiri dengan anak angkat. Bolehkah saya lupakan rasa kekecewaan saya demi isteri saya? Tapi ia sentiasa menghantui saya. Saya en. Suami yang kecewa. Sekian.




